KTM RC 200 Kena Saman Nombor Plate Nakal

Dah berulang kali aku mintak mudguard KTM RC 200 dari owner asal motor ni. Dia asik cakap benda tu ada dalam store, kena gali baru jumpa. Sudahnya aku biarkan je memandangkan KTM RC 200 aku ni tanpa mudguard dan nombor plate yang ntah apa-apa kedudukannya memang nampak seksi.

ktm RC without mudguard

Kalau takde mudguard memang nampak seksi, tapi kalau jalan basah habis lencun baju weh.

Tak Pasang Mudguard dan Plate Secara Betul

Hari berganti hari bulan berganti bulan. Relax je beb, takde polis atau JPJ nak tahan Motor KTM RC 200 aku ni setiap kali aku menunggangnya ke tempat kerja atau balik kampung. Amboi semakin bangga la aku dan terus lupa yang nombor plate kat KTM RC 200 aku tu tak dilekatkan dengan spesifikasi yang betul.

Jodoh bertemu JPJ

Akhirnya aku dipertemukan juga jodoh dengan Abang JPJ, betul-betul selepas tol Seremban Port Dickson. Memang dah tak boleh nak elak, tak boleh nak lari. Senyum je beb, senyum is all i can do. hehehe!
“Cantik Moto bang” abam JPJ mula menunjukkan kemesraan dalam memulakan bicara. Aku cuma mampu balas dengan senyuman je lah. Ye betul encik, memang motor saya cantik.“Ni nombor plate nak tengok dari langit ke bang?” Amboi makin kreatif abam JPJ ni menyusun kata-kata. Sekali lagi aku cuma mampu tersenyum. “Ni nombor plate belakang ni mana? Nak tengok dari tanah?” Aku saspek abam JPJ ni pernah masuk kelas belajar ayat-ayat padu la. Aku terkesima.

Meme untuk “Tengok dari langit?”

“Kerja apa bang?” Abam JPJ mula berborak matang. Aku jawab la, “Saya blogger encik” Abam JPJ dah mula gelak sini sambil tanya “Blogger? hahahaaha! buat cerita apa?” Aku dah mula senyum kelat.

“Saya buat macam-macam cerita, cerita pasal motor pun saya buat” Tak sempat aku habiskan ayat tu abam JPJ dah tak nak layan aku.Dia tolak motor aku ketepi jalan, pass kat pegawai JPJ lagi satu yang tengah sibuk tulis saman kat apek bawak lori sayur (kalau tak silap aku).

Dah memang patut kena saman pun, tengok la cara nombor plate ditampal.

Saman tetap Saman

Dipendekkan cerita pegawai JPJ yang lagi sorang ni takde nak basa basi sangat. Cuma dia cakap “Biasalah ni encik kena saman, wife saya sendiri pun kena saman ngan JPJ aritu” Aku pun ye kan je la.

JPJ punya saman untuk plate number tak ikut spek ni berbeza dengan saman polis. Kalau kena saman dengan JPJ sebab ada kesalahan pada kondisi kenderaan, kita kena pergi buat pemeriksaan (inspection) kat mana-mana JPJ sebelum surat saman dikeluarkan.Sebelum menyerah diri nak buat pemeriksaan JPJ, wajiblah aku perelokkan motor aku. Kena ikut spesifikasi kilang balik.

Betulkan mana-mana yang patut sebelum ke pemeriksaan JPJ

Wajib Hadir Pemeriksaan

Selagi kita tak pergi inspection, selagi tu lah kita tak boleh bayar saman. Jadi mesti korang tertanya-tanya berapa aku kena saman untuk kes nombor plate tak ikut spesifikasi ni?Tak mahal mana pun sebab aku cepat bayar saman tu. Kena RM70. Kalau lambat dia akan naik jadi RM150, RM200 dan seterusnya RM300.

Nanti aku kongsikan pulak camna prosedur nak buat inspection kat JPJ dan camna nak bayar saman. Walaupun simple gile babeng step ni, tetap jugak aku nak share, sebab ni kan blog aku. hahahaha!

Summary
Article Name
Kena Saman Nombor Plate
Description
Spesifikasi yang sebetulnya tak diimplement, memang la kena saman. Saya nasihatkan baik pakai standart je untuk lebih cantik dan selamat (poket).
Author
Publisher Name
The Adzril.com
Publisher Logo

12 Comments

  1. Tanpa Nama
  2. Faizal Anuar
  3. Qiya Saad

Leave a Reply