Masak Kari Ayam Paling Ringkas Sedap [Mak Siti]

Resipi Cara masak kari ayam paling ringkas tapi sedap ni saya belajar dari isteri saya.

Almaklumlah saya ni bukan pandai sangat pun masak.

Tapi once saya memasak dia punya sedap mengalahkan masakan isteri bahkan mungkin masakan mak saya sendiri.

Resipi Ringkas Cara Masak Kari Ayam

Sebelum ni saya pernah masak ayam masak lemak cili padi.

Masa mula-mula masak tu memang la ingat cara nak masak semua bagai. Tapi bila dah lama, jadi lupa balik. Jangankan masak lemak cili padi, masak kari ayam yang ringkas ni pun kena tanya isteri balik.

Masak Kari Ayam guna Serbuk Kari Daging
Kari Ayam yang dimasak menggunakan rempah kari Daging Mak Siti

Resepi Kari Ayam

Bahan Penumis:

  • 1 batang Daun kari
  • 2 Biji Bunga cengkih
  • 2 batang Kayu manis
  • 3-4 Biji pelaga
  • 1 inci Halia
  • 1 biji Bawang besar
  • 2 biji Bawang putih

Semua bahan kat atas ni kita tumis macam biasa. Setel je tumis bahan-bahan ni, masukkan pulak bahan-bahan berikut;

Bahan Rempah Kari dan Santan

  • Ambil 3 sudu besar Rempah kari (campur dengan air untuk jadikan ianya pes). Saya gunakan Rempah Kari Daging Mak Siti.
  • 1 sudu besar serbuk cili Mak Siti( campur dengan air untuk jadikan pes)
  • Setengah ekor ayam yang dah dipotong mengikut saiz yang sesuai
  • 1 kotak kecil santan
  • 1 sudu gula (secukup rasa)
  • Secubit garam (yang ni kena pandai-pandai adjust lah)

Bila semua bahan rempah kari dan santan tu dah agak separuh masak, masukkan pula;

Bahan Tambahan

  • 2 biji tomato (potong 6)
  • 10 biji cili api (ditumbuk kasar, jangan sampai halus sangat)
  • 3 biji kentang (potong ikut suka)
  • Air secukupnya, ikut kesesuaian citarasa masing-masing. Kalau nak pekat, tak perlu letak air banyak-banyak.

Kalau boleh jangan masukkan kentang awal-awal sebab nanti kentang tu hancur lebur bersama kuah kari ayam tu.

Jadi kena pandai kawal keadaan time camni. Pantau masakan tu dengan menjadikan kentang sebagai fokus utama.

Selagi kentang belum cukup empuk selagi tu lah kena tambah air sekiranya air kering. Biarkan ianya mendidih dan sekali sekala kacaulah dengan penuh kasih sayang. Bila nampak kentang dah cukup empuk, dah boleh lah matikan api pastu terus hidang.

Saya letak video untuk panduan korang tengok langkah demi langkah cara masak kari ayam dengan santan ni.

Video cara masak kari ayam ni sebijik sama dengan penulisan resipi saya ni.

Untuk resipi kari ayam ni saya gunakan santan. Ada sesetengah orang memang tak guna santan tapi mereka gantikan dengan susu cair untuk jadikan kari ayam ni lebih pekat dan padu.

Kalau tak silap saya, biasanya mamak punya kari ayam memang tak guna santan atau susu cair.

Kawan saya Neyra ada buat resipi kari jugak, tapi bukan kari ayam.

Dia buat resipi Mee Kari dengan menggunakan rempah kari Daging Mak Siti. Kalau korang nak cuba Mee Kari boleh baca resipi Mee Kari yang Neyra kongsikan kat blog dia.

Rempah Yang Saya Pilih

Kalau korang perasan saya gunakan rempah kari Mak Siti untuk masakan kari ayam ni. Sebenarnya boleh je guna rempah kari lain asalkan rempah kari.

Saya pilih rempah kari Mak Siti sebab saya dah biasa dengan jenama ni memandangkan isteri saya memang selalu masak memang guna rempah kari mak siti. Dari masakan kari, masak lemak, soto, sup, kari ikan, kari daging, masak kurma ayam, rendang, semua dia akan gunakan rempah kari Mak Siti.

Warna kuah kari tu cantik katanya.

Kalau korang perasan, Mak Siti tak pernah keluarkan pes atau apa-apa produk yang instant. Contohnya macam pes untuk masak nasi goreng ke, penambah perasa ke, sebab Mak Siti memang terkenal dengan produk semulajadi.

Memang tak guna pewarna dengan perasa tiruan dan pulak tu sesuai untuk vegetarians.

Produk Mak Siti ni boleh dibeli kat mana-mana pasaraya utama kat Malaysia ni macam kat Tesco, Giant, Aeon Big, Jusco, Mydin, termasuklah kedai runcit dan juga boleh dibeli secara retail kat online di laman facebooknya iaitu facebook Mak Siti.

Mak Siti Lancarkan Produk Baru

Sebelum ni Mak Siti terkenal dengan killer produknya macam Kari Ikan, Kari Daging, Soto, Masak Kurma dan lain-lain, kali ni Mak Siti lancar pulak produk baru diaorang.

Produk baru ni lebih comel sebab dalam botol.

Cuba bayangkan rempah yang dalam botol comel. Dah tak perlu la nak cari botol semata-mata nak simpan rempah lepas ni.

Ni antara produk rempah dalam botol yang baru;

  • Emping Cili (Chili Flakes)
  • Serbuk Cili
  • Daun Limau Purut
  • Serbuk Daun Limau Purut
  • Serbuk Kayu Manis
  • Serbuk Halia
  • Serbuk Lada Putih
  • Serbuk Lada Hitam
  • Serbuk Kunyit.

Produk ni semua dah boleh dibeli kat semua Pasaraya yang saya sebutkan tadi.

Produk terbaru Mak Siti
Produk Baru Mak Siti dalam botol comel
Owner Mak Siti
Pelancaran Produk Baru Mak Siti