Plan Unlimited dan FREE Telco adalah PEMBAZIRAN

Sekarang ni memang zaman perang telco. Masing-masing bersaing nak bagi murah, unlimited, dan free. Tapi ada yang mungkin ramai tak nampak. Free dan unlimited, apa yang disembunyikan? Betul ke plan unlimited dan free membazir?

Pertama sekali benda yang ramai orang tak perasan dengan pakej unlimited dan free oleh telco-telco di Malaysia ni adalah jumlah data yang ditawarkan.

Baik.

Biasanya telco-telco ni bagi jumlah yang besar. 45 Gigabyte contohnya.

Besar kan?

Selalunya ramai orang jarang baca terma dan syarat bagi tawaran-tawaran oleh telco ni. Asalkan datanya besar dah kira untung. Maklumlah, bayar RM50 je dapat 45Gb.

Pelan Unlimited dan Free Adalah Membazir

Antara yang biasa dimanipulasi di sini adalah speed data yang diberikan. Ada telco yang hanya bagi speed 5mbps sahaja.

Selain tu ada juga yang menghadkan waktu penggunaan data yang diberikan. Contohnya, tawaran PERCUMA data berkelajuan tinggi 30Gb setiap bulan.

Tapi rupanya 1gb setiap hari. Itupun hanya pada jam-jam tertentu sahaja. Contohnya dari 1 tenghari ke 7 petang sahaja. Kalau tak guna kira burn.

Persoalannya;

Berapa ramai yang guna Data internet pada waktu-waktu yang telah ditetapkan? Kebanyakan user internet sekarang adalah 24 jam. Dalam tandas pun masih pegang smartphone. Kan? 🙂

Berapa ramai yang betul-betul guna 1Gb pada waktu yang ditetapkan?

Rules Mengarut

Kesian pada mereka yang tunggu waktu-waktu tertentu sahaja untuk menggunakan data free tu.

“Tunggu pukul 1 la baru boleh layan youtube,”

Itu satu contoh.

Mungkin ada yang tak kisah pun dengan rules camni.

Takpe,

Saya teruskan ke bab unlimited pulak.

Betul ke ada telco bagi data unlimited dan panggilan unlimited (tanpa had) ke semua rangkaian?

Mungkin lah betul.

Boleh ke Kongsi Data? Tak Boleh

Bab data dan panggilan tanpa had ni saya pernah terbaca terma dan syarat yang telco berkenaan tu, ada yang valid hanya pada tempoh promosi, ada yang valid pada rangkaian mobile sahaja dan lain-lain.

Tidak termasuk data yang tidak boleh dikongsi, dibawa kedepan dan dihotspot.

Biasanya pakej Unlimited ini diberikan pada plan pascabayar sahaja. Yang mana bayaran komitmen bulanan serendah RM8 sehingga ke RM78.

Untuk plan dengan bayaran komitmen yang rendah pastikan banyak kekangan yang dihadapi sebagai pengguna smartphone pada zaman ini.

Dan komitmen dengan bayaran yang agak premium pula sudah semestinya dapat keistimewaan data dan panggilan tanpa had. Unlimited.

Kenapa Dikatakan Membazir?

Tapi kenapa saya katakan pembaziran?

Cuba semak kembali penggunaan bulanan. Periksa dalam masa sebulan, berapa minit panggilan yang dibuat? Berapa Gigabyte data yang digunakan?

Untuk lebih tepat tentang corak penggunaan data internet dan panggilan, ambil data selama 3 bulan.

Adakah anda betul-betul telah menggunakan kesemuanya (data dan panggilan) secara optimum?

Banyak kes berlaku ye, kebanyakkan orang setuju melanggan pelan unlimited yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat telco di luar sana tu adalah disebabkan terma unlimited dan percuma.

Minda telah diserang dengan satu alasan “aku dapat jimat” yang dicipta oleh otak dengan perkataan unlimited itu. Terus setuju.

Rupanya, bila dikaji balik sebulan cuma guna data 10Gb. Panggilan pula tak sampai 5 jam. Malah ada yang tak buat panggilan langsung padahal tawarannya adalah panggilan tanpa had ke semua rangkaian.

Belum lagi saya ceritakan bagaimana data yang besar dan murah (kononnya) tapi penggunaan cuma 2gb sahaja sebulan.

Contoh data yang ditawarkan adalah 45Gb sebulan dengan harga RM50. Tapi purata penggunaan data yang digunakan adalah sekitar 3-5Gb sahaja sebulan.

Mana pembazirannya?

Ya, data yang selebihnya tidak boleh dibawa ke bulan hadapan. Malah lebih malang, data itu tidak boleh dikongsi atau dihotspot kepada kawan dan ahli keluarga.

Ini baru dikatakan membazir.

Komitmen bulanan bayar bil telefon unlimited data dan panggilan RM78 sebulan. Kalau 10 bulan dan RM780. Bayaran ni wajib setiap bulan. Tak bayar kalu, kasi potong itu talian.

Sama juga dengan prepaid yang tawarkan pakej data besar. Belum lagi cerita rangkaian yang selalu E ataupun signal tunjuk 4g, line macam siput. Pulak tu setiap bulan wajib topup. Kalau tak nanti validity sim tamat, nombor tak dapat digunakan.

Motip? Kaji Semula Penggunaan Bulanan (Data dan Panggilan)

Apa yang Adzril nak sampaikan ni sebenarnya?

Yes,

Saya nak anda buat perbandingan untuk penjimatan yang betul-betul jimat.

Pernah dengar kan telco yang tak paksa anda untuk topup setiap bulan semata-mata nak pastikan tempoh sah sim aktif? Sebab setiap nombor layak dapat tempoh sah 2 tahun 4 bulan tanpa topup bulanan. Kalau topup, boleh jadi sampai lebih 3-4 tahun bergantung kepada jumlah topup RM1 = 1 hari validity.

Pernah dengar data internet yang boleh disimpan tanpa tarikh luput? Betul ni, data internet yang tiada expired date. Ianya dipanggil SeasonPass.

Pernah dengar minit panggilan yang langsung tak expired walaupun tak digunakan? Siap boleh simpan untuk kegunaan bulan depan.

Semua ni ditawarkan oleh telco Onexox. Simkadnya pun murah RM10 sahaja. Tidak membebankan langsung.

Plan Unlimited dan Free Membazir

Sekarang ni, cuba anda tengok balik.

Sekiranya anda suka kawal penggunaan data dan panggilan anda sebagai langkah berjimat, hubungi saya. Onexox adalah sesuai untuk kegunaan anda.

Berapa banyak boleh jimat dengan pakej permulaan Onexox 10Gb+10Gb data + 333 minit panggilan?

Kalau saya cerita, anda takkan percaya. Anda dapat rendahkan komitmen bulanan secara drastik!

Pada pendapat saya, pakej Unlimited dan FREE yang ditawarkan oleh telco lain adalah pembaziran sekiranya tidak digunakan secara optimum.

Apa yang mereka nak anda nampak adalah Free dan Unlimited. Tapi apa yang mereka tak nak anda nampak adalah, komitmen bulanan yang wajib dibayar, walaupun penggunaan anda bukanlah optimum.

Jadi betul lah plan unlimited dan free membazir.

Fikir-fikirkanlah.

 

 

Summary
Article Name
Plan Unlimited dan FREE Telco adalah PEMBAZIRAN
Description
Sekiranya anda menganggap pelan Unlimited dan Free yang perlu dibayar setiap bulan adalah penjimatan, anda silap. plan unlimited dan free membazir.
Author
Publisher Name
The Adzril.com
Publisher Logo

2 Comments

    • Adzril

Leave a Reply