Effortless Honda Civic 1.5 Turbocharged Naik Bukit

Saya percaya ramai antara korang pemilik atau peminat Honda Civic. Sejak dari zaman saya mula kerja, almost 80% kawan sekerja saya beli kereta Honda Civic EK, Eg.

Time tu saya pilih continental car, Alfa Romeo yang kononnya nak rare dari yang lain. Tak nak ikut trend la hahaha!

Bukan aku nak cakap Alfa Romeo lebih baik berbanding honda civic, agak tak adil nak buat comparison kalau aku sendiri tak feel dan test drive civic.

Untuk Alfa Romeo, dari segi power aku tak dinafikan dan untuk isu maintenance, aku simpan dalam poket dulu. Tapi untuk honda civic, inilah pengalaman dari aku yang baru balik dari pandu uji Honda Civic 1.5 turbocharged Vtec.

Dari segi jenama, rata-rata orang asia sudah cukup percaya dengan jenama Honda. Dan memang itulah sebenarnya yang aku cuba sampaikan.

In brief, kalau korang nak memiliki kereta yang laju, yang harga maintenance dan sparepart ok, service meluas dan dilengkapi teknologi terkini dengan harga yang berpatutan, korang boleh consider jenama Honda. Dan model Civic semestinya pilihan anak muda macam aku.

Pengalaman Pandu Uji Honda Civic Generasi ke 10

2 hari aku diberikan peluang untuk pandu uji Honda Civic 1.5 turbo dari Kuala Lumpur, Setia City Shah Alam ke Bentong dan Putrajaya.

Tahniah kepada pihak penganjur sebab pilih laluan yang tepat untuk menguji kebolehan Honda Civic 1.5 Turbo 2016 ni. Cukup lengkap untuk speeding, maneuver, stuck dalam traffic jem, dan jalan mendaki bukit.

Tak cukup dengan tu, aksi emergency pun dilakukan untuk menguji sistem VSA (Vehichle Stability Assist) yang juga menguji adrenalin aku. Berderau kejap.

Speed dan Tork yang Effortless dan Padu

Bab speeding, mula-mula tu aku agak ragu-ragu sebab karang kena perangkap AES tak ke naya? Tapi memandangkan aku follow kereta Lead1 (Honda HRV), jadi aku yakin semuanya selamat.

Kereta Lead1 yang mengetuai konvoi kitaorang ni memang sangat professional. Selain memantau semua ahli konvoi, dia jugaklah yang akan bagitau apa yang perlu diuji pada Honda Civic 1.5 turbo yang aku bawak ni.

Speed paling laju aku tekan cecah 150km/h masa kat area Genting Sempah. Memang effortless. Yang paling best dan buat aku geram adalah daya tujahan dia tu. Sebenarnya belum pun full blast aku tekan pedal minyak tapi kereta ni dah memecut sangat-sangat pantas dan sangat efektif. Baru mengaum sikit aku dah cucuh rapat towards kereta Lead1. Takkan nak take over pulak kan? Lawan tokey tu namanya.Dalam speeding tu sempat Marshal suruh tukar lane tengah, kekadang lane kiri dan kanan. Sangat mantap dan penuh kawalan. Pendek kata aku rasa full confident bab handling kereta ni. Or maybe memang aku ni car racer yang professional? Ahahahaha! Cornering pun jitu, ok sikit berbanding Alfa Romeo aku dulu hehe.

Kecekapan di Dalam Trafik Jam & Interior Design

Masuk hari kedua, banyak gak stuck dalam jem. But fret not, aku masih boleh enjoy kot dalam Honda Civic ni. Sound system dia memang sedap, dan audio system boleh disync dengan iphone. Ok iphone milik Carina Yeoh, bukan aku.

Aku sambung lagi pasal interior Honda civic 2016 ni, bukan je cantik malah cukup selesa sampai aku tak sabar-sabar nak masuk dan drive kete ni balik dari Putrajaya ke KL walaupun aku penat dari aktiviti Flyboarding kat Marina Putrajaya dan aku yakin jalan kat KL sesak gile.

Servis dan Maintenance

Bab servis? Alahai tak perlu risau la.

Honda ni jenama yang cukup besar dalam industri permotoran kat Malaysia. Masa hari pertama aritu, kitaorang dibawak ke Kah Motor Selayang untuk alami sendiri prosedur nak servis Honda civic ni. Dari reception sampailah ke tempat menunggu semuanya selesa.

Oh ye, setiap hari disediakan sarapan untuk pengunjung yang datang ke Pusat servis Honda ni. Tempat solat pun ada.

Tapi kebanyakan orang yang datang servis cuma hantar kereta pastu blah sementara kereta diservis. Kalau tunggu pun tak sampai 1 jam kalau ikut SOP dia la.

Pssttt! Honda Civic 2016 ni akan alertkan korang untuk pergi servis kereta tu kat panel meter. Kat situ akan dipaparkan samada korang perlu tukar minyak enjin je tanpa perlu tukar oil filter atau perlu tukar kedua-duanya sekali.

Bergantung kepada cara pemanduan korang.

Ciri Keselamatan VSA

Masuk bab cara pemanduan ni, memandu cermat camna pun kita, kita masih perlukan satu sistem keselamatan semasa kita memandu. Dan aku pasti, semua manusia mempunyai satu tindakan refleks dikala menghadapi kecemasan semasa memandu.

Vehicle Stability Assistance (VSA) adalah apa yang diperlukan pada setiap kereta. Sistem VSA yang ada pada Honda civic 2016 ni membantu pemandu untuk mengawal kenderaan di saat kecemasan. Sistem ni bertindak mengawal kereta dari terbabas dan terbalik.

So far banyak lagi ciri-ciri canggih honda civic 2016 yang korang kena rasai sendiri selain penggunaan petrol yang effisien untuk sesuatu yang dijana oleh kuasa turbo ini.

5 warna pilihan Honda Civic 1.5 turbo / 1.8 Na.

  1. Dark Ruby Red Pearl
  2. Modern Steel Metallic
  3. Crystal Black Pearl
  4. Lunar Silver Metallic
  5. White Orchid Pearl

Antara ciri Honda civic 2016 yang cuba diemphasiskan. Dilengkapi 6 air bags

  • Vehicle Stability Assist (VSA)
  • Anti Lock Braking System (ABS)
  • Electronic Brake Distribution (EBD)
  • Brake Assist (BA)
  • Hill Start Assist (HSA)
  • Emergency Stop Signal (ESS)
  • ISOFIX (Smart nehh!)

Rekabentuk Aerodinamik

Rekabentuk dan design Honda Civic 2016 ni, kalau aku teka awal-awal dulu aku ingatkan Honda Accord. Sebab designnyer macam agak eksekutif sikit.

Tapi bila aku perhati betul-betul, ianya agak sportif. Design yang betul-betul aerodinamik. Pandang dari belakang, sisi, dan depan alahai, melting sangat. Lagi-lagi warna putih, semacam ada tarikan kat situ.

Layanan Terbaik Dari Pihak Penganjur

Penginapan di Aloft KL Sentral

Sepanjang 2 hari 1 malam haritu, kami semua blogger dilayan begitu baik. Untuk penginapan kami menginap di Aloft Kuala Lumpur Sentral. Sarapan pagi yang banyak pilihan dan tempat makan yang sangat-sangat selesa selain bilik yang luas untuk aku beristirehat.

Sayangnya aku tak join geng-geng lain pergi ke Rooftop untuk berenang kat kolam renang petang tu. Penat weh dengan memikirkan projek Krik.My aku yang kena serang trafik mencanak tiba-tiba. So Petang tu aku just relax tengok tv dalam bilik.

Lunch Pertama di Closer Kitchen Mutiara Damansara

Untuk hari pertama, selepas konvoi kami setel lawatan kat Kah Motor Selayang, kitaorang terus ke tempat makan Closer Kitchen & Ekspresso Bar Mutiara Damansara untuk makan tenghari. Fuh, tempat ni kemas berkaca. Aku makan menu ikan Salmon dengan minuman Spinach juice yang masam-masam manis.

Puas sangat-sangat. Malam tu pulak kitaorang dijamu dengan makan nasi ayam Penyet dan Sate. Sangat kenyang dan sampai tak boleh nak jalan dah.

#spinach

Lunch Hari Kedua di The Garage KL

Hari kedua, selepas puas kitaorang layan corner dekat Genting Sempah kami terus berkonvoi ke The Garage KL. Untuk apa agaknye? Apa lagi, untuk lunch la.

Sarapan pagi tadi masih terasa kekenyangannya, sekarang ni kami kena makan lunch pulak. Aku rasa tempat ni dah ramai yang tahu sebab dah ramai blogger dan facebooker yang buat review.

Apa yang aku boleh katakan tempat ni unik, makanan sedap sangat dan pencuci mulut dia perghh…. New York Cheese Cake yang diletakkan di atas kayu dan disiram caramel memang satu kombinasi yang rare membuatkan aku nak tambah lagi New York Cheesecake ni.

Flyboarding di Marina Putrajaya

Ini adalah aktiviti kemuncak dan yang paling aku tak boleh move on sampai sekarang. Baru aku tau camna cara flyboard ni berfungsi.

Caranya adalah dengan memindahkan air bertekanan tinggi yang dilepaskan oleh Jetski dengan kekuatan lebih kurang 240 kuasa kuda ke hos yang disambung dari Jetsi ke alat flyboard yang dipasang kat kaki tu. Dengan daya tujahan tu orang yang berat 150kg pun boleh terapung ke udara.

Save the best for the last. Senarai Harga Honda Civic 2016 adalah.

  • 1.8S (RM113,800)
  • 1.5 Turbocharged (RM127,800)
  • 1.5 Turbocharged Premium (RM135,800)

6 Comments

  1. Nunaa Dee
  2. carina yeoh
  3. Rawlins GLAM

Leave a Reply