Filem Pak Pong Cerita Tentang Ilmu Pengasih

Betul. Filem Pak Pong sebenarnya memang cuba sampaikan cerita tentang Raja bagi segala ilmu pengasih yang disebut sebagai ilmu Pak Pong. Bunyi macam serius dan menakutkan tapi sebenarnya filem ini bergenre Fantasi/Aksi Komedi.

Dan katanya semua idea asal filem ni dari tuan pengarah filem Pak Pong ini sendiri iaitu Fauzi Nawawi. Review aku kali ini adalah berdasarkan jalan cerita dan bahan komedi yang cuba disampaikan dari kaca mata seorang penonton biasa.

review pak pong

Muda yang masuk ke Dimensi Bunian

Opening filem Pak Pong ni buat aku teruja sket sebab tulisan 3D kat dahan dan ranting pokok tu nampak fresh dan naikkan mood untuk mata aku terus menumpukan sepenuh perhatian kat layar skrin tu.Opening Scene Buat Mata Fokus ke Layar

Starting scene dia membuatkan aku teringat cerita animasi EPIC masa geng Boggans serang Queen Tara yang nak serah tahkta kalau tak silap aku.Tapi itu pada minda aku la, tak semestinya orang lain ingat benda yang sama.

Lagipun filem Pak Pong ni sebenarnya dah 6 tahun disimpan sebelum ianya ditayangkan pada tahun 2017. Filem Epic tu ditayangkan pada tahun 2013. Takde isu kat situ.

review filem pak pong

Babak Queen Tara dalam Epic sebelum diserang Boggans, filem tahun 2013

review filem pak pong

Gragos and the geng yang muncul dari belahan pokok nak serang Puteri Bunian ( Siti Saleha) yang tengah mandi dalam Filem Pak Pong.

Puncline Yang Menjadi

Berbalik pada Filem Pak Pong, aku akui banyak scene lawak yang sampai pada punchlinenya. Untuk lebih kurang 45 minit pertama, memang tak kering gusi layan humor yang disampaikan oleh kebanyakan watak dalam filem Pak Pong ni.

Tapi sampai je pertengahan, Fauzi Nawawi cuba mengubah mood penonton 100 peratus ke mood serius dan sedih. Aku sendiri lupa yang genre filem Pak Pong ni sebenarnya adalah Fantasi/Aksi Komedi.

Mood berubah start babak Kadek lakonan Badrul mula mengamalkan ilmu Pak Pong untuk memikat wanita manakala Muda (Hairul Azreen) mula masuk ke dimensi Bunian.

Ending cerita ni pun disajikan dengan mood agak serius dan sedih dan percaturan Fauzi Nawawi memang bijak untuk filem Pak Pong ni sebab memberikan loop hole untuk bagi peluang kepada Pak Pong 2 muncul pada masa akan datang, InsyaAllah.

review filem pak pong

Ah Chong jadi hantu Cina, memang kelakar sangat.

Humor Pada Babak Kedua

Tak dinafikan, masa kat alam bunian tu masih ada lagi scene kelakar dari Rahim Sepahtu (Guru Silat Muda) dan Kaza (Penasihat Raja Bunian) yang membuatkan jalan cerita agak seimbang walaupun babak tu tak berapa banyak.

Kalau aku sendiri, aku suka babak yang balance dari segi kelakar, sedih, semangat sepanjang filem.Orang lain tak taulah kan? Filem Dangal (Amir Khan) adalah contoh terbaik yang boleh aku sebutkan kat sini untuk resepi lengkap memuaskan taste aku.

Dari jalan cerita, aku boleh nampak Filem Pak Pong ni sesuai untuk hiburan ringan. Bagi yang ingin menyokong industri filem tempatan, korang boleh pergi ke wayang beli tiket dan tonton sendiri cerita Pak Pong ni kat wayang.

Apapun usaha terbaik bagi Fauzi Nawawi dari segi pengarahan filem dan idea cerita Pak Pong ini sendiri. Bukan senang nak munculkan imaginasi tentang sesuatu alam lain dan diterjemah ke filem macam JRR Tolkien yang mewujudkan Peta Middle Earth dan Mordor beserta makhluk Orc/Uruk Hai dan Elves.

Untuk Pak Pong mungkin Dimensi Bunian boleh di upgrade lagi menjadi sebuah ‘Kingdom‘ yang gah instead of guna perkarangan dan suasana kampung biasa. Ini tidak mustahil sekiranya mendapat sokongan semua pihak.

review filem pak pong

Makhluk Orc yang dicipta dalam movie Lord Of The Ring

review filem pak pong

Peta Middle Earth dalam Lord Of the Ring

Sokongan Diteruskan!

Aku akan teruskan sokongan untuk Fauzi Nawawi menambah baik beberapa elemen dalam filem ni yang masih boleh dipertingkatkan. Antaranya jalan cerita yang agak longgar untuk kaitkan antara satu scene dengan scene yang lain.

Contohnya Muda yang bersusah payah berjumpa dengan Bomoh Pakar Pemikat (lakonan Saiful Apek) semata-mata nak memikat ayam kampung dek kerana isteri mengidam. Kan boleh je cari kat pasar malam, atau tanya orang kampung yang ada bela ayam kampung? hehehe!

Begitu juga dengan watak Kadek yang sebenarnya aku sendiri kurang pasti dia berkenan kat siapa? Selepas berjaya dapat ilmu Pak Pong dia macam takde hala tuju siapa yang dia nak pikat.

Kalau awal-awal tu dia ada cakap nak pikat Janda, tapi lepas tu semua pompuan dia nak try. Begitu jugak dengan babak Gragos (Lakonan Shawal AF) serang kampung Bunian, kenapa perlu serang kalau boleh terus culik Puteri Bunian tu? Sebab apa yang aku nampak Gragos sebenarnya senang-senang je boleh culik Puteri Bunian dengan kekuatan yang dia ada.

Aku percaya semua ni boleh dipertingkatkan lagi kalau kita semua sokong filem tempatan.

review filem pak pong

Watak Pendekar Bongor (Rahim Sepahtu) memang diluar jangkaan tahap kelakarnya. Kelakar gila!

Genre Selain Cinta

Aku adalah antara orang yang selalu spend duit untuk tonton filem Melayu yang agak fiksyen macam filem Pak Pong ni. Contohnya filem 29 Februari oleh KRU Production, Terbaik Dari Langit (Pierre Andre) dan lain-lain lagi.

Kalau yang bab cinta tu aku masih boleh tahan lagi duit aku untuk beli tiket wayang. Aku percaya pengamal filem kat Malaysia ni memang perlukan sokongan kita untuk mereka terus berkembang dan berkarya. Banyak filem Melayu yang kurang dapat sambutan sebab awal-awal lagi dan dicop tak best walaupun hakikatnya korang belum tengok sendiri.

Kalau betul tak best, kita harap mereka tingkatkan lagi usaha, kalau best, kita war warkan.

Ucapan Tahniah!

Kepada semua produksi filem Pak Pong, terima kasih kerana bagi peluang untuk menonton Filem Pak Pong kepada kami semua geng blogger.

Diharap akan muncul filem Pak Pong 2 dengan sambungan cerita Dimensi Bunian dan kemunculan Gragos yang lebih tampan (boleh transform jadi tampan instead of muka mengerikan), barulah international. Kipidap!Baca juga review dari Dhia Vivadea, Pak Pong Kelakar dan Santai dan dari Farah Dafri Filem Pak Pong Banyak Elemen dalam 1 Cerita.

Masih banyak yang perlu diperbaiki dari filem ini. Kalau dari konsep dan idea memang dah terbaik sebab keluar dari kempompong kebiasaan filem yang telah banyak disuap pada masyarakat Malaysia.

Summary
Article Name
Review Filem Pak Pong
Description
Filem aksi komedi yang disulam dengan beberapa adegan fantasi. Satu elemen baru dalam dunia filem Melayu. Tapi bagi aku masih lagi tak boleh lawan XX-Ray.
Author
Publisher Name
The Adzril.com
Publisher Logo

11 Comments

  1. Farah Dafri
  2. shazrul "energycore
  3. Rabiahtul Adawiyah

Leave a Reply