Power jugak Adik Saya Validate Produk

Ni cerita adik saya. Pandai pulak dia berbisnes. Sales bukan alang-alang. Dalam sehari dah boleh cecah sales RM400 lebih.

Macamana saya tahu?

Dia takde akaun Maybank, cuma ada cimb. So akaun dia gunakan akaun Maybank saya untuk tujuan pembayaran dari customer. Kebanyakan customer dia pulak semuanya prefer guna Maybank. Jadi nampaklah setiap transaksi yang masuk.

Bisnes jual barang kecik-kecik je pun. Macam lanyard, cap, wallet comel-comel, dan lain-lain barang trending untuk dijual.

Dan dia takde database. Ini yang saya marah ni.

Iklan

Saya dah ajarkan dia, kalau nak senang jual barang, gunakan database. Gunakan teknik blast produk pada customer-customer sebelum ni.

Pastikan bukan spam.

Dia paham tapi tak buat lagi. Grrr!

Ok, tapi saya tertarik dengan cara dia cari barang trending.

Biasanya kebanyakan orang nak jual barang berdasarkan “aku rasa” yang mana bukan teknik validate yang betul.

Sebab “aku rasa barang ni boleh jual ni” adalah satu ayat yang membuatkan individu terbabit akan simpan stok tu tanpa sales kencang.

Tiada sebarang validasi valid dilakukan. Hanya sangkaan belaka.

Jadi apa yang adik saya buat tu?

Saya pun tanya la kat dia “Camna ko boleh dapat idea apa yang nak dijual?” memandangkan semua stok yang dia borong dari China akan habis sebelum stok sampai ke tangan dia.

“Alaaa adik tengok kat instafamous la, tengok apa yang diaorang promote. Lepas tu tengok kat komen, orang nak beli ke tak, ada orang tanya ke tak. Itu je”

Itu je?

Ye semudah tu dia buat validation tapi still pada saya ianya validation.

Selain usaha marketing dengan promote melalui instafamous memang takde marketing lain yang dia buat.

Betul ni. Takde.

Kalau la dia tahu simpan database macam abangnya ni, memang volume tempahan perlu ditambah lagi.

Oh ye, saya memang suka kaji cara dapatkan lead, database dari cold market ke warm market, dan seterusnya ke hot market.

Semua ni terilham dari ilmu yang dikongsi oleh Azian Usman, Oswald Justin dan Hazli Khalim.

Alhamdulillah, dalam masa tak sampai sebulan saya dah dapat list warm market kat Whatsapp.

Cara nak dapatkan list kat Whatsapp ni bukan simply kita save nombor customer dah blast mesej, itu boleh dikira spam. Berpotensi untuk di blok.

Nanti next post saya kongsikan bagaimana saya kumpul 200 list (Warm Market) ke dalam Whatsapp dalam masa tak sampai sebulan.

Iklan

Stay cool.

 

One Response

Leave a Reply