Rantai Motor Yamaha LC 135 Tak Kendur Lebih dari 4 Bulan

Pertama kali aku mengalami panik bila rantai motor tertanggal dari sprocket masa bulan November 2106. Time tu ada sorang brader keje Grolier (berdasarkan baju yang dia pakai) yang tolong tolak motor aku dari tepi jalan kat Rasah sampailah ke kawasan perumahan aku.

Gigih je dia tolong padahal time tu aku boleh je pasang balik rantai ke sprocket, tapi memandangkan time tu aku sangka rantai motor putus, so aku pun tolak la motor tu sorang-sorang sampailah la brader Grolier tu datang mengoffer pertolongan.

Rantai Motor Yamaha LC 135 Memang Senang Longgar

Ramai bagitau aku sebenarnya memang Motor Yamaha LC (aku punya model 1st) rantainya senang longgar. Aku akuilah sebab masa kat Kota Kinabalu dulu, boleh dikatakan 2 minggu sekali mesti aku nak pegi bengkel mintak pomen adjust balik rantai motor aku tu.

Padahal jarak dari rumah ke tempat keje dekat gile kot time tu. Nak buat sendiri takde tools pulak. Aku pun tak tau kat mana silapnya Motor LC ni, memang cepat bebenor longgar rantainya. Jenuh nak adjust balik rantai tu.

Ni tertanggal je bang, bukan putus pun rantai tu.

Cuma Dislocate Bukan Putus

Nak dijadikan cerita, masa aku parking motor aku kat umah barulah aku perasan sebenarnya rantai motor aku tu belum putus. Cuma dislocate je dari sprocket. Haih! Panik tak tentu pasal.Dan tak semena-mena brader Grolier tu ingat motor aku putus rantai.

Konon parking LC pastu nak naik KTM RC je, tapi dengan takde tools, aku pasang/letak balik rantai kat sprocket motor pastu bawak motor slow slow ke bengkel.

Tips dia, “Jangan Change Gear Time Selekoh/Simpang/Roundabout” Akhirnya aku berjaya sampai ke bengkel tanpa rantai tertanggal lagi. Gear 4 pun aku bantai je kat simpang. hehehe!

Baca jugak : Cara adjust Monoshock Yamaha LC jadi keras.

Pergi bengkel tu sebenarnya memang niat nak tukar 1 set rantai dengan sprocket. Kalau diikutkan aku tak perlu pun tukar 1 set rantai dengan sprocket.

Boleh je aku mintak pomen tu potong rantai.

Tapi tu la, pomen pun dah rekemen untuk tukar baru (nak untung la tu hehehe) so aku pun ikut je la. Alaaa duit kan boleh dicari. Kalau aku ada pemotong rantai motorsikal sendiri, memang aku buat la, tapi tu la, alasan sama tetap jugak aku berikan, aku takde tools. hahaha!

Ni bukti yang sprocket Motor LC 135 Yamaha aku masih lagi bersegi. Ada orang kata boleh pegi lagi 15,000 Kilometer.
Amacam? Tonggek lebih kan LC 135 aku? Nak tau kenapa baca artikel aku pasal inject monoshock.

Jenama RKM Mahal Sikit Dari SSS (Triple S)

Tokey bengkel rekemen kat aku set rantai dan sprocket motor jenama RKM sebab ada kualiti katanya. Biasanya aku pakai triple S (SSS) je. Oh ye sticker RKM kat arm motor aku tu memang bengkel sebelum ni bagi kat aku walaupun aku beli jenama Triple S.

Harga untuk satu set sprocket dengan rantai jenama RKM ni aku tak ingat. Member aku siap cakap lagi RKM ke Triple S ke cukup 2 hari mesti kena tarik untuk ketatkan balik. Maklumlah, perjalanan aku dari rumah ke tempat kerja kali ini agak jauh, 32 kilometer tuuuuu.. Ulang alik dah 64 kilometer untuk sehari. Untuk seminggu? Sendiri kiralah ye.

Rantai Masih Kekalkan Ketegangan Persis Ikut Piawai Selepas 4 Bulan.

Apa yang mengejutkan selepas 4 bulan berlalu, aku masih belum pergi bengkel untuk ketatkan rantai motor tu. Ni aku baru tengok rantai motor tu, elok je lagi dengan kadar regangan seolah-olah dari kilang Yamaha itu sendiri.Seriusly geng, aku pun tak pasti kenapa rantai ni lama betul nak kendur balik.

Nak cakap aku pakai rantai yang ada o-ring tak jugak. Rantai RKM biasa je ni tau. Apapun aku bersyukur la sebab tak perlu nak bengkel semata-mata nak ketatkan rantai.

jenama rantai sesuai maintenance LC
See, memang kemas dan tegang lagi. Serius sehingga hari ini aku tak hantar ke bengkel lagi untuk tegangkan rantai.

 

4 Comments

  1. Tanpa Nama
  2. Tanpa Nama

Leave a Reply