Permasalahan Modenas Elegan Yang Saya Hadapi

Keputusan untuk memiliki Modenas Elegan 250 ni satu percaturan yang besar sebenarnya. Beberapa faktor telah saya pertimbangkan untuk let go KTM RC dan ambil Skuter rebatch dari Model Kymco Xtown. Adakah ada permasalahan Modenas Elegan yang saya hadapi?

Dengan tiada sebarang pandu uji, hanya research di Youtube (kurang yang buat review) dan berdasarkan prestasi Elegan versi pertama dan kedua saya terus buat keputusan muktamad.

Memang agak gila.

Tapi percaturan yang saya buat berbaloi dan saya sangat berpuas hati.

Jadi secara ringkasnya, Modenas Elegan 250 saya menghadapi beberapa masalah teknikal di awal penggunaan.

  1. Overheat
  2. Gearbox oil seal leaking
  3. Top speed cuma 120 km/j (bukan masalah teknikal)
  4. Berat (bukan masalah teknikal)

Semua permasalahan teknikal tu dapat diatasi dengan pantas dan professional oleh pusat servis Modenas. Dan saya tekankan di sini, permasalahan teknikal yang saya hadapi dengan Modenas Elegan saya adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Ianya tidak semestinya sama dengan unit Elegan yang lain.

Rindu KTM RC? Saya lagi rindukan Yamaha LC saya.

Hidup kena terus berkembang. Untuk waktu sekarang, Saya prefer Skuter berbanding motorsikal lain.

Oh, ada sebenarnya motorsikal lain yang saya berkenan sekarang, Honda CB500x hehehe!