Time Susah Kau Hilang, Time Senang Kau Muncul

Sementara tak boleh tidur ni, saya nak kongsikan 1 ilham yang saya dapat beberapa jam tadi. Berkaitan quote “Time susah kau hilang, time senang kau datang”

Ramai je merasakan perkara ni kat diri masing-masing. Konon-konon kawan-kawan atau girlfriend/boyfriend yang tinggalkan dia time dia susah.

Dengan memahami konsep getaran hati, sebenarnya kita sendiri yang menganiaya diri.

Tapi biasalah, the blaming game itu sangat seronok diaplikasikan.

Sebab sesungguhnya diri sendiri tu suci.

Iklan

Berhentilah salahkan orang lain yang tinggalkan kita time kita susah tu.

Kita sebenarnya yang mintak benda tu jadi secara tak sedar.

Bila kita dalam keadaan susah, getaran adalah low. Pancaran aura pun malap. Debris debris negatif energy mudah terhinggap pada tubuh spiritual.

Dalam keadaan yang camni, secara alaminya orang sekeliling tak selesa dengan diri kita.

Diaorang sendiri kurang pasti kenapa.

Namun semua tu akan berlalu.

Cepat atau lambat bergantung kepada bagaimana kita manage diri.

Tingkatkan frekuensi gelombang diri. Selalulah bergembira.

Rajin mandi, yoga, meditasi, bertafakur, muhasabah diri, hening.

Dapatkan balik momentum.

Bila semua tu dah tercapai, feeling akan rasa best. Frekuensi gelombang mula tinggi. Orang sekeliling mula tertarik untuk mendampingi. Termasuk kawan yang kita cakap melarikan diri waktu kita susah tempoh hari.

Jangan lah camtu.

Dia datang kembali sebab getaran dari diri kita yang makin cantik berseri.

Kalau kau mula mengatakan kawan yang datang rapat tak sedar diri, sebenarnya kau cuba untuk mempercepatkan fasa orang menjauhkan diri. Sekali lagi.

So, terima sahaja sekiranya rakan mula datang mendampingi.

Itu menunjukkan diri kita sudah berada pada track yang betul kembali.

Iklan

Stay cool.

One Response

Leave a Reply