Manfaatkan Trafik yang Datang ke Blog

Trafik blog saya 1 juta hari ni!

Lama tak kongsi berkaitan blog. Saya dalam mode align balik objektif berblogging.

Dalam berblogging, trafik adalah punca utama untuk kita jana income. Mustahil betul buat blog lepastu peram tiba-tiba ada income.

Tapi ianya bergantung macamana kita gunakan kesempatan tu dan jenis blog yang kita ada.

Kalau blog yang ada info pasal bolasepak, jadi trafik yang masuk adalah pelawat yang ada interest bolasepak. 100% pasti!

Manfaatkan Trafik yang Datang ke Blog

Data trafik ini boleh digunakan untuk pengiklanan produk dan acara yang berkaitan dengan bayaran tertentu. Bagaimana pula dengan blog lifestyle? Andaikata blog lifestyle dapat 10,000 trafik sehari.

Bagaimana dan apakah demografiknya?

Berapa jangkamasa pelawat stay di blog kita?

Yang paling penting,

Bagaimana nak manipulate trafik kepada duit?

Boleh guna cara yang sama dengan blog yang ada info bolasepak tadi?

Mungkin boleh, tapi bayaran mungkin tak sama kerana trafik blog lifestyle biasanya bercampur. Tapi biasanya client tidak berminat dengan trafik yang tidak spesifik.

Blog lifestyle biasanya cerita berkaitan aktiviti travel, makan, review dan pengalaman. Ianya pelbagai

Jadi apa guna trafik 1 juta sehari sekalipun untuk blog lifestyle kalau tak dimanipulate dan digunakan menjadi keuntungan?

Untuk blog lifestyle ada beberapa perkara yang boleh dibuat untuk dapat keuntungan dari trafik blog.

  1. Google adsense
  2. Popads popcash (popup sana sini)
  3. Facebook Audience Network (WordPress sahaja buat masa ni)
  4. Sewakan tapak iklan (display ads)
  5. Advertorial / review
  6. Jual produk affiliate
  7. Dan beberapa teknik lagi yang saya tak ingat.

Nampak macam banyak kan?

Kesemua cara ini menjadikan kita boleh fokus pada konten yang kita nak terbitkan

Baik,

Berbalik kepada trafik blog.

Jom fikir balik untuk apa kita dapat trafik tinggi?

Untuk kepuasan semata-mata?

Untuk yakinkan client blog kita berkualiti?

Dapat sales dari 10,000 trafik yang datang?

Jadi di sinilah isunya. Jangan persiakan trafik yang datang. Dan pastikan trafik yang datang ke blog kita adalah trafik yang berkualiti. Dari pelawat yang berkualiti. Dari avatar yang kita boleh manfaatkan.

KUALITI TRAFIK!

Dan tak kurang pentingnya kualiti artikel yang kita tulis dan terbitkan.

Jom tengok contoh;

Trafik blog Ali (blog lifestyle) mencecah 200k pageviews sehari. Ali peroleh RM30 dari adsense. Ali tak guna blackhat untuk adsensenya tadi. (Tak elok tau blackhat ni)

Trafik blog Abu pula (blog info kesihatan) cuma 2000 pageviews sehari. Tapi Abu dapat RM100 sehari.

Macamana tu?

Abu sebenarnya jual supplement untuk kempiskan perut boroi (Contoh…)

Dalam blognya Abu selalu berkongsi teknik dan taktik untuk kempiskan perut secara natural. Ada je tips Abu setiap hari termasuk cara bersenam dan cara pemakanan yang betul.

Dihujung artikel dalam blognya, biasanya Abu akan recommend pelawat untuk beli supplement darinya.

Abu tak perlu gigih tarik trafik setiap hari sebab semuanya datang secara organik.

“Jadi sia-sia lah trafik kami blogger lifestyle ni?”

Jom kita jadikan trafik tu bermanfaat.

Masuk ke Google analytic atau Dashboard Blogger;

  • Cari keyword apa yang selalu masuk ke blog
  • Tengok balik Pages yang kerap dilawati dalam beberapa tempoh (ambil tempoh sebulan untuk lebih ideal)

Dari kedua-dua data ni sebenarnya kita boleh dapat sesuatu. Kita boleh manipulate sesuatu.

Contohnya dalam blog saya ini, saya pernah kongsikan berkaitan percutian ke Sabah. Artikel ini mendapat carian yang tinggi setiap minggu.

Kalau sebelum ini saya menawarkan pekhidmatan sewa kereta di Kota Kinabalu dalam artikel berkenaan, namun setelah saya berpindah ke Semenanjung, saya tidak dapat menyediakan perkhidmatan itu seperti biasa. Saya perlu pastikan artikel itu memberikan cash flow berterusan ke akaun bank saya.

Akhirnya saya sewakan artikel berkenaan kepada pemilik bisnes kereta sewa di Kota Kinabalu dengan meletakkan nombor telefon dalam artikel itu. Cara ini lebih berkesan dari display ads (letak gambar di widget).

Dengan cara ini saya dapat membuat cash flow dari artikel saya setiap bulan dan artikel yang berkaitan sebagai channel. Dalam masa setahun, untuk satu artikel itu sahaja boleh cover untuk bayar domain dan hosting blog saya.

Macam yang saya senaraikan diatas, ada banyak lagi cara untuk kita monetize blog kita untuk mendatangkan keuntung kepada kita. Sekali lagi saya nak anda berfikir, sekiranya trafik blog kita 10 juta sekalipun, bagaimana kita manfaatkan trafik itu untuk kepentingan kita?

Biar kita kalah sorak dengan trafik yang sedikit, tapi dengan trafik itulah kita mendapat manfaat yang banyak. Apa guna trafik menggegar hosting tapi hujung tahun kena keluar duit dari poket sendiri untuk bayar domain dan hosting?

Isikan email anda dibawah ini. Saya akan berikan teknik blogging secara berstrategi terus ke email anda!

[newsletter]

Summary
Description
Trafik yang datang ke Blog kita adalah peluang untuk kita membuat keuntungan. Pastikan trafik adalah berkualiti supaya boleh dimanfaatkan.
Author
Publisher Name
The Adzril.com
Publisher Logo

2 Comments

    • Adzril

Leave a Reply