Review Neffos X1, Padu, Solid

Jenama Neffos X1 ni sebenarnya dikeluarkan oleh syarikat yang sama yang mengeluarkan modem TP-Link. Nampaknya satu lagi syarikat pembuat Router/Modem mula masuk pasaran smartphone.

Ini merupakan smartphone kategori harga pertengahan. Neffos X1 jenama ni mula naik namanya untuk bersaing bersama Vivo dan OPPO.

Ada 2 spesifikasi untuk Neffos X1 ni. 16gb Internal Storage dengan 2gb RAM dan 32gb Internal Storage dengan 3gb RAM.

Takde perbezaan ketara untuk kedua-dua spec Neffos X1 ni dari segi design. Cuma performance je yang membezakan. Saya okey je dengan 16gb Storage 2gb RAM.

Paparan Skrin Macam Super Amoled

Saya sebenarnya kagum dengan paparan skrin Neffox X1 ni, warnanya vibrant. Saya dah saspek ni mesti skrin super amoled. So gigih la saya cari info kat Google, laa rupanya guna IPS LCD TFT jer pun. Sama dengan Vivo v3 yang saya gunakan sekarang ni.

review neffos X1

Walaupun sama-sama guna IPS LCD TFT skrin, tapi paparan warna dari Neffos X1 jauh lebih memukau.

Nak cakap pixel density Neffox X1 lebih tinggi, tak jugak. Sama je 297 ppi (720×1280) dengan Vivo V3.

Mungkin, sebab Neffos X1 ni guna Gorilla Glass 2.5G kot, Vivo takde.

Kualiti Binaan yang Solid

Design smartphone ni saya rasakan Solid, pegang je dah rasa berat dan padu. Cuma kalau untuk keselamatan dan keselesaan kena pasang casing guard Spigen la. Tak tau ada ke tak untuk model Neffox X1 ni.

Audio dia, memang kuat dan tak pecah. Saya ada try full blast loudspeaker untuk dengar lagu kat Youtube, memang powerfull. Kalau dibiarkan lama-lama boleh bingit jugak lah.

Selain tu, saya suka dia punya responsiveness nya setiap kali saya touch skrin phone ni. Saya dapat rasakan perbezaan setiap kali menaip dan skrol kat skrin.

Standby Mode yang lama

Disebabkan saya tak guna phone ni sebagai phone utama, phone ni boleh bertahan sampai 3 hari waktu standby. Serius la kan?

3 hari tu bukan tak sentuh langsung tau, ada jugak layan facebook, tengok Youtube. Tapi mostly layan facebook guna wifi la. Still boleh tahan sampai 3 hari sebelum saya caj. Kapasiti bateri cuma 2250mAh je (Non-removable).

Uniknya Neffos X1 ni, dia ada button silent kat tepi sebelah kiri persis Iphone. So kalau nak masuk mode silent just on off je tombol ni. Senang! Tak perlu nak unlock pastu nak volume down untuk ringtone.

Keupayaan Kamera (Photo dan Video)

Untuk kamera pulak, smartphone ni gunakan sensor Sony dengan keupayaan 13 Megapixel untuk kamera belakang. Kamera depan seperti biasa kurang sedikit powernya, 8 megapixel. Hasilnya, not bad!

di Sepiring IOI City Mall (kamera belakang)

Ujikaji untuk jarak dekat dan bokeh (Kamera belakang)

Untuk video pulak, saya suka warnanya sama macam saya suka warna paparan skrinnya. Tapi warna untuk kamera depan macam kureng sikit berbanding kamera belakang. Tengok video ni.

Sesuai untuk kegunaan Harian.

Secara keseluruhannya, Neffos X1 ni sesuai untuk kegunaan seharian. Semua ciri yang ada pada Neffos X1 ni memuaskan hati saya kecuali slot sim Hybrid tu yang membuatkan saya teragak-agak sama ada nak letak memori kad atau nak letak simkad kedua.

Kalau letak simkad kedua, saya menghadapi masalah storan untuk file gambar dan file-file aplikasi lain.

Kalau letak memori kad (mikro SD Card), saya terpaksa membawa 2 telefon kemana-mana yang pada saya kurang efisyen. Sekarang kan semua nak ada lebih dari 1 nombor kan?

Apapun pilihan ditangan anda. Anda tahu apa yang anda perlukan.

4 Comments

    • Adzril
    • Adzril

Leave a Reply