Rutin Maintenance dan Selenggara KTM RC 200

Kalau sebelum ni aku ada kongsikan Perkara Asas Maintenance Motosikal KTM RC, Duke 200 , 250 dan 390, kali ini aku nak kongsikan pengalaman aku pertama kali hantar servis KTM RC aku.

Walaupun motor KTM RC aku ni aku beli 2nd, tapi mileage dia masa aku ambik baru 1200km tu, itupun dah siap buat servis pertama masa 700 km oleh owner asal. Lepas tu dia simpan motor tu setahun sebelum aku beli.

Resit servis motor KTM RC 200 aku.

Konon-konon aku nak servis sendiri la motor KTM RC aku ni kan, tapi sebenarnya adalah lebih elok aku hantar ke pusat servis KTM yang berdaftar memandangkan motor ni masih lagi dalam warranty.

Untuk pengetahuan korang yang memiliki motorsikal KTM ni, selagi ianya ada warranty, ianya wajiblah dihantar ke mana-mana pusat servis KTM yang berdaftar bagi tujuan servis berkala.

Ini adalah kerana mereka akan menyimpan rekod servis motor korang tu dalam database komputer diaorang. So kalau ada apa-apa masalah kat motor, korang boleh claim warranty kat KTM Kota Damansara tu tanpa sebarang masalah warranty void.

Citer pasal claim warranty ni nanti aku cerita kat post lain. Sekarang nak cerita maintenance.

Survey Harga Servis KTM Sekitar Lembah Klang

Sebelum aku pergi hantar servis KTM RC aku ni, macam biasalah aku akan buat survey kat mana servis yang menawarkan harga paling rendah dan paling dekat untuk aku tuju.

Takkan aku nak reveal nama tempat aku pi servis motor tu kan? Tapi apa yang aku boleh katakan jika merujuk pada point nombor 7 dalam artikel asas maintenance motor KTM, harga yang aku jumpa masih dalam range tu lagi.

Tempat pertama yang aku pergi untuk survey harga servis motor KTM ni bagi harga RM186. Full service minyak enjin Motorex katanya.

Waktu tu aku rasa memang standart camni kot harganya. Tapi aku meneruskan survey ke pusat servis KTM kat area lain.

Ada satu kedai ni, ramai orang komplen harga motor kat kedai ni mahal gile.

Memandangkan tujuan aku adalah untuk survey harga servis motor, jadi aku gagahkan diri jugak untuk tanya harga. Ternyata harga servis motor kat sini lebih murah.

Korang tau berapa? RM116 sahaja untuk full service guna minyak Motorex semi synthetic (tong). Terus aku cakap, Okey! Saya nak servis sekarang! hahahaha!

Full Check Routine

Dengan RM116 tu, semua rutin wajib dilaksanakan. Tukar minyak hitam dan oil filter tu memang la wajib kan? Selain tu ketegangan rantai jugak diperiksa dan diberikan pelincir.

Tekanan angin dalam tayar jugak mendapat perhatian oleh pomen KTM ni. Untuk tayar depan tekanan perlulah dalam range 28-30 psi manakala tayar belakang mesti sekitar 30 ke 32.5 psi.

Selain tu pomen tu ada gak bagitau apa yang perlu aku buat untuk memastikan enjin motor KTM aku ni sentiasa dalam kondisi terbaik. Sempat jugak aku tanya camna nak setel masalah misreading speedometer KTM RC aku tu?

Dia cakap yang tu kena hantar untuk claim warranty, sebab dia cakap kalau dia yang buat, sekali cucuk komputer pun dah caj RM40. Ok itu kejam.

Maintenance KTM RC200 Lebih Kurang Yamaha LC 135

So far aku berpuas hati la dengan harga servis RM116 untuk 5000km. Betul lah orang cakap, maintenance KTM RC ni lebih kurang je maintenance Yamaha LC 135.Aku rasa murah lagi kot? Jadi bagi korang yang berhajat nak memiliki KTM RC boleh la meneruskan niat tu sebab soal maintenance memang dijamin berpatutan.

Tapi kalau bab spare part (yang ni bukan maintenance kan?) aku kurang pastilah. Ok! Ready To Race!

*Lepas aku lepak dengan geng KTM area Puchong, diaorang bagitau aku kat Shah Alam dapat harga RM101 untuk full servis KTM. Alaaa beza sikit tu, kira halal lah.