Cara Tukar Hak Milik Kenderaan Senang Rupanya

Lepas ni saya dah tak cerita pasal motorsikal Yamaha LC 135 lah sebab dah jual kepada sorang rakan. Memang sayang nak lepaskan motorsikal yang telah banyak berjasa tu. So saya nak kongsikan cara tukar hak milik kenderaan.

Tapi saya tak nak sentimental bab bab motorsikal ni sebab ianya cuma kenderaan yang membawa kita dari point A ke point B.

Cara Tukar Hak Milik Kenderaan

Satu pengalaman baru yang saya perolehi dari penjualan motorsikal ni adalah cara untuk tukar nama pemilik lama kepada nama pemilik baru. Mula-mula tu ingat macam susah je kan.

Sebelum ni pernah buat kat kedai motor (dulu pernah jual Yamaha 125Z R kepada sorang student UiTM) dan kedai kenakan caj RM150 untuk urusan tukar nama motor.

Time tu saya pandang student tu, student tu pandang saya. Dalam hati memasing tak nak keluar duit la tu nak tukar nama. Tapi akhirnya saya mengalah dan membayar RM150 tu.

Kali ni (setelah lebih kurang 10 tahun) saya tanya pada rakan-rakan yang pernah buat urusan tukar nama pemilik motorsikal, ternyata diaorang cakap tak perlu bayar pun. Cuma perlu pergi ke JPJ dan isi borang.

Wah! Sesimple itu?

Ye betul. Memang simple sangat dan saya salute kepada JPJ sebab membuatkan sistem tukar nama motor kenderaan ni makin mudah tanpa banyak kerenah birokrasi.

Proses Tukar Nama Motor

Selepas member saya bayar penuh untuk harga motorsikal Yamaha LC 135 tu, saya terus serahkan geran motor dan cakap dengan dia nanti saya inform sekiranya urusan tukar nama selesai.

Kunci, geran dan motorsikal dah serah. Esok paginya saya akan buat urusan tukar nama di JPJ. Tukar nama kenderaan.

Kali ini kali kedua saya ke JPJ Seremban. Pertama kali masa nak bayar saman nombor plate KTM RC yang tak ikut spec. Kali ini saya ke JPJ Seremban untuk urusan tukar nama motorsikal Yamaha LC.

Sampai je di JPJ tu saya terus masuk ke bahagian pejabat dan diminta untuk ke tingkat 1 untuk urusan tukar nama kenderaan.

Kat tingkat 1 tu saya terus ke kaunter dan beritahu pegawai yang bertugas kat situ yang saya nak buat urusan tukar nama. Dia terus bagi satu borang suruh isi sebelum dia bagi nombor giliran.

tukar nama motor

Borang tukar nama pemilik kenderaan

Kat borang tu cuma isi nama kita sebagai pemilik asal motorsikal, beserta nombor kad pengenalan dan nama pemilik baru juga beserta nombor kad pengenalan dan alamat.

Selesai je isi borang tu terus bagi balik borang tu kat pegawai yang kat kaunter tu dan pegawai tu bagi nombor giliran.

tunggu sebelum dipanggil

selepas ambil nombor giliran

Tak sampai 5 minit nombor giliran saya dipanggil untuk berurusan. Saya serahkan borang yang telah diisi tadi ke pegawai di kaunter bersama kad pengenalan saya untuk discan di mesin pengimbas kad pengenalan.

untuk memastikan motor adalah milik saya

pengesahan kad pengenalan

Dalam lebih kurang 2 minit pegawai JPJ tu serahkan balik ic saya dan berikan satu salinan pengesahan. Pegawai tu suruh pemilik baru untuk pergi ke mana-mana JPJ untuk urusan tukar nama.

Nampak tak? Urusan saya selesai kat situ. Saya inform kat owner baru untuk buat urusan dalam masa 7 hari dari tarikh hari tu. On the dot dia terus ke JPJ dan uruskan hal pertukaran nama Yamaha LC tu.

perlu diuruskan sebelum 7 hari

slip pengesahan

Summary
Cara Tukar Hak Milik Kenderaan Senang Rupanya
Article Name
Cara Tukar Hak Milik Kenderaan Senang Rupanya
Description
Tukar nama pemilik kenderaan memang tak dikenakan sebarang bayaran oleh JPJ. Ada kedai caj sampai RM150 untuk urusan tukar nama. Padahal tukar nama motor atau kereta ni boleh buat sendiri. Sekejap je.
Author
Publisher Name
The Adzril.com
Publisher Logo

16 Comments

  1. paeh
    • Adzril
  2. arielhaq
    • Adzril
  3. Fiq
    • Adzril
  4. siti
  5. mann
    • Adzril
  6. selipar jeepun
    • Adzril
  7. bara
    • Adzril
  8. Epul
    • Adzril

Leave a Reply