Blogger Bertembung Sesama Sendiri Kerana Isu Minyak Herba Asmak

Baru-baru ini ada sedikit pertembungan antara blogger-blogger berkaitan isu Minyak Herba Asma Mujarab dan Minyak Herba Asmak. Yang satu pihak promot produk dan kelebihan produk, yang lagi satu pihak pulak membezakan antara yang Palsu dengan yang Original. Seriusly geng?

Fasa 1 pengembangan cerita

Ok, pada pendapat aku lantak korang la nak buat artikel berkaitan apa pun. Aku paham korang dibayar untuk buat review tu dan perlu akur pada press release atau fakta-fakta penting yang korang terima dari pihak client korang tu.

Tapi tak perlu lah jadi fanatik sampai menjatuhkan hukum kat pihak dan blogger lain yang tak sama dengan korang. Eh macamlah ko ada share dalam itu kompeni kan? hahaha! We are bloggers, out there we are one. Itu spirit yang perlu ada pada kita.

Job Review Tentang Kelebihan Produk. Thats all!

Mula-mula aku dapat hidu isu berkaitan minyak herba yang boleh melegakan asma ni masa pihak MisiViral hubungi aku dan wife untuk pass job artikel review produk Minyak Herba Asmak kepada blogger-blogger. Aku ulang, Minyak Herba Asmak. Bukan Minyak Herba Asma Mujarab.

Fuh! Satu kenyataan yang cukup berani. Time tu aku dapat tahu pihak Minyak Herba Asmak mintak blogger review kebaikan dan kelebihan produk ni.

Thats it! Aku mula bertanya, ada isu ke? Client bagitahu ada isu dalaman sikit so untuk mengelakkan kekeliruan, tak perlu nak compare dengan produk asal. Hanya fokus pada kelebihan.

Minyak Herba Asmak. Bukan Minyak Herba Asma Mujarab. Fuh! Satu kenyataan yang cukup berani.

Aku tak nampak benda ni satu isu besar pun. Client cakap, ada sedikit perselisihan faham antara 2 pihak. Satu pihak keluar dari produk utama dan keluarkan produk lain. Dan kemudian pihak ini membuat kerja marketing dan promosi seperti biasa.

Itu yang aku nampak and yes itu yang berlaku depan mata aku setakat ini. So aku dan Dhia pun proceed macam biasa. Kami senarai pendekkan blogger yang boleh buat review Minyak Herba Asmak ni. Like we always do.

Blogger-blogger Mula Kecoh

Tak silap aku, 3 hari lepas tu bermula pertembungan blogger ni. Ada satu pihak blogger ni yang mendakwa, katanya ada blogger-blogger yang terima job untuk buat review produk palsu? Wow! keyword baru! Palsu. Pelesu. Ini pun satu kenyataan yang cukup berani.

Dalam group Whatsapp dah mula sok sek sok sekย bertanya siapa yang bagi job review ni. Nah! Dhiavivadea yang kena. Aku malas nak masuk campur, hero biasa last-last baru dia turun padang.

Aku cuba fahamkan situasi sebenar dulu. Tak nak lah nanti orang kata aku melatah. Aku cuba jadi munasabah, jadi kosong dulu untuk merungkai kes ni.

Kes dah jadi serius macam dunia artis la lebih kurang bak kata Bro Framestone.

Tuduhan Menulis Review Produk Palsu / Tiruan

Jadi setelah beberapa ketika maka benarlah, job review untuk Minyak Herba Asmak yang dikendalikan oleh Dhiavivadea telah dilabelkan sebagai produk palsu, ada jugak yang sebut produk tiruan.

Ada blogger yang mula menyerang dari belakang kata kesian kat blogger yang review produk palsu tu. Ada jugak rakan blogger lain yang inform kat kami, mereka cakap yang kitaorang main rembat je review produk tanpa usul periksa.Ok, kami ni bukan pegawai penyiasat yang perlu menyiasat produk yang nak direview.

Kami sama seperti anda blogger-blogger lain. Terima job > takde unsur fitnah > review kelebihan produk > kami proceed.

Tapi untuk kes Minyak Herba ni, agak special sket. Aku macam berminat jadi ‘penyiasat’ persendirian untuk merungkai apa cerita sebenarnya yang berlaku sampai ada blogger yang fanatik kepada pihak yang satu lagi sampai menuduh blogger yang terima job review dari kami adalah produk palsu dan minta mereka berhati-hati.

Sebenarnya merekalah yang perlu berhati-hati dalam membuat artikel review.

Cerita tak habis kat sini, baca artikel aku seterusnya mengenai Penjelasan dari Puan Fazilah, pengasas produk yang dituduh palsu itu berkaitan apa yang berlaku sebenarnya sampai timbul isu Original dan tiruan ni. Korang blogger kat luar tu, jadilah blogger yang bijak, bukan yang acah-acah bijak.

Kekadang aku pun acah-acah bijak. hehehe

Summary
Article Name
Cerita Sebenar Minyak Herba Asmak Tiruan
Description
Kekeliruan tentang minyak herba asma mujarab dan minyak herba Asmak dirungkai satu-persatu disini.
Author
Publisher Name
The Adzril.com
Publisher Logo

25 Comments

  1. Elih Japahar
  2. NURUL AFIQAH
    • Tanpa Nama
  3. Murni Sundang
  4. Penawar Asma
  5. Nana
  6. Natura Herbs
  7. Nur Khairul Azizi Mohamad
  8. Hasrul Hassan
  9. Hasrul Hassan
  10. Cik Ash
  11. Cik Una

Leave a Reply