Nisbah Post Niche Vs Post Review Kat Blog

Sebelum masuk tahun 2016, blog aku suci murni dari sebarang artikel berbentuk review. Tak kiralah review event ke, review produk ke, mahupun review tempat percutian dan tempat-tempat menarik untuk dikunjungi. Tapi Selepas tahun 2016 aku mula berjinak-jinak dengan dunia review.
Tengah memikir idea untuk tulis topik apa seterusnya kat blog.

Blog Tepu Kembali Aktif

Kengkonon blogger Malaysia terhebat la nak bagi review hehhee! tapi sebenarnya atas jemputan rakan-rakan blogger yang lain. Sejak tahun 2016 memang blog adzril.com ni mula dibanjiri dengan post-post yang berkaitan review sekaligus mengaktifkan blog ni yang tepu sebelum zaman main adsense dan selepas kecewa dengan adsense.

Bila Blog Dah Start Ranking di Google

Sejak job pertama buat review kat Stadium Larkin untuk Pelancaran Perfume JDT, aku dah start aktif dengan sponsored review lepas tu. Jumlah artikel review berbanding artikel niche blog aku sendiri makin tenggelam. Memula tu memang ketagih. Sikit-sikit dapat offer review servis atau produk. Maklumlah, blog dah mula ada ranking dek kerana artikel-artikel yang sebelum nih banyak carian dalam google. So aku gunakan peluang ni untuk buat artikel review untuk produk dan servis lain. Alang-alang orang kata.

Tepu dengan Artikel Review

Tapi makin lama, aku baru terperasan blog macam dibanjiri dengan artikel review. Which is bagi aku tak best sangat la. Dah hilang jati diri blog aku ni rupanya. Ye la, lepas satu artikel review produk, pastu artikel review lain lagi, pastu artikel review servis pulak. Kemon, mana artikel berkaitan cerita-cerita dan perkongsian aku ni? Sekali imbas dah macam blog review semata-mata.

Buat Comeback Dengan Jiwa Asal Blog

Mujur aku tersedar kejap. Terus aku gagahkan diri untuk buat comeback dengan beberapa artikel yang tak berkaitan dengan review produk atau servis. Aku mula cerita passion aku. Cerita pasal motor KTM RC 200 aku, motor Yamaha LC, kengkadang cerita pasal apps android yang aku pernah guna dan install dari Playstore. 

Jemputan Bertali Arus Dari Rakan Blogger

Baru nampak macam bernafas balik blog aku nih. Kalau tak sendu dek artikel review je. Once dah terjebak dalam dunia review ni, macam non-stop pulak jemputan review dari rakan-rakan blogger yang lain. Seronok tu memang la seronok tapi kekadang sampai tak sempat nak siapkan artikel yang pending sekian lama. Itu tak adil kepada client kita sebenarnya.

Tulis Artikel Review Bersahaja

Keseronokan blogging ni sebenarnya adalah kita dapat bantu orang dapatkan info. Sebenarnya artikel review pun info jugak. Bantu orang ramai dapatkan info berkaitan produk yang direview sekaligus menaikkan nama perniagaan tu sendiri. Artikel review yang ditulis dengan bersahaja akan bagi 3 manfaat,pertama bagi info kat pembaca, Kedua bagi sales kat pemilik produk atau servis dan ketiga memberikan kesedaran jenama produk atau servis (brand awareness) kepada pembaca.

Berkawan dengan Blogger

Aku pernah baca satu Quote, tak ingat siapa punya quote tapi yang pasti dia seorang yang ada kredibiliti. Katanya berkawanlah dengan blogger sebab blogger ni suka buat cerita tentang apa yang mereka alami dalam blog mereka. Silap-silap boleh dapat review free dari blogger. Meh siapa nak berkawan ngan aku?

12 Comments

Leave a Reply