Buffet Ramadhan KL Mandarin Court Hotel

Lagi buffet Ramadhan yang dapat aku terjah. Maksud aku review bufet Ramadhan. Kali ni kat tengah kesesakan kota Kuala Lumpur. Biasanya aku cuma lalu lalang je kat sini masa nak pergi ke Low Yat atau Times Square, tapi kali ini aku sempat menyinggah ke Mandarin Court Hotel Kuala Lumpur untuk menikmati bufet Ramadhan mereka.
Gigitan pertama kat Satay ayam ni, tetiba aku teringat satu memori, tak ingat memori apa.

Signature Food Tradisional

Tak banyak beza ngan bufet Ramadhan kat hotel-hotel lain, Bufet Ramadhan kat Mandarin Court ni pun menyajikan hidangan yang sedap-sedap. Kalau hotel-hotel lain ada sediakan hidangan modern dan tradisional, Mandarin Court Hotel pun ada kedua-duanya.
Masa aku merayau-rayau pilih makanan mana yang aku nak try, mata aku memang asyik pandang kat makanan tradisional. Tak tau nape, sebab cuaca kot. hahaha!

Roti Jala dengan Sate Jadi Pilihan

Sebenarnya sebab makanan tradisional kat Mandarin Court Hotel ni nampak macam sedap sangat. So memang aku tak pandang la makanan yang biasa-biasa ada kat hotel. Terus aku kidnap roti jala, lemang dengan sate.
Bukan apa, rendang ayam dia tu presentation memang terbaik. Warna dia cukup memukau. Rasanya, sedap. Jenis macam aku ni memang makan sikit-sikit. Sebab nak merasa semua makanan.
Nothing more yang aku boleh katakan, kalau nak cuba makan kat bufet Ramadhan masa bulan puasa ni boleh la book awal. Bufet kat Mandarin Court Hotel ni start 15 hingga 25 Jun kalau tak silap la.

Nombor Untuk Dihubungi Nak Buat Tempahan

Apa-apa pun boleh hubungi pihak Mandarin Court Hotel Kuala Lumpur kat nombor telefonĀ +60 322739933 untuk sebarang pertanyaan atau nak book Buffet Ramadhan ni. Terima kasih.
Chef Halim tengah demo buat popia. Popia ni manis, kalau nak pedas mohon cari cili sos atau sambal lain ye.

Leave a Reply