Masih Boleh Chat Walaupun dah Kena Block

Biasalah kita berkawan ni kadang-kadang ada salah faham. Mulalah nak block kat Whatsapp. Mungkin salah satu pihak ni masih nak chat dengan orang yang block dia. Tapi masih boleh chat walaupun dah kena block ke?

Ye boleh.

Bukan trick hack pun. Cuma manipulasi sistem dalam Whatsapp ni.

Macam yang saya terangkan dalam video saya dalam Youtube, kalau betul-betul serius sebenarnya ada banyak cara untuk menghubungi seseorang tu.

Boleh je SMS, call, Telegram, Messenger, LINE. Betul tak?

Kenapa masih nak fokus pada alasan tak boleh nak Whatsapp sebab kena block?

Mungkin dia jenis peminat tegar Whatsapp.

Jadi saya kongsikan;

Cara untuk chat dengan orang yang dah block kita di Whatsapp.

Mintak tolong sahabat korang, buat 1 group khas antara anda dan orang yang block anda.

Mintak dia masukkan nombor anda dan orang yang block anda tu ke dalam group tu.

Dan minta sahabat korang tu left group tu dan biarkan korang berdua dalam group tu.

Ok. Sekarang dah boleh chat.

Simple kan?

Stay cool.

 

2 Comments

  1. sohai
    • Adzril

Leave a Reply