Betul ke Terdesak Nak Tambah Pendapatan?

Rentetan dari artikel saya yang bertajuk pengalaman ke AKPK ramai yang mesej saya melalui email dan kebanyakannya melalui Whatsapp.

Lepas tanya terus senyap

Biasanya yang bertanya berkaitan AKPK tu akan bertanya mengenai permasalahan mereka yang lebih spesifik.

Itu okay.

Yang tak okay bila ada yang bertanya berkaitan Cara Tambah Pendapatan.

Ye, saya ada mention dalam komen artikel tu;
Kalau nak tambah pendapatan, boleh hubungi saya.

Jadi kiranya, mereka yang hubungi saya tu sudah semestinya mereka yang tergolong dalam mereka yang betul-betul nak tambah pendapatan.

And yes of course saya terangkan berkaitan part time bisnes yang saya buat sejak 2013.

Apa dia? Jadi dealer onexox.

Krik krik krik.

Takpe saya dah biasa. Cuma saya tertanya, apa sebenarnya¬†expectation mereka bila saya mention ‘Tambah Pendapatan.’

Mereka yang mesej saya melalui Whatsapp tu jumpa nombor untuk hubungi saya di ruangan komen. Yang mana komen untuk artikel itu sudah cecah ratusan komen.

Maksudnya?

Maksudnya mereka ni betul gigih dan bersungguh nak tambah pendapatan. Sebab tu boleh jumpa cadangan saya untuk tambah pendapatan dan kat situlah (komen) mereka jumpa nombor telefon saya.

“Encik Adzril, saya berminat la nak tambah pendapatan, hutang saya sekarang dah bertimbun, nak pergi AKPK pun tak boleh sebab AKPK cuma bantu untuk komitmen di luar slip gaji”

Adakah dengan kondisi begini mereka nak satu kerja yang boleh bagi pendapatan RM10k dalam satu hari?

Mungkinlah kan. Sebab mereka dalam keadaan terdesak.

Saya nekad untuk ubah jawapan sekiranya ada lagi yang bertanya berkenaan tambah pendapatan lepas ni.

Mungkin jadi dealer telco ni agak berat bunyinya walaupun modal/yuran permulaan cuma RM90 sahaja. Tapi potensi pendapatan memang unlimited.

Malas nak cerita, sebab komitmennya tinggi. Ada KPI yang perlu dicapai untuk jadi dealer telco.

Inilah saranan saya untuk membantu mereka yang nak tambah pendapatan.

Pelawat : Encik, camna nak tambah pendapatan?

Saya: Tolong saya jualkan simkad onexox. Nanti saya bagi untung runcit dan komisen. Hanya recommend pada orang, tanpa perlu buat pendaftaran, pos dan lain-lain.

Ya, itulah saranan baru saya kepada mereka yang nak tambah pendatapan. Saya beritahu yang mereka akan diberikan untung runcit dan ada juga komisen untuk setiap user yang mereka rekemen.

Lagi untung dan mudah sebenarnya!

Untung runcit + komisen topup sebanyak 6% tanpa perlu buat apa-apa (daftar user) melainkan rekemen pada kawan-kawan dan keluarga sahaja.

But still krik krik.

Never mind. Saya masih tak rugi apa-apa sebab masih mendapat user baru dari artikel-artikel saya yang lain berkaitan penjimatan penggunaan kredit telefon.

Come on,

Saya betul-betul niat nak bantu mereka yang dalam keadaan terdesak ni. Tapi kalau mereka sendiri tak nak, saya anggap mereka masih belum terdesak.

Bisnes pun memang keperluan. Dan ianya membantu ramai orang dari tertipu dengan telco-telco yang janjikan bulan dan bintang kat luar sana dan akhirnya duit dari poket mengalir tanpa disedari.

Kebanyakan telco kat luar tu yang tawarkan plan unlimited dan free sebenarnya adalah pembaziran.

Berbalik kepada topik;

Sekiranya mereka betul-betul nak tambah pendapatan dan baiki kewangan mereka, jangan anggap sekecil-kecil pendapatan tu tak membantu.

Tapi mungkin jugak mereka tak berminat perniagaan telco (walaupun ianya adalah keperluan setiap hari).

Then ok, boleh je buat benda lain.

Jual burger contohnya. Takpun jual nasi lemak setiap pagi. Ini juga keperluan setiap hari.

atau mungkin boleh jual kek kalau pandai buat kek.

Masih tak menepati ciri pendapatan bulanan? Mungkin anda masih dalam keadaan selesa.

Jadi kesimpulannya, sejauh mana mereka berada dalam zon selesanya. Kalau dah dalam keadaan terdesak perlukan duit, orang sanggup buat apa sahaja (In a good way).

Dan di situ saya datang membuka salah satu peluang yang ada. Yang lebih mudah, yang lebih pasif.

2 Comments

    • Adzril

Leave a Reply