Review J Revolusi, Level Terbaik Filem Aksi Melayu

Review Filem J Revolusi, sebenarnya aku agak fobia sikit nak review filem Melayu. Ada beberapa komen kecam dalam review aku sebelum ni untuk filem Volkswagen Kuning. Kalau aku tengok komen kat facebook tu memang ramai yang cakap ‘agak meyakinkan’ review aku tu, tapi kat artikel review tu sendiri mendapat kecaman 100% oleh anonymous.

Review Filem J Revolusi

Mungkin yang anonymous tu tak faham maksud pendapat peribadi aku kot. Sebab aku review berdasarkan pendapat peribadi aku yang suka tengok effort sesuatu kerja dilakukan. Kali ni, aku kembali dengan review filem J Revolusi.

Pendapat Peribadi J Revolusi

Review Filem J Revolusi

Tarik Minat Penonton Adalah Penting

Aku lambat sikit masuk wayang untuk filem J Revolusi ni, jadi aku tak boleh nak cakap sama ada starting filem ni boleh ‘tarik’ penonton untuk terus menonton atau tak.

Tapi masa aku masuk tu, memang dah masuk scene Zul Ariffin dalam satu bangunan nak selamatkan Dian (Lakonan Fazura). Babak tu je, memang Wow!

Aku ingatkan aku salah masuk panggung tadi. Jarang filem melayu yang ada babak yang agak serius seawal 15 minit cerita bermula (aku anggarkan aku lewat 15 minit).

Lakonan Mantap

Tahniah kepada pengarah (Zulkarnain Azhar) dan penerbit J Revolusi ni (Tengku Iesta Tengku Alaudin dan Gayatri Su-Lin Pillai) sebab berjaya wujudkan persepsi buruk aku terhadap watak Jiman lakonan Iedil Putra yang jadi ketua operasi dalam J Revolusi ni. Watak dia nih serius macam antagonis. Psyco gila babeng punya.

Ops maaf, Hans Isaac lagi pysco sebenarnya dalam filem ni walaupun sekejap je dia muncul. Berbalik kepada watak Jiman tadi, ramai kot penonton dah anggap dialah dalang dalam semua musibah dalam jalan cerita ni. Tapi korang kena tengok pengakhiran camna.

Oh ye, Izara Aisyah, halamak…. comelnya dia dalam filem ni (Watak Eddie). Comel sangat. Siapa yang nak tengok Izara beraksi tangkas berlawan dengan Zul Ariffin, inilah masanya. Dah lama tak muncul kat tv, tetiba buat comeback kat J Revolusi, pergh. Merecik.

Humor Matang dan Color Grading Cantik

Selain korang dipaparkan dengan babak aksi yang bertaraf international dengan color grading yang perfect membuatkan filem ni nampak ‘International’, babak humor pun tetap diselitkan dengan seimbang dan betul-betul menepati citarasa aku.

Serius aku katakan, humor dalam ni aku gelarkan humor yang matang. Tak kira la dari Azad Jasmin yang sememang kelakar gila babeng punya, malah dari Zul Ariffin sendiri pun ada buat humor jugak secara bersahaja.

Aku tak pernah suka Azad Jasmin punya lakonan sebelum ni yang nampak over, tapi dalam J Revolusi… You are very good bro! #kipidap. *Aku tertanya2 kenapa takde pun info pasal Azad Jasmin dalam IMDB untuk filem J Revolusi ni?

Kontra

Baik. Filem J Revolusi yang aku puji tak habis-habis ni tetap ada yang perlu aku kritik. Sebenarnya bukan aku je perasan, the whole penonton dalam panggung time tu memang perasan kot pasal benda ni. Masa babak ending tu, time Zul Ariffin (Jay) melutut kat Fazura (Dian), dari siang tetiba jadi malam. Sangat obvious.

Tapi mungkin memang babak tu Jay melutut lama gile dari siang sampai malam sebab Dian degil sangat. Mungkin? Antara lain yang semua 1 panggung perasan time Jay atas katil tu. Ok tak nak cerita lebih-lebih.

Rating

Aku bagi rating 9/10 untuk filem Melayu J Revolusi ni. Jangan cakap aku bagi rating tinggi sebab aku dibayar, takdenye dibayar pun. Ini ikhlas. Korang tengok sendiri lah 2 Mac 2017 ni baru tau. Kenapa 9/10? lagi 1/10 tu sebab babak yang agak ‘cincai’ kat ending tu.

Tapi jangan risau, babak tu tak bagi effect pun kat aku sebab secara keseluruhan memang sangat terbaik. Ini barulah filem melayu yang patut disokong. Tayangan start 2 Mac 2017. Please komen dibawah. Thanks.

movie addict activities

Summary
Article Name
Review J Revolusi, Level Terbaik Filem Aksi Melayu
Description
Filem J Revolusi kalau menurut pandangan aku, memang satu Filem yang boleh dibanggakan.
Author
Publisher Name
The Adzril.com
Publisher Logo

18 Comments

  1. Tellygeram
  2. Aziela
  3. Tanpa Nama
  4. Bakhtiar Abdullah
  5. fix388995
  6. Tanpa Nama
  7. Unknown

Leave a Reply