13 Tips Kewangan Yang Boleh Membantu Anda Menabung Untuk Rumah Anda

Menabung untuk membeli rumah adalah satu tugas yang mencabar
disebabkan harga condo
for sale di KL
adalah sangat mahal terutamanya untuk pembeli rumah
pertama. Melalui kaedah simpanan yang berkesan adalah cara yang sesuai untuk
anda menyimpan wang. Berikut adalah caranya:
13 Tips Kewangan Yang Boleh Membantu Anda Menabung Untuk Rumah Anda

Tips #1: Bijak
berbelanja bekalan makanan anda

Rancang pemakanan anda 
awal-awal. Periksa peti sejuk anda dan bekalan dapur anda untuk pastikan
apa yang perlu dibeli. Dengan cara itu, anda boleh mengenalpasti apa yang perlu
anda simpan dan apa yang anda tidak perlu.

Tips #2: Perhatikan
betul-betul insurans hayat anda

Adakah premium insurans anda seakan-akan meningkat? Jika ya,
anda mungkin perlu pilih pilihan yang lain. Jika anda masih belum menghampiri
usia emas, pilihan yang tepat adalah meneliti pakej insurans lain yang
menawarkan kelebihan yang sama dengan harga yang lebih rendah. Sesetengah
syarikat insurans biasanya mengenakan caj tambahan kepada pelanggan yang lama,
jadi hati-hati. Lagipun, anda sudah biasa dengan syarikat itu dan biasanya anda
jarang meneliti caj yang dikenakan kepada anda. Itu adalah sesuatu yang tidak
patut anda lakukan. Jika anda ingin membeli rumah, anda perlukan semua
peruntukan yang ada. Jadi, jika ia sudah menjadi satu masa;lah, lebih baik anda
cari sahaja  yang lain. Bila anda sudah
jumpa pilihan terbaik, tingalkan sahaja syarikat yang lama.

Tips #3: Buat satu
belanjawan

Belanjawan membantu anda menyimpan dengan lebih serius. Mahu
beli barang runcit atau membeli-belah? Dengan memeriksa belanjawan anda dan
lihat sendiri perbelanjaan atau tabungan anda, ia dapat menghalang anda
daripada bersifat boros. Belanjawan dapat mengekang sifat boros anda,
terutamanya jika anda dapat lihat sendiri akibat sifat boros anda.

Tips #4: ‘Tapis’
belanjawan anda

Buat satu belanjawan da tapis belanjawan itu. Kemudian tapis
lagi. Anda pasti akan terkejut berapa yang anda dapat jimat daripada belanjawan
harian anda jika anda fokus  menyimpan
daripada boros berbelanja. Contohnya seperti, adakah anda perlu beli minuman
tenaga itu hari-hari. Jika ya, apa kata anda beli di kedai runcit daripada
kedai yang lebih mahal? Barangan di kedai mini-pasaraya adalah lebih mahal.
Bagaimanapun, jika anda tidak lagi membeli minuman tenaga itu atau hadkan
minuman itu kepada dua atau tiga kali seminggu, anda pasti akan nampak
perubahan ketara dalam belanjawan anda.

Tips #5: Kenal pasti
tabiat buruk dalam berbelanja 

Langkah  terbaik
membaiki belanjawan anda adalah dengan mengenal pasti tabiat buruk yang
menjejaskan rancangan perbelanjaan anda. Contohnya, adakah anda lemah semangat
bila ternampak jualan bulanan sehingga menyebabkan anda membeli barangan yang
tiada faedah? Jadi ambil lah langkah yang boleh membantu anda mengatasi tabiat
itu. Anda boleh tinggalkan kad ATM anda di rumah dan bawa wang yang secukupnya
sahaja . Atau anda boleh


Tips #6: Pastikan dana
kecemasan anda berjalan

Salah satu tanda bahawa anda berada di landasan yang betul
adalah dengan  adanya dana kecemasan
anda. Bila anda merancang untuk membeli rumah, anda perlu bersedia untuk apa
sahaja, termasuklah kecemasan. Jadi jika anda diberhentikan atau terlibat dalam
kemalangan, anda tidak perlu mengorek tabung demi untuk berbelanja. Dengan dana
kecemasan yang cukup, anda akan mampu untuk melangsaikan gadai janji bulanan
anda, membayar bil perubatan anda jika insurans anda tidak dapat melindungi
anda dan ada wang yang cukup sehingga anda boleh berdiri semula.

Tips #7: Berhenti
merokok

Merokok bukan sahaja membakar paru-paru anda, ia juga
membakar wang anda. Cuba kira kos roko dan berapa banyak yang anda telah
belanjakan untuk rokok setiap tahun. Itu adalah wang yang lebih elok
dibelanjakan di tempat lain. Jadi jika anda mahu membersihkan kewangan anda,
cuba hentikan amalan buruk itu. Anda bukan sahaja dapat menikmati hidup yang
lebih sihat, malah simpanan anda juga akan bertambah.

Tips #8: Ada kumpulan
sokongan

Sukar untuk menyimpan jika anda berada di dalam kalangan
mereka yang boros. Cuba libatkan keluarga dan rakan-rakan dalam usaha menyimpan
anda. Atau dapatkan rakan simpanan, seseorang yang boleh memantau perbelanjaan
anda  dan menegur anda jika simpanan anda
dalam ‘bahaya’. Dengan adanya rakan yang membantu anda , peluang anda untuk
berjaya akan lebih tinggi.


Tips #9: Berbelanja
mengikut belanjawan

Nasihat yang baik ini adalah daripada The
Star
berkenaan rumah yang perlu anda cari. Ini juga boleh digunapakai jika
anda fikirkan belanjawan anda dan perkara yang ingin anda beli. Daripada anda
membeli jenama yang mahal, cuba cari alternatif untuk jenama itu yang tidak
kalah dari segi nilai. Anda tidak perlukan syampu dan sabun yang mahal. Anda
juga boleh hidup tanpa snek yang berjenama. Ini akan membantu anda untuk
berjimat.

Tips #10: Fahami
kewangan anda

Free
Malaysia Today
ada menyebut kepentingan mengetahui
keadaan kewangan anda sebelum membeli rumah. Tidak kira sama ada anda membeli
rumah ataupun hot pot, anda perlu memastikan anda mampu untuk menampung
perbelanjaannya.

Tips #11: Gunakan
alat

Ada banyak aplikasi perakaunan yang boleh membantu anda
memerhatikan pendapatan dan simpanan anda. Ada juga yang membantu anda mengira
pendapatan dan cukai anda. Dengan banyaknya aplikasi dan lama yang ada, anda
ada sebab yang baik untuk mula mencari alatan-alatan dan laman-laman yang boleh
meningkatkan kemahiran anda. Bila membeli, anda boleh gunakan laman
penyenaraian hartanah atas talian. Dengan laman seperti PropertyGuru Malaysia,
hartanah akan jadi lebih mudah untuk dicari dan akan menjimatkan wang dan masa
anda. Itulah tabiat menabung yang anda perlu ada, yang boleh mencari
penyelesaian terbaik.

Tips #12: Langsaikan
hutang anda

Jika anda ada hutang, tiba masanya anda langsaikan hutang
anda. Pembersihan kewangan bermaksud 
membersihkan kewangan anda. Jadi buatlah yang terbaik untuk melangsaikan
hutang anda. Jika anda bebas hutang, anda boleh mula menyimpan untuk wang
pendahuluan rumah.


Tips #13: Ketahui picu
tabiat buruk anda

Anda lebih mengenali diri anda. Jadi jika anda fikir satu
jualan hebat boleh menyebabkan anda berbelanja seminggu gaji anda, adalah lebih
baik anda elakkannya.  Selalu beli
makanan manis dan kek ketika bersedih? Jadi cuba cara lain untuk tenangkan
fikiran. Jika anda tahu pencetus tabiat buruk anda, anda boleh uruskan nya
dengan baik. Senaman adalah pilihan yang baik. Anda bukan sahaja akan punya
badan yang lebih sihat. Dengan langkah di atas 
anda jua akan menyihatkan perbelanjaan anda.
Menyimpan untuk rumah impian anda memang sukar. Tetapi
dengan pembersihan kewangan, anda boleh menyimpan dan dapatkan dana yang anda
perlukan dengan lebih cepat.

3 Comments

  1. lokman amirul
  2. Lala Rahim

Leave a Reply