Bagaimana Nak Popularkan Blog?

Salah sorang sahabat saya bertanya. Bagaimana nak popularkan blog?

Saya termenung sekejap.

Popularkan blog? Macam mana saya nak jawab? Adakah saya LAYAK jawab? Adakah blog saya (The Adzril.com) ini popular?

Sebelum tu, jom kita tengok apa maksud popular?

cara popularkan blog

Maksud popular

Popular bermaksud disukai, diminati, dinikmati oleh orang ramai atau orang-orang tertentu atau sesebuah kumpulan. (betul ke saya punya translate ni?)

Jom kita tengok pulak adakah blog saya ini menepati ciri-ciri (kurang lebih) popular?

Paparan page dan Jenis Trafik.

Pageviews oleh jenis trafik dari 1 Ogos 2016 ke 31 Dec 2016

Untuk kiraan trafik dari bulan Ogos 2016 sehingga ke Disember 2016 (Google Analytic hanya dipasang bermula Ogos 2016) blog Adzril.com telah berjaya mendapat trafik sebanyak 133,376 yang merangkumi trafik jenis organik (hasil carian Enjin Carian), Direct dan Refferal. Adakah jumlah ini boleh dikira popular?

Jumlah trafik blog bukanlah penentu sesuatu blog itu boleh popular. Tapi jumlah sebegini cukup membuat saya rasa ianya satu pencapaian yang membanggakan.

Trafik Secara Organik

Jumlah carian secara Organik sejak dari Ogos 2016 sehingga Disember 2016

Boleh saya katakan trafik dari hasil enjin carian (Google, Yahoo, Bing) adalah satu trafik yang berkualiti. Namun ia bergantung juga kepada kualiti konten yang ditulis. Jumlah keseluruhan hasil penggunaan enjin carian yang menjumpai blog Adzril.com telah mencecah sehingga 95,262.

Jumlah carian ini dipecahkan mengikut bandar di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Kuala Lumpur telah mendominasi pengguna tertinggi yang telah melawat blog Adzril.com melalui hasil/keputusan enjin carian.

Baik,

Bolehkah jumlah trafik secara organik ini dijadikan kayu pengukur populariti sesebuah blog?

Maaf, jumlah trafik bukan juga penentu utama sesebuah blog itu popular. Buktinya, ramai pelawat blog yang menghubungi saya (biasanya untuk keterangan lanjut berkenaan sesuatu perkara yang diterbitkan di blog) bertanya;

“Saya nak tanya pasal prepaid yang tak payah topup tu, Tadi saya ada baca blog, saya LUPA blog apa. Boleh saya tahu camna nak dapat simkad prepaid takyah topup tu?”

ternyata pelawat tadi tak hirau langsung dari mana dia dapat info. Dia datang -> dia skrol artikel ->dia jumpa apa yang dia nak -> dia keluar dari blog -> atau kalau tak berpuas hati dia akan menghubungi saya untuk bertanya lebih lanjut.

Masih belum boleh dikira popular dengan data ini.

Lokasi Pelawat Blog

Jumlah trafik dari Malaysia mendominasi

Sudah semestinya blog Adzril.com ni mendapat sambutan yang majoritinya dari Malaysia berbanding negara lain seperti Indonesia, Singapore, US, Brunei dan lain-lain. Kalau Carta Pie ini boleh dijadikan kayu pengukur popular, sudah tentu saya akan cakap “YA! Blog saya popular di Malaysia, BERBANDING dengan negara-negara lain”

Yang penting popular kan?

Yang penting kita yakin pada diri kita sendiri, Claim The Best For Your Life.

Popular itu Subjektif

Dari 3 data yang saya paparkan, adakah blog saya ini cukup popular untuk saya menjawab persoalan sahabat saya “Bagaimana nak popularkan blog?”

Ramai orang yang pernah masuk ke blog saya lebih-lebih lagi dari sumber carian Google, mereka tak tahu pun nama blog, apatah lagi mengenali penulisnya.

Ramai sahabat saya yang kenal saya sebagai blogger, tapi tak pernah tahu apa alamat blog saya, apatah lagi kategori atau niche blog saya.

Perkara ini membuatkan Popular itu menjadi Subjektif.

Mungkin maksud popular itu cukup dengan maksud dikenali. Contoh yang saya terima “Owh! Adzril tu lah, blogger yang selalu sharing kat Facebook tu” atau “Hai Blogger, lama tak nampak. Sibuk blogging lah tu” dan lain – lain lagi gelaran dan sapaan yang saya terima.

Resepi Popular

Jadi untuk jadikan sesebuah blog itu popular, kena pastikan;

  • Sentiasa berkongsi tips dalam blog (mengikut bidang kepakaran kita) dan kongsikan penulisan itu di Media Sosial (Facebook, Whatsapp, LINE, Pinterest, Wechat, Instagram dan Youtube). Semakin kerap kita kongsi, semakin rakan mengenali kita dan blog kita.
  • Konsisten dalam menulis artikel di blog. Blog yang sentiasa diupdate dengan konten baru disukai Google. Google menganggap blog itu aktif dan akan memberikan kelebihan dalam keputusan carian di enjin cariannya.
  • Cipta kelainan pada paparan blog. Contoh blog ini, saya membuatkan blog saya bertema gelap supaya ianya senang diingati dan senang untuk pelawat membaca. Tak silau.

Trafik Banyak

Tak perlu trafik beribu lemon untuk menjadikan blog kita popular. Trafik yang banyak boleh dibeli. Apa guna trafik mencanak ke langit tapi tidak memberikan apa-apa pulangan kepada kita pemilik blog? Kenalah manfaatkan trafik tu.

Betul tak?

Jangan terlalu kejar trafik sampai overused teknik SEO, bold sana, bold sini, underline sana, underline sini.

Pemain SEO / Clickbank pernah berkata, “Sekarang ni dah 2017, orang pentingkan kualiti konten. SEO jadikan nombor 2”

Ada benarnya.

Konten berkualiti akan tarik trafik yang berkualiti. Walaubagaimanapun, SEO tetap memainkan peranannya.

Optimize SEO sampai artikel rank di tempat pertama Google tapi tak convert atau menghasilkan sesuatu yang kita mahu, tak guna jugak.

Boleh Tahan ke Nak Harap Pada SEO semata-mata?

Selain dari usaha yang saya kongsikan di atas tadi, apa yang seorang blogger perlu buat bagi memastikan dirinya survive dalam dunia blogging? Lagi-lagi Lifestyle Blogging.

Saya cukup terkesan dengan perkongsian Inche Hujan (IH) berkaitan blogging dan aset. Penulisannya cukup memberikan saya mindwave positif dan menggetar adrenaline.

IH selalu mengingatkan untuk selalu membina database.

Sebagai blogger (Lifestyle Blogger), teruskan menulis sehingga anda jumpa rentak penulisan anda sendiri. Nanti anda akan dapat peminat yang obses nak baca apa yang anda tulis dan kongsikan di blog. Gunakan kesempatan tu untuk menambahkan lagi jumlah yang melanggan penulisan di blog anda.

Blog = Tools = Alat

Pastikan mindset kita betul dalam berblogging.

Berblogging ni bukan untuk jadi hamba duit, nanti kita akan langgar etika penulisan sebagai blogger.

Blogging juga tidak boleh terlalu taksub pasal bab teknikal, nanti kerja tak jalan.

Jadikan blog sebagai tools / alat untuk kita berkongsi maklumat, membuat pemasaran, berkongsi strategi dan portfolio online.

Sentiasa mengikut trend, sentiasa belajar benda baru dalam blogging. Hari ini cara blogging kena pastikan blog kemas, mudah dibaca, konten berkualiti. Mungkin pada hari esok keperluan blogging berubah mengikut teknologi, kita kena adapt.

Jangan mendabik dada mengatakan diri kita sudah lama berblogging maka sudah bagus. Generasi baru selepas kita semua generasi cerdas. Apa yang kita capai dalam masa 10 tahun, mereka boleh capai dalam masa 3 atau 4 bulan sahaja, ianya faktor teknologi dan evolusi manusia.

Yang penting kita teruskan mengikuti perkembangan teknologi blogging. Dan sentiasa belajar.

Saya bukan master atau Sifu Blogging,

Jauh sekali.

Tapi saya obses nak berkongsi pengalaman saya dalam dunia blogging.

Blog saya juga sedang berevolusi.

Dari diari, kepada ringkasan cerita bersiri, perkongsian gambar, kemudian jadi blog peribadi yang menceritakan hal sendiri dan berubah menjadi blog yang mempunyai niche Lifestyle.

Objektif saya semakin jelas dari hari ke hari.

Blog apa yang popular hari ini? Oh Bulan? Magicalips.com? The Vocket?

Apa yang boleh kita pelajari dari blog-blog itu untuk jadi popular?

Start blogging hari ini, pedulikan teknikal dan SEO yang memeningkan diri. Nanti blog akan Popular dengan sendiri. Teknikal dan SEO kita belajar lain hari.

Popular itu bonus.

Jangan nanti dah dapat gelaran popular tapi blog tidak memberi manfaat kepada pembaca.

Untuk popular kena lalui zaman bagaimana ianya bermula. Saya sedia berkongsi untuk kita sama-sama menuju ke status popular itu.

Salam sayang dari saya.

The Adzril.com

Summary
Article Name
Bagaimana Nak Popularkan Blog
Description
Faktor yang perlu dititikberatkan untuk popularkan blog ada banyak. Malah ianya subjektif. Point-point penting ini anda perlu buat untuk pastikan blog anda jadi popular.
Author
Publisher Name
The Adzril.com
Publisher Logo

17 Comments

    • Adzril
    • Adzril
    • Adzril
    • Adzril
    • Adzril
    • Adzril
    • Adzril
    • Adzril

Leave a Reply