Homestay Sekitar Bandar Melaka Yang Senang Akses Semua Tempat

Selalu aku cerita pasal homestay kat Sabah je kan? Kalini aku nak sembang homestay kat Melaka pulak. Welcome to Melaka. Melaka ni memang banyak tempat untuk korang lawat, itu semua orang pun tahu. Tapi best ke kalau setakat melawat sehari je pastu balik?

Stay la kejap sehari dua kat Melaka sambil-sambil habiskan masa untuk lawat semua tempat bersejarah kat Melaka ni. Kalau stay kat Melaka, aku bagi cadangan untuk stay kat Homestay sekitar Bandar Melaka yang senang akses semua tempat yang korang nak lawat nanti. Homestay Idaman Villa.

tempat yang strategik dan senang
Salah satu ruang tidur yang cantik kat Homestay Idaman Villa

Homestay Sekitar Bandar Melaka Yang Senang Akses Semua Tempat

Kira sesuai dan berbaloi untuk stay kat Homestay Idaman Villa ni sebab homestay ni terletak kat Taman Kota Syahbandar Melaka. Kira memang strategik dan betul-betul kat tengah Bandar Melaka la. Kalau dibuat pengiraan la kan, lebih kurang camni la jarak antara Homestay Idaman Villa dengan tempat-tempat ni;
  • Jonker Walk 5 minit
  • Menara Taming Sari 8 minit
  • Dataran Pahlawan 9 minit
  • The Studthuys 11 minit
  • A Famosa 12 minit
Kalau datang melaka beramai-ramai dengan 5-6 family (malah lebih pun boleh) memang sangat sesuai dengan Homestay Idaman Villa ni sebab homestay ni ada 3 tingkat, setiap tingkat ada 2 bilik tidur lengkap dengan bilik air.

Ruang tamu pun besar siap dengan TV LCD beserta pemain DVD/BluRay. Itu tak cukup best lagi, ada lagi yang best, setiap bilik ada TV dan Astro dan jugak aircond. Belum cukup best lagi tu, ada yang lagi best. Apa dia? Ada Wifi yang laju di segenap ruang Homestay ni! Yes itulah yang paling best.

Homestay kat area melaka
Bilik tidur kat tingkat 3, sebelah tingkap tuuu
Aku duduk satu malam je kat sini, tapi memori dia memang akan aku ingat sampai bila-bila. Dapat berkumpul ramai-ramai dengan kawan-kawan blogger lain. Gelak sama-sama, tengok movie sama-sama, makan sama-sama. Memang best lah.
sewa homestay area melaka
Masak makan malam sama-sama (aku tak join masak pun)
Cara nak contact untuk sewa Homestay Idaman Villa ni korang boleh pegi laman web Idaman Villa tu sendiri atau boleh jugak ke Facebook Idaman Villa selain boleh menghubungi 012-2118246 dan 016-2098623 untuk tempahan.

Jangan panik kawan2, this is my pren.

Nak banyak lagi gambar? boleh ke blog rakan-rakan blogger saya yang lain antaranya:

4 Comments

  1. Farah Dafri
  2. Mawardi Yunus

Leave a Reply