Andai Hilang Semuanya

Terilham untuk tulis pasal perkara ni. Apa yang saya usahakan selama ni, andai ianya ditarik balik, What would I feel?

Adakah akan terus hilang keimanan terhadap Sang Pemberi Rezeki. Yang Maha Kaya.

Topik hanya berkisar tentang so called asset macam rumah, pekerjaan, database, followers, likers dan subscribers.

Ya, semua tu sangat didambakan rite?

What if, salah satu dari tu hilang? Ditarik balik. Atau kesemuanya?

Adakah saya akan down?

Saya teliti betul-betul berkenaan perkara ni. Saya teliti emosi dan feelingnya.

Saya jumpa something.

Soal rezeki yang dikurniakan.

Tuhan yang Maha kaya adalah pemberi rezeki tu. Ar-Razzak (Maha pemberi rezeki).

Time tu saya berfikir, adakah ianya pengakhiran satu kehidupan?

Bukan sebenarnya.

Ianya adalah sebenarnya satu jalan untuk dikembangkan dan diperluaskan lagi rezeki dan pemberian dariNya.

Apa masalahnya kalau kita start dari kosong balik?

Kalau kita pernah mencapainya sekali, pasti kita boleh ulang balik pencapaian tu. And yes, even from zero.

Anyway, mindset paling penting adalah sebenarnya hidup saya penuh dengan keberlimpahan.

Tapi ada pesongan penglihatan yang menutup nikmat tu.

Sebab tu lah kena luaskan kesedaran.

Barulah apa yang hadir pun kita faham, ianya adalah dari doa kita yang baik-baik.

Dan pasti ye, ia datang dan ia pergi.

Sama ada ianya kegembiraan atau sebaliknya.

Btw, saya tengah happy sekarang ni.

Kenapa?

Sebab seharusnya kita semua begitu.

Leave a Reply