Homestay Selesa Putatan – Kota Kinabalu

Tiba-tiba terimbau balik trip ke Sabah sebab teringat makanan seafood kat sana. Biasanya antara perkara utama yang dicari oleh pelancong bila ke Sabah ni mestilah seafoodnya kan? Tapi jangan dilupa untuk cari homestay yang selesa pulak.

parking kereta homestay ustazah jamilah

Ruang parking kereta yang luas

Homestay Selesa, Bersih, Murah

Betul, trip ke Sabah saya baru-baru ni saya stay di Homestay Ustazah Jamilah.

Kenapa ye saya pilih homestay ni?

Sebab malam tu saya nak makan ayam penyet kat kawasan berdekatan dengan tempat penginapan. Nama kedai tu Supreme Ayam Penyet, lokasinya terletak di Putatan. Kebetulan pulak homestay Ustazah Jamilah ni memang kat Putatan jugak.

Seterusnya kenapa saya pilih Homestay? Kenapa bukan Hotel instead?

Kenapa duduk Homestay dan Bukan Hotel

Antara sebabnya, trip kali ini saya bersama lagi 4 orang lagi kawan. So dapat lah jimat untuk penginapan.

  • Senang parking. Haritu baru balik dari air terjun memang letih. Kalau ke hotel nak cari parking, pilih parking, naik lif, tapi bila duduk homestay ni, confirm2 dah ada parking.
  • Luas. Betul, Homestay Ustazah Jamilah ni luas, selesa. Ada 3 bilik yang besar. Ada aircond, Ruang tamu, dapur dan meja makan. Bila lagi nak rasa duduk dengan kawan-kawan macam sekeluarga kan?
  • Senang nak bincang lokasi yang kitaorang nak pergi untuk hari seterusnya.
ruang tamu homestay ustazah jamilah

Ruang tamu, ada meja makan sekali

bilik utama homestay

Bilik utama

dapur homestay putatan

Dapur

So ini dia lokasi Homestay Ustazah Jamilah di Putatan.

Summary
Article Name
Homestay Selesa Putatan
Description
Nak cari homestay yang selesa dan bersih, saya memang reccoment homestay ustazah jamilah dekat Putatan Sabah ni. Dekat dengan Supreme Ayam Penyet.
Author
Publisher Name
The Adzril.com
Publisher Logo

2 Comments

    • Adzril

Leave a Reply