Periksa Aura Guna Kamera

Setiap orang ada auranya tersendiri. Camna nak periksa aura ni? Boleh ke periksa aura guna kamera? Biasa orang sebut aura, tapi tahu tak aura tu apa? Aura adalah pancaran dari cakra.

Ah! Sudah.

Tak habis cerita aura, dah masuk bab cakra.

Relax ye, terms ni senang paham.

mengenal aura dan cakra

Aura adalah pancaran dari getaran kita

Apa itu Aura

Sekarang bayangkan sebiji mentol. Dalam mentol tu ada filamen kan? Filamen tu umpamanya cakra, cahaya atau pancarannya adalah aura.

Nama lain cakra adalah motor energy (Motor tenaga). Motor energy berfungsi sebagai? Yes! Sudah semestinya berfungsi sebagai generator yang memancarkan cahaya atau aura tadi.

Tapi dalam artikel ni kita sebut aura dan cakra okey? Sebab terma ini lebih sinonim dengan tubuh badan manusia. Kalau saya sebut Motor tenaga dan cahaya takut terbayang mesin generator elektrik pulak kan.

Dalam tubuh manusia, ada 7 cakra utama. Start dari cakra dasar, cakra seks, cakra pusat, cakra jantung, cakra kerongkong, cakra ajna, dan cakra mahkota.

Kesemua cakra-cakra tu memancarkan auranya tersendiri.

Camna nak tengok aura tu?

Tapi persoalannya, macamana kita nak tengok atau nak nampak aura-aura ni? Dengan mata kasar memang la tak boleh.

Fret not!

Saya pernah menghadiri kelas mengenal aura yang dikendalikan oleh Doktor Mirhazil. Penerangannya ringkas dan mudah difahami.

Yang seronoknya, saya boleh tahu aura apa yang didominasikan oleh tubuh saya. Ye, tak lain dan tak bukan guna kamera aura yang terdapat kat pusat Quest Training & Consultancy ni. Dengar cerita Dr. Mirhazil adalah orang pertama yang bertanggungjawab membawa kamera aura ni ke Malaysia.

Dr Mirhazil mengajar tentang aura

Doktor MirHazil, Penerangan tentang Aura dan Metafiziknya mudah difahami

Harga dan Lokasi Nak Periksa Aura Guna Kamera

Nak tahu berapa harga kalau nak ambil gambar aura guna kamera aura ni?

Saya senaraikan ye.

DIAGNOSIS AURA (SESI ASAS)

30 minit – RM150

• 5 minit Diagnosis + 25 minit Penerangan

DIAGNOSIS AURA + KONSULTASI (SESI PENUH)

1 jam – RM250

  1. Sekeping Foto Aura
  2. Ringkasan Repot Aura Diri
  3. Konsultasi Penuh meliputi :
  • Kesihatan
  • Personaliti Aura Diri (Bakat & Potensi)
  • Bidang Kerjaya/Bisnes
  • Perhubungan dll.

2 jam – RM350

  •  maksima 2jam per sesi.

**Boleh pilih mana2 pakej/sesi mengikut bajet.

TERAPI

1) 1 sesi Terapi

30 minit – RM150

2) Pakej 4x Terapi

RM500

Alamat :
Pusat Hijrah Diri
24C, Jalan Tengku Ampuan Zabedah K 9/K, Seksyen 9,
40100 Shah Alam
Selangor.
*belakang Hotel Concorde Shah Alam.

Waktu Temujanji :
10.00pg-1.00ptg
2.30-6.00ptg
8.00-10.00mlm

**Bayaran secara TUNAI @ Online Transfer pada hari temujanji.

Keputusan Aura dari badan saya. Cakra jantung mendominasi.

Saya cukup tertarik dengan teknik yang Doktor Mirhazil kongsikan untuk melihat aura hanya dengan menggunakan jari. Selain dari guna kamera, boleh juga guna jari untuk melihat aura.

Nak tahu?

Set lah temujanji anda dengan Dr Mirhazil. Ecewah macam iklan pulak kan.

Summary
Article Name
Periksa Aura Guna Kamera
Description
Jarang kita ambil tahu tentang aura kita. Jauh sekali nak periksa aura guna kamera. apa warnanya? apa fungsinya? Artikel ini terangkan asas cakra dan aura.
Author
Publisher Name
The Adzril.com
Publisher Logo

6 Comments

    • Adzril
    • Adzril
    • Adzril

Leave a Reply