Kampung Persaraan Warga Emas, Persepsi diubah oleh GreenAcres

Antara perkara yang tabu untuk dibincangkan di Malaysia ni adalah menghantar ibubapa/parents ke pusat jagaan warga emas atau lebih dikenali rumah orang-orang tua.

Topik kali ni agak berat, takut orang salah faham. Saya akan membincangkan satu topik yang jarang benar diberi perhatian namun ianya tetap terjadi di Malaysia.

Boleh bayangkan tak satu taman perumahan khas untuk warga tua?

Pernah tak anda terfikir suatu hari yang bakal tiba iaitu ketika mencapai usia persaraan, apakah yang akan kita lakukan? Adakah kita mahu anak-anak kita terhalang tugasnya semata-mata untuk memberi perhatian penuh terhadap kita dari segi masa?

atau,

Adakah kita akan teruskan kehidupan dengan aktiviti-aktiviti bersama mereka yang seusia dengan kita sekaligus hubungan bersama anak dan cucu masih terjalin?

GreenAcres Meru, Ipoh Perak

Saya sendiri akui, topik ini jarang dibincangkan atau dibual dalam kalangan masyarakat, tapi hakikatnya ramai antara kita masyarakat Malaysia tergamak untuk menghantar ibu bapa mereka ke rumah jagaan orang tua sebenarnya.

Persepsi Masyarakat

Perkataan ‘tergamak’ itu sendiri menunjukkan satu perkara yang tak sepatutnya dilakukan.

Ye lah, mana taknya, dalam drama tv Melayu banyak je promot berkaitan betapa negatifnya dan betapa jahatnya menghantar ibu bapa yang selama ini menjaga anak-anak ke rumah orang-orang tua.

Itu kan semua persepsi 🙂

Bukan saya nak cakap hantar parents ke pusat jagaan rumah orang-orang tua ni bagus, jauh sekali menyokong. Cuma kat sini saya nak terangkan bahawa cara kita pandang sesuatu isu itu yang menyebabkan ianya jadi negatif.

Sudut pandang yang biasa kita nampak bila ada orang hantar ibu atau bapa mereka ke pusat jagaan orang-orang tua adalah kerana kita sangka anak-anak itu tak nak jaga parents mereka.

Selain tu, anak-anak kononnya lupa diri dan jasa ibu bapa mereka semasa membesarkan mereka sampai sanggup hantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua dan biarkan orang lain yang jaga. Itu kan stigma negatif. Setuju?

Pelancaran GreenAcres Retirement Village di Meru, Ipoh Ubah Persepsi

Saya sendiri pun beranggapan camtu, negatif, tak suka dan benci. Sampailah saya hadir ke Majlis Pelancaran Pembukaan Rasmi GreenAcres Retirement Village kat Meru, Ipoh pada 7 Oktober 2017.

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Seri Mah Siew Keong

Betul, GreenAcres Retirement Village ni adalah satu penempatan atau komuniti yang didiami oleh warga emas sahaja.

Persepsi rumah jagaan warga emas bertukar jadi Taman Perumahan Komuniti Persaraan di sini.

Konsepnya sama, menempatkan warga emas atau Senior Citizens yang berumur 55 tahun dan keatas dalam satu jagaan dan tempat. Bezanya adalah camna ianya dilaksanakan.

Mewah dan Elit

Kat GreenAcres ni, segala-galanya mewah. Itu yang boleh saya katakan. Konsep ni adalah yang pertama di Malaysia iaitu mewujudkan perumahan khas untuk warga senior yang berumur 55 tahun keatas.

Ipoh dipilih sebagai bandar untuk dibangunkan konsep ini kerana kos sara hidup yang rendah.

GreenAcres Retirement Village yang baru siap fasa pertama ni dirasmikan oleh YB Datuk Seri Mah Siew Keong, Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.

Fasa pertama ni je ada 26 unit rumah bercirikan moden dengan keluasan dari 734 hingga 1105 kaki persegi. Ada 2 kamar tidur dan 2 bilik air dilengkapi dengan kitchen kabinet yang cantik.

Ruang dalam rumah

Kitchen Cabinet

Ruang bilik tidur

Kawasan pemandangan belakang rumah dan kejiranan lain.

Club House di GreenAcres Meru Ipoh Ada Banyak Fasiliti

Apa yang menarik bagi saya, terdapat juga Club House dalam kawasan perumahan GreenAcres Retirement Village ni.

Keluasan Club House ni sahaja mencecah 30,000 kaki persegi. Kalau dah luas macam ni sudah tentu ada pelbagai kemudahan dan prasarana kan?

Betul.

Dalam Club House ni disediakan gym, Movie Theater, Karaoke Lounge,  Billiard/Pool, Salun cuci rambut, tempat main chess, Mahjong, perpustakaan (tempat membaca) dan lain lain lagi.

Dengan adanya semua fasiliti ni, aktiviti harian warga tua yang tinggal di sini akan lebih bermakna.

Ini yang saya katakan mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap isu hantar orang tua ke pusat jagaan orang tua. Opss, silap! ke Taman Perumahan Komuniti Persaraan premium khas untuk warga emas.

Kesemua fasiliti dan kemudahan dalam Club House ini adalah untuk kegunaan warga GreenAcres Retirement Village.

Bilik bermain catur

Bilik Karaoke

Gym

Mini Cinema

Billiard / Pool

Persekitaran Damai dan Tenang Untuk Persaraan

Di sini mereka didedahkan dengan suasana yang menarik, boleh bergaul dan berkongsi cerita dan pengalaman dengan golongan yang sama umur, selain keselamatan yang terjamin. Anak-anak dan cucu juga boleh bila-bila masa datang melawat mereka di sini.

Sama konsep macam balik kampung, bagi anak-anak yang sibuk dengan urusan kerja sudah semestinya mereka boleh menziarahi orang tua mereka bila-bila masa mereka nak.

Pandangan dari Atas GreenAcres

Jadi sekarang, ada 2 pilihan untuk membahagiakan orang tua anda.

Pertama,

Jaga mereka sendiri di rumah anda dan lengkapkan keperluan mereka dari segi fizikal dan mental, atau,

Kedua,

Berikan mereka kehidupan dan suasana yang damai dan tenang di GreenAcres Retirement Village. Jadi mereka boleh mengisi kehidupan dengan lebih bermakna.

Kos yang diperlukan.

Pihak pengurusan di GreenAcres mengenakan caj yang minima bermula RM371 sebulan untuk tinggal di GreenAcres Retirement Village ni. Kos ini adalah untuk maintenance dan sinking fund demi memastikan kawasan GreenAcres ini terus dijaga dan dipelihara.

Deposit juga diperlukan untuk mereka yang ingin menjadi sebahagian komuniti GreenAcres ini. Deposit ini akan dipulangkan 100% sekiranya mereka berhasrat untuk tidak lagi tinggal disini, atau pun sekiranya mereka meninggal dunia, deposit ini akan diserahkan kepada pewarisnya.

Segala maklumat lanjut boleh terus semak di laman web rasmi GreenAcres.

Bersara adalah Fasa Untuk Berehat dan Gembira

Pengalaman ke GreenAcres ini membuatkan saya berfikir, sebenarnya setiap fasa kehidupan kita boleh diisi dengan perkara-perkara yang bermakna dan menggembirakan. Lagi-lagi fasa bersara. Di GreenAcres ini betul-betul membuatkan kehidupan bersara lebih bermakna. Di sinilah tempatnya. Untuk bacaan dan pendapat lain boleh rujuk penulisan Khir Khalid di Blognya bertajuk GreenAcres – Taman Perumahan Komuniti Pesaraan Pertama Malaysia.

Bagi mereka yang bersara mempunyai skim pencen dan berada di sekitar Lembah Klang adalah sesuai untuk menjadi sebahagian daripada komuniti GreenAcres ini.

‘Beli’ rumah di GreenAcres dengan hanya bayar deposit dan menginap di sini selama mana yang anda mahukan. Dan dapatkan kembali deposit sekiranya ingin berpindah ke tempat lain.

Selain dari mereka yang Independent dan ingin menghabiskan waktu persaraan dengan golongan bersara yang lain.

Summary
Article Name
Pusat Jagaan Warga Emas, Persepsi ditukar oleh GreenAcres
Description
Fasa persaraan lebih bermakna sekiranya kita isi dengan aktiviti dan persekitaran yang sesuai. Ini topik berkaitan pusat jagaan warga emas.
Author
Publisher Name
The Adzril.com

4 Comments

    • Adzril
    • Adzril

Leave a Reply