Jangan Tipulah

Ada orang kata buat sesuatu yang dia suka boleh datangkan duit.

Betul lah tu, tak dinafikan.

Tapi rasanya ada something yang kita kena check balik dengan statement tu. Betul ke?

Dulu saya selalu cakap camtu bila sesuatu yang saya buat mendatangkan duit.

Contohnya saya buat design untuk kad kadwin (dulu dikenali sebagai KADsekeping), memang order masuk banyak. Tak marketing pun orang berterusan order.

Mula-mula rasa seronok. Sebab dapat banyak sales. Sebab banyak duit. Terus saya declare, “Buat benda yang kita minat memang mendatangkan duit.”

Really?

Lepas tu rasa penat. Design rasa tak best. Betul ke minat design. Saya cuba gali apa yang sebenarnya saya minat?

Dan yang penting kenapa saya cakap “buat benda yang kita minat memang mendatangkan duit” time tu?

Ye lah, time tengah masyuk, memang la declare camtu.

Bila dah penat. I don’t think so. Yes memang design menyeronokkan sometimes. Tapi bila diberikan komitmen sikit, eh jadi letih pulak.

Jadi camna  yang dikatakan buat sesuatu yang kita suka tapi mendatangkan duit?

Jangan pulak cakap minat tidur. Semua orang suka tidur. hahaha!

Contohlah,

Kita minat travel.

Travel sana sini, tapi mendatangkan duit. Tak dapat duit pun tak kisah, sebab dah memang minat travel.

Itu yang saya maksudkan dengan artikel saya yang sebelum ni bertajuk Lari Fokus.

Ye la, mula-mula buat Video Youtube sebab minat, dan ikhlas nak berkongsi ilmu. Means tak kesah pun dengan nombor yang tertulis kat Subscriber dan Earning.

Saya keep on produce konten dengan senang hati. Kepuasan dia lain macam.

Then satu hari, (Intermission) Subscriber Youtube saya naik mendadak. Dari 600 Subscriber naik jadi 800 dalam masa sehari.

Pelik.

Happy dah tentu.

Rupanya ada video yang viral time tu.

Masa tu lah saya mula pandang kat bahagian Subscriber dan Earning setiap hari. Nak pastikan ianya menaik setiap hari.

Saya masih teruskan buat konten. Keterujaan bukan pada nak sharing ilmu sangat (Walaupun video tu memang sharing ilmu) tapi lebih kepada nak teruskan momentum kenaikan earning dan subscriber tu.

Sampailah satu hari, salah satu video saya kena claim copyright sebab gunakan music Hottu Dogu (mula-mula dia cakap boleh guna untuk monetize). Time tu memang rasa tak puas hati sebab earning tak laju sangat.

Cepat je saya cuba berfikir positif. Cuba Move on.

Takpelah, biarlah dia claim copyright, yang penting subscriber terus naik.

Tak sampai berapa hari, salah satu video saya demonetize pulak. Katanya mengandungi konten lucah atau kebencian atau keganasan.

Sekali lagi jadi stress.

Kat sini saya muhasabah balik. Kalau betul la saya buat sesuatu yang saya minat. Kenapa perlu stress?

Sebab duit (earning) tak naik?

Nampak tak? Pokok ceritanya duit?

Disebabkan duit, kita mengaku apa yang kita buat tu adalah apa yang kita minat.

Alhamdulillah,

Harini saya back on track. Tak kisah pun demonetize ke, claim copyright ke, saya akan terus produce konten seperti biasa minat saya dan objektif saya. Iaitu Pandaikan Masyarakat, dan kumpul database.

Yang kumpul database tu memang objektif asal yang telah saya tetapkan. Namun ianya jatuh ke tangga kedua dalam list priority.

Jadi, Jangan Tipulah!

Leave a Reply