Apa Itu GBWhatsapp, 2 Whatsapp Dalam 1 Phone

Sebelum ni ada pihak yang jual GBWhatsapp ni. Sebenarnya GBWhatsapp percuma je untuk didownload. Tapi kenapa ramai yang perlukan GBWhatsapp ni? Apa itu GBWhatsapp? And yes, korang boleh ada 2 Whatsapp dalam phone dengan apps ni.

Apa itu GBWhatsapp?

GBWhatsapp ni sebenarnya sama je macam Whatsapp Official yang boleh kita install dari Playstore. Semua fungsi yang ada kat Whatsapp Official, ada kat GBWhatsapp.

GBWhatsapp ni adalah Whatsapp yang telah dimodified oleh Omar (warga Arab) dan beberapa pembangun apps lain.

Tujuan utama dibangunkan GBWhatsapp adalah untuk memboleh Whatsapp kedua dipasang selepas Whatsapp Official dalam satu telefon.

Kelebihan GBWhatsapp

Tapi, apa kelebihan yang ada kat GBWhatsapp, takde kat Official Whatsapp.

Iklan

Contohnya;

  1. Schedule Mesej
  2. Auto reply mesej Whatsapp
  3. Lock Whatsapp
  4. Tukar Warna Icon
  5. Memantau aktiviti contacts (open log)
  6. Himpunan mesej seseorang dalam group
  7. Tukar jenis tulisan
  8. Tukar warna paparan
  9. Nak left group Whatsapp? Buat cara ni.
  10. Kesan mesej mana yang telah dipadam
  11. Tukar Bluetick jadi greentick dan lain-lain tick
  12. Sorokkan Bluetick (pihak anda je yang nampak bluetick)
  13. Intip Status Whatsapp secara rahsia
  14. Sorok Chat dan Paparkan kembali chat.
  15. Whatsapp status (video) 7 minit.
  16. Call phone (instead of video call dan voice call)
  17. Disable Whatsapp voice dan video call.
  18. dan macam-macam lagi (banyak betul lah kelebihan dia)

Selamat ke GBWhatsapp?

Ramai pulak tanya saya berkaitan keselamatannya. Pada saya ianya selamat. Kalau nak cakap GBWhatsapp ni tak selamat, dari segi apa ianya tak selamat?

Dari segi chat kita (privacy)?

atau, data peribadi?

Kalau perkara itu yang jadi isu, maksudnya takde beza lah keselamatan Whatsapp rasmi kan? Semuanya disimpan pada 1 server dan boleh diakses oleh pihak Whatsapp sahaja.

Walau apa pun, penggunaan adalah atas kehendak sendiri.

Siapa yang perlukan GBWhatsapp?

Zaman sekarang ni, kebanyakan orang mesti ada lebih dari 1 nombor telefon. Kadang-kadang tu ada 2-3 nombor lain dengan 2-3 bijik phone berbeza.

Dan setiap nombor tu ada Whatsapp di setiap phone berbeza tadi.

Jadi agak leceh la kan nak bawak lebih dari 1 telefon semata-mata nak guna 2 Whatsapp.

Inilah penyelesaiannya.

Install je GBWhatsapp.

GBWhatsapp di Playstore?

GBWhatsapp dibina khas untuk pengguna Android sahaja. Iphone tak boleh nak install.

Walaupun untuk android, GBWhatsapp ni tak boleh didapati kat Playstore. Kalau ada pun memang bukan dari Omar. Ada la tu orang lain cuba clone balik GBWhatsapp ni.

Sebab haritu adalah orang yang pergi cari kat Playstore (walaupun link download dah disediakan oleh saya) lepas tu tanya kenapa GBWhatsapp dia tak sama macam tutorial yang saya buat?

Sekali dia screenshot, alahai.. Iklan sana sini.

GBWhatsapp yang ori takdelah iklan tahap camtu. Malah tak nampak iklan langsung melainkan kita masuk ke bahagian GB Setting. Itupun kecik sangat iklannye.

Teruskan baca untuk tahu cara download GB Whatsapp.

Update GBWhatsapp camna?

Ini juga selalu ditanya.

Risau sangat ye tak dapat update? Sebenarnya boleh update sendiri GBWhatsapp ni bila dia bagi notification.

Tapi kebanyakan orang gagal untuk download file apk GBWhatsapp ni atas sebab-sebab tertentu.

Sebab tu saya sediakan link khas yang mana saya dah simpan siap-siap dalam hosting saya. Saya bagi link korang tinggal download dan update.

Saya akan inform melalui Whatsapp link tu. Sebab tu saya mintak korang untuk Whatsapp saya dulu untuk mendapatkan file apk GBWhatsapp tu.

Penafian : sekali lagi saya maklumkan kat sini, saya bukanlah pembangun apps GBWhatsapp ini. Saya hanya berkongsi kepada yang memerlukan.

Download GBWhatsapp

Gb Whatsapp memang takde dalam Playstore. Walaubagaimanapun saya dah sediakan Gb Whatsapp APK untuk korang senang download dan install tanpa sebarang malware dan iklan serta virus.

Iklan

Baca cara download dan install GBWhatsapp dan mohon baca arahan betul-betul. Membaca amalam mulia, malas membaca akan menunjukkan sikap diri yang gelojoh.

 

7 Comments

  1. Siti
    • Adzril
  2. Siti
  3. Rosniza
    • Adzril
  4. Qish
    • Adzril

Leave a Reply