AntiVirus Ringan Yang Halang Ransomware

Satu Malaysia kecoh pasal Virus / Malware WannaCry Ransomware yang mula masuk ‘market’ Malaysia dan Indonesia secara meriah minggu ni. Kalau ikutkan virus ni dah 2-3 tahun (kalau tak silap aku) dan mungkin mangsa kat Malaysia masih kurang. Korang nak tau apa AntiVirus Ringan Halang Ransomware?

AntiVirus Ringan Halang Ransomware Wannacry

Malware WannaCry Ransomware ni dia akan menyerang sistem komputer (windows) dengan memblok dan menghalang file dalam PC kita untuk diakses. Kalau nak dapat balik akses tu kena bayar duit tebusan lebih kurang 400USD ke 600USD dalam matawang BitCoin.

antivirus paling hebat Malaysia

Anti Virus Webroot yang boleh lawan Wannacry Ransomware

Taktik Malware Disebarkan

Hacker biasanya akan pancing pengguna PC untuk execute malware ni dari email dengan tawaran kerja, file zip dan beberapa lagi taktik. Yang pasti taktik tu akan memastikan pengguna install atau execute Malware WannaCry ni ke dalam sistem PC kita dan initiate malware WannaCry tu ke seluruh sistem PC.

pekeliling virus wannacry

Amaran dan peringatan Kerajaan Malaysia berkenaan Virus Ransomeware

Wannacry Virus Circular Malaysian Government

Peringatan Kerajaan Malaysia berkaitan Virus Ransomeware

Cara terbaik nak halang adalah dengan berhati-hati dengan setiap fail yang kita download dari email atau saluran muat turun yang lain. Pastikan segala software atau perisian yang kita nak install ke dalam PC adalah selamat.

Tapi kita ni sebagai manusia kekadang terleka jugak. Tak sedar tiba-tiba dah install malware tu dalam PC. Kalau PC tu takde sekuriti lagilah senang malware berleluasa beranak pinak dan berpesta dalam PC kita tu.

Langkah Keselamatan

Jadi untuk langkah keselamatan, kita wajib sebenarnya untuk pasang antivirus dalam sistem PC kita sebagai langkah keselamatan. Lagipun harga antivirus takdelah mahal mana kalau nak dibandingkan kena bayar duit tebusan ke penyangak siber ni.

Antivirus yang ringan yang pernah aku guna dan powerful adalah Webroot Secure Anywhere. Harganya RM99 je untuk setahun. Itupun boleh guna untuk 3 device.

Kalau nak dibandingkan dengan antivirus lain yang pernah aku guna sebelum ni, Webroot ni memang sangat ringan dan tak kacau sistem PC langsung.

Webroot boleh diinstall kat PC, iMAC, dan Android.

Aku pernah ulas pasal antivirus Webroot sebelum ni kat artikel bertajuk Pendapat dan Review tentang antivirus Webroot. So aku memang sarankanlah untuk pengguna kat luar sana sebab selain ianya murah dan Webroot pun dah umumkan bahawa antivirus diorang ni memang boleh menghalang WannaCry Ransomeware dalam web rasmi Webroot.

Ada sesetengah antivirus yang pernah aku pakai sebelum ni lama-kelamaan akan membuatkan PC jadi macam berat semacam. Tapi dengan Webroot memang sistem PC aku makin ringan dan laju.

Korang boleh beli antivirus Webroot ni kat Lazada. Tak payah la susah-susah nak cari yang pirate, memang tak ada pun pirate-pirate ni sebab semua sistem dia online. Bila beli original ni memang la puashati sangat-sangat.

Summary
Article Name
AntiVirus Ringan Yang Halang Ransomware
Description
Antara antivirus yang boleh menghalang dan decode virus Ransomware Wannacry. Antivirus ini murah dan ianya ringan dalam sistem komputer atau MAC/Apple mahupun Android.
Author
Publisher Name
The Adzril.com
Publisher Logo

14 Comments

Leave a Reply