Review Resort Suites Hotel di Bandar Sunway

Rasanya dah 10 tahun aku tak pergi ke Sunway Lagoon. Kali terakhir dulu pergi dengan kawan-kawan dan kawan perempuan (girlfriend) kalau tak silap tahun 2005. Time tu harga tiket RM37 je sorang. Tapi rasa berat gak la bila sponsor girlfriend hahahaah!
Biasanya untuk orang sekitar Lembah Klang yang berhajat ke Sunway Lagoon ni akan balik hari je. Pergi pagi balik petang tatkala Sunway Lagoon tutup jam 6 petang.
Santai kat Katil sebelum window shopping kat Sunway Pyramid

Stay kat Resort Suites Sunway

Tapi kan, sebenarnya banyak benda yang dioffer kat Bandar Sunway ni. Dah penat-penat main air dengan main permainan kt Sunway Lagoon tu, takkanlah nak terus drive balik ke rumah kan? Tak nak rehat? Tak penat ke?

Atas sebab itulah aku ngan wife nak cuba pengalaman stay kat Resort Suites Hotel yang mana aku boleh berehat selepas penat berjimba kat Sunway Lagoon pastu boleh window shopping kt Sunway Pyramid.
Pintu masuk bilik Resort Suites Hotel Sunway
Resort Suites Hotel ni sebenarnya bercantum dengan Shopping Mall Sunway Pyramid dan sebelahnya ada eskelator terus ke Sunway Lagoon.

Tricky Parking Space and Lobby

Agak tricky sikit nak ke Resort Suites Hotel ni sebenarnya. Masa aku masuk kt parking kereta kat aras B2, aku tercari-cari lif mana yang patut aku masuk untuk pergi ke Lobby Resort Suites Hotel.

Oh ye, jangan guna Touch n Go untuk masuk parking ni, sebab nanti tak boleh dapat flat rate parking. RM7 flat rate.
Memang aku agak keliru nak cari lobi Resort Suites Hotel ni lepas dah park kereta tapi fret not, masuk je mana-mana lif kat area parking tu dan naik ke aras B1. Pastu terus cari sign Resort Suites Hotel Lobby.
Pandangan dari bilik Resort Suites Hotel

Pre-Lobby dan Lobi Resort Suites Hotel

Masuk je ke kawasan ‘lobby’ tu sebenarnya aku masih belum sampai ke lobi. Ianya cuma pre-lobby. Staff yang bertugas kat situ terus bawak aku ngan wife ke tingkat 12.

Kat tingkat 12 ni lah lobby Resort Suites Hotel yang sebenar. Tricky kan? Tapi aku jamin semua staff kat situ pantas entertain korang. Itu yang staff lelaki la, yang siap sedia kat Pre-Lobi yang aku cakap tu.
Kat lobi Resort Suites Hotel (Lobi sebenar) ni aku agak terkilan dengan staff perempuan kat situ. Aku duduk kat meja pendaftaran tapi langsung tak greet aku atau bagitau apa perlu dibuat.

Dia sibuk buat hal dia plak. Lebih kurang 2-3 minit baru dia mintak kad pengenalan untuk pendaftaran. Harap pihak Resort Suites Hotel dapat mantapkan layanan kat bahagian front desk.

Mungkin sebab aku dilayan macam Raja oleh staff lelaki (foreigner) so aku expect benda yang sama dilakukan oleh this lady staff (local people). Its okay.

Katil King size

Setel pendafatan aku terus dibawak ke bilik aku kat tingkat 23. Ada 29 tingkat keseluruhannya. Nak akses ke semua floor ni kena ada akses kad, kalau tak memang tak boleh naik ke tingkat yang sepatutnya.

Keadaan Bilik Resort Suites Hotel Sunway

Bilik yang aku dapat agak luas. Ada katil King size, dapur, bilik air yang ada bathtub. Ada balkoni ada meja untuk buat kerja yang aku agak boleh dijadikan meja makan sebab ada 4 kerusi.

Bathroom

Pantry

Tadaaaaa! ada rice cooker kot.
Dari segi keluasan dan kelengkapan yang disediakan memang terbaik. Tapi aku kurang selesa dengan aroma dalam bilik tu. Walaupun pihak Resort Suites Hotel ni cukup strict dengan isu merokok, DILARANG MEROKOK dalam bilik hotel ni, tapi hotel ni ada bau bawang sikit, ada bau hapak tak tau camna leh ada bau tu. Hehe!

Pengalaman Menginap di Resort Suites Hotel Sunway

Pengalaman kat Resort Suites Hotel ni agak menyeronokkan sebab lepas aku penat berjalan dan berjimba terus aku dapat berehat kat bilik ni. Pastu aku dapat window shopping kt Sunway Pyramid malam tu jugak.

Meja ni boleh jadi meja makan atau meja buat kerja

Sarapan Pagi dan Rate Parking Hotel

Untuk makluman, Resort Suites Hotel ni tak sediakan sarapan pagi dan parking adalah berbayar. Walaubagaimanapun pihak hotel akan bagi flat rate untuk parking yang menggunakan tiket. So jangan memandai nak pakai Touch N Go.

Ingat! Ambil tiket parking di parking hotel, jangan nak pakai Touch & Go.

Capaian Internet yang Superb Pantas

Biasalah kat mana-mana pun mesti la aku perlukan sambungan internet kan? Kata blogger paling berpengaruh kat Malaysia, sudah tentulah aku perlukan sangat-sangat internet untuk kerja-kerja online aku. Dan aku sangat-sangat berpuas hati dengan kelajuan internet kat Resort Suites Hotel ni. 5 bintang aku kasi untuk kelajuan internet.

Speed internet kat Resort Sunway takkan mengecewakan

Tiada Kolam Renang

Oh ye, satu lagi. Kat Resort Suites Hotel ni takde swimming pool. So takyah la nak berharap ada swimming pool kat hotel yang berdekatan dengan Sunway Lagoon yang kompom-kompom kat Sunway Lagoon tu sendiri ada swimming pool besar punya. Kalau malas nak pergi ke Sunway Lagoon, maka berendam kat bathtub adalah pilihan terbaik.

Promosi Early Bird Untuk Booking Bilik Deluxe King Studio

Resort Suites Hotel akan bagi diskaun untuk Deluxe King Studio punya bilik iaitu RM228. Caranya kena book bilik ni awal 30 hari dari tarikh kita nak stay kat Resort Suites Hotel ni.

Kalau book kurang dari 30 hari harga bilik Deluxe King Studio ni adalah RM280 untuk low season dan RM330 untuk peak season. Korang boleh dapatkan keterangan lanjut kat web Resort Suites Hotel berkenaan Early Bird Promo ni.

Pakej Penginapan dengan Tiket ke Sunway Lagoon Dengan Harga Murah

Selain tu Resort Suites Hotel ada promo untuk pakej tiket Sunway Lagoon + Bilik sekali tau. Kalau beli pakej ni memang dapat murah la. Dan memang la sesuai sangat bagi yang nak ke Sunway Lagoon pastu terus nak stay 1 malam kat Resort Suites Hotel ni.

Pakej yang paling murah untuk 2 orang dewasa adalah RM449, dapat stay 1 malam kat Resort Suites Hotel dengan 2 tiket masuk ke Sunway Lagoon. Banyak lagi pakej yang ditawarkan kat website diaorang.

Bulan Ramadhan ni boleh la kalau nak rasa suasana relax-relax dan buka puasa kat Resort Suites Hotel ni. Solat terawikh jangan dilupa. Seberang tu ada masjid. Dekat je.

Untuk keterangan lanjut hubungi  +603 76117679 or +60175007679.

Leave a Reply