Tempat Makan Candlelight Dinner Harga Best Seri Kembangan

Tau tak kat mana tempat makan candlelight dinner harga best area tempat anda?

Ok, sebelum tu.

Bila kali terakhir anda memanjakan diri dan berhenti sekejap dari kerja-kerja hakiki? Tengok balik kalendar. Bila kali terakhir anda raikan pasangan anda dengan sesuatu yang istimewa?

Zack Zaihan tengah Vlogging pasal Candlelight Dinner

Special Day vs Harga

Biasanya niat untuk meraikan pasangan dengan sesuatu yang special berakhir bila harga yang perlu dikorbankan untuk melaksanakan perkara tu agak tinggi. Tak berbaloi, sang lelaki akan cakap “lebih baik makan kat restoran biasa”

Biasalah, lelaki. Asalkan sedap, kenyang dan harga berpatutan barulah boleh proceed. Itu logik akal lelaki. Tapi logik itu tak diterima oleh perempuan okey. Mereka makhluk dari planet lain.

Ada satu cafe kat sekitar Putra Walk Seri Kembangan yang sediakan makan beradab atau Candlelight Dinner bagi mereka yang nak meraikan pasangan mereka dengan harga yang best.

D Aura Cafe Putra Walk Seri Kembangan

D Aura Cafe!

Dengan harga RM199 anda boleh menikmati makan malam Candlelight Dinner bertaraf Hotel. Anda akan dihidangkan dengan menu yang disediakan oleh chef yang berpengalaman.

Menu Candlelight Dinner D Aura Cafe Seri Kembangan

Antara menu yang dihidangkan untuk candlelight dinner kat D Aura Cafe ni;

  • Lamb Shank
  • Sirloin Steak
  • Rolled Beef Cheese
  • dan beberapa menu lain.

 

Lunch Ada Jugak

Selain menu yang premium ni, D Aura Cafe ada jugak sediakan menu lunch dengan harga RM10 untuk set Masak Lemak Cili Padi dan Set Rendang Daging setiap satu tak termasuk air minuman.

Tapi,

Kalau nak minuman percuma, boleh datang ke D Aura Cafe dari pukul 12 tenghari sampai pukul 1. Kira time ni Happy Hour la, beli set RM10 dapat minuman percuma.

Saya sendiri dah cuba makan Rendang Daging (D Aura Beef Rendang) dan D Aura Masak Lemak Cili Padi. Rasanya sedap dan bagi saya harganya berpatutan.

D Aura Masak Lemak Cili Padi

D Aura Beef Rendang, lembut Dagingnya. Sedap Rasanya. RM10 je.

Untuk Lamb Shank dan Sirloin Steak, pun sedap. Menu ni kalau diorder secara ala carte harganya adalah RM38 untuk setiap set hidangan.

Suasana Hotel, Tapi Harga Makanan Murah

So far dari segi suasana, ianya memang nampak agak mewah. Yang bestnya harga makanan murah.

Malam masa saya datang tu ada live band, jadi agak terganggulah untuk saya berborak dengan kawan-kawan yang ada. Terpaksa menjerit-jerit untuk pastikan apa yang saya cakap didengari oleh kawan.

Oh ye,

Bagi anda yang nak tempah Candlelight Dinner kat D Aura Cafe, boleh hubungi pihak D Aura Cafe di talian 0192700210 (Dina) atau 0126421095 (Salihin). Itu kalau nak book untuk Candlelight Dinner lah.

Meja hiasan candlelight dinner di D Aura Cafe

Kalau nak makan tengahari ke, makan malam ke boleh terus datang ke D Aura Cafe Putra Walk Seri Kembangan. Waze ke Putra Walk Seri Kembangan nanti boleh jumpa Cafe ni. Cafe ni dibukak dari pukul 11 pagi sampai ke 11-12 malam.

Summary
Article Name
Tempat Makan Candlelight Dinner Harga Best Seri Kembangan
Description
Sesekali ajaklah pasangan untuk romantik dengan makan candlelight dinner. Harga pun murah kalau kat D Aura Cafe. Lunch pun ada.
Author
Publisher Name
The Adzril.com
Publisher Logo

One Response

Leave a Reply