Tshirt Bianco Mimosa Untuk Lelaki Seluruh Pelusuk Malaysia

Aku tau ramai peminat-peminat T-shirt kat Malaysia ni. Sebab tu muncul banyak lokal brand macam Region Malaya, Sarc, Abstrax, Kayu, Kukubesi dan macam-macam lagi la.

Dan aku suka dengan wujudnya lokal brand camni sebab diaorang ni memeriahkan industri dalam bidang clothing sekaligus membuatkan peminat-peminat tshirt boleh pilih jenama dan design yang diaorang suka. Setiap jenama ni ada kelasnya tersendiri, termasuklah satu jenama ni iaitu Bianco Mimosa Men.

Sama jugak macam apa yang kebanyakan brand lokal ni buat untuk design tshirt diaorang iaitu membuat design khas untuk setiap Negeri di Malaysia, Mimosa Men jugak buat Tshirt khas untuk setiap Negeri di Malaysia siap dengan nombor khas yang ditentukan oleh owner Mimosa Men ni.


Kebanyakan nombor ikut turutan macam kat ic tu, tapi ada certain Negeri yang owner letak nombor lain. Contohnya untuk tshirt Selangor, guna nombor 3, Kuala Lumpur guna nombor 1.

Semua Nombor tu memang tetap dan takkan berubah untuk baju Polo Bianco Mimosa Men. Walaupun taktik ni agak cliche bagi pengeluar jenama tshirt kat Malaysia ni, tapi aku akui setiap brand ada kelasnya tersendiri termasuklah Mimosa Men ni.

Untuk design Negeri yang dikeluarkan oleh Mimosa Men ni, bukan biasa-biasa punya tshirt tau. Tshirt Polo tu ha. Kalau menurut owner Bianco Mimosa ni, kain yang dipilih untuk Polo Tshirt ni memang khas dan kualitinya sama taraf macam Tshirt jenama Polo tu sendiri.

Sulaman/embroidery kuda kat tshirt ni memang nampak betul-betul ada Muscle kat kuda tu. Aku akuilah, memang high kualiti beb produk Mimosa Men ni.

Owner Bianco Mimosa

Selain dari tshirt kolar Polo ni, Mimosa Men ada jugak la tshirt roundneck. Ada satu tshirt roundneck Mimosa Men ni aku cukup minat betul. Nampak nipis gile tapi aku tau memang ada kelas la tshirt ni. Tengok harga pun tau around RM150 – RM200 kalau tak silap aku la.

Bagi aku la secara personally, berbaloi. Mungkin aku jenis yang mementingkan jenama dan kualiti? Mungkin ya, dan yang pasti aku memang peminat dan penyokong tshirt lokal brand ni.

Ada banyak lagi gambar untuk Mimosa Men ni kat instagram diaorang Mimosa Men.

4 Comments

Leave a Reply