Kena Saman AES Mobile Kat Putrajaya

Kelakar je minggu kebelakangan ni. Aku asik kena saman je. Kali ni kena saman AES Mobile. Tak habis isu kena saman pasal KTM RC 200 aku yang plate tak ikut spesifikasi, minggu lepas kena saman speed pulak kat Putrajaya. Takdelah laju mana pun aku bawak kereta tu (ye saman kereta). Limit speed 80km/j, speed aku time tu 102km/j.

mobile AES camera

Kamera AES Mudah Alih

Lokasi AES di Bawah Jambatan

Mula-mula rasa macam tak best masa nak lalu bawah jambatan tu, (somewhere kat Putrajaya). Tapi memandangkan kereta lain pun laju, dan aku pulak sibuk tengok GPS, maka aku pun buat tak perasan la speed aku time tu.

Ye la, 100km/j kot, takde la laju mana untuk jalan Putrajaya yang luas tu. Tiba-tiba aku nampak flash kat depan aku. Kamera AES tu betul-betul bawah jambatan.

Flash kamera yang aku nampak tu bukan untuk kereta aku tapi untuk kereta depan aku. Kalau ikutkan sempat je aku tekan brek pastu acah-acah slow. Tapi sebab aku tergamam so aku tak sempatlah tekan brek.

Bayar Saman Awal untuk Elak Naik Nilai.

Dan esoknya aku cek kat sistem MYEG memang aku dah kena saman. Saman AES ni agak mahal lah. RM150 untuk sekali saman speed trap AES. Untuk mengelakkan nilai saman makin naik, so aku bayar la cepat-cepat sejurus gaji masuk.

harga denda saman AES

Cek saman di MyEG

Summary
Article Name
Kena Saman AES Mobile Kat Putrajaya
Description
Kalau AES yang fixed senang kita kawal kelajuan pada tempat yang kita tahu. Tapi kalau jenis AES mobile ni memang tak dijangka samannya.
Author
Publisher Name
The Adzril.com
Publisher Logo

6 Comments

Leave a Reply