Senarai Lengkap Pakej Langgan Season Pass

Kalau dulu USP telco Onexox adalah validity yang panjang iaitu 28 bulan (2 Tahun 4 bulan) dan panggilan serendah 5 sen untuk panggilan bawah 5 saat. Tapi kali ini Onexox dah ada USP baru, SEASON PASS.

Untuk rujukan semua yang mencari saya sediakan Senarai Lengkap Pakej Langganan Season Pass.

Senarai Lengkap Pakej Langgan Season Pass

Kod Season Pass Keterangan Harga
SP D1  8 GB Data
Percuma 50 minit masa berbual
RM100
SP D2  13 GB Data
Percuma 100 minit masa berbual
RM150
SP D3  18 GB Data
Percuma 150 minit masa berbual
RM250
 SP V1  350 minit Panggilan
Percuma 50 SMS
RM90
SP C1 5 GB Data
350 minit masa berbual
50 SMS
RM80
SP C2 10 GB Data
700 minit masa berbual
100 SMS
RM130

Kesemua pakej Season Pass ini boleh dilanggan melalui menu USSD (dail *150#) pada item Season Pass (SP).

Season Pass Happy Hour dan Season Pass FAT

Selain pakej SP yang yang telah tetap ni, ada jugak pakej SP Happy Hour. Kalau Happy hour SP ni memang ditunggu-tunggu oleh semua pengguna Onexox sebab harganya yang Super Murah dan ianya dipanggil FAT.

Season Pass Happy Hour tak selalu datang, tapi sekali dia datang memang ramai orang akan beli dan simpan DATA atau Minit panggilan.

 

FAT ni pulak biasanya ada 2, FAT5 dan FAT10;

  1. FAT5 = 5gb Data = RM30
  2. FAT10 = 10gb Data = RM50

Memandangkan FAT ini juga termasuk dalam keluarga Season Pass maka data ini boleh disimpan dan ianya takkan expired selagi tak digunakan.

Andai kata Data Simpanan Season Pass kita adalah 10gb, dan kita hanya mahu menggunakan 500mb sahaja untuk jangka masa sebulan, maka 500mb itu sahaja yang perlu kita habiskan dalam tempoh sebulan. Selebihnya 9.5gb kita simpan untuk kegunaan masa hadapan.

Stop Auto Renewal Onexox

Uniknya data Season Pass ini tidak akan aktif selagi tidak diaktifkan secara manual oleh pengguna sendiri. Walaubagaimanapun untuk mendapat fungsi pengaktifan data secara manual ini pengguna perlu mematikan fungsi auto renewal ini di menu USSD;

  • Dail *150#
  • Pilih menu 3 (internet)
  • Pilih menu 1 (Standard Package)
  • Pilih menu 66 (more)
  • Pilih menu 4 (Stop Plan Renewal)

Pilihan untuk menghentikan langganan secara auto sebenarnya sangat sesuai bagi mereka yang nak kebebasan dalam menggunakan data.

Kepada anda yang nak tanya atau khidmat nasihat berkaitan telco mana yang sesuai untuk anda, boleh hubungi saya di O192O61966. Saya suka anda whatsapp saya atau boleh isi borang hubungi saya. Terima kasih.

Summary
Article Name
Keterangan Lengkap dan Detail berkaitan Data Season Pass onexox dan Cara Langgan
Description
Keterangan lengkap item season pass onexox untuk pakej data dan suara. Terdapat juga pakej season pass FAT5 dan FAT10 untuk penjimatan melampau.
Author
Publisher Name
The Adzril.com
Publisher Logo

Leave a Reply