Filem COCO – Ulasan Saya

Movie yang bagi kesan pada saya adalah movie yang membuat saya terngiang-ngiang walaupun selepas keluar wayang. Coco – Ulasan saya.

Bukan je masa keluar panggung tu saya terngiang, tapi sampai ke saat sekarang saya masih ‘appreciate’ beberapa moment dalam filem animasi Pixar Studios ni.

Lepas beberapa minggu saya layan filem ni kat wayang, saya suka cara jalan cerita ni ditwist. (Plot twist)

Sebenarnya dari trailer lagi, Coco dah berjaya mempengaruhi penonton dan bakal penonton siapa bapa sebenar Miguel Rivera.

Kalau anda tengok trailernya, anda boleh nampak yang Ernesto de la Cruz adalah bapak kepada Miguel.

Iklan

Ditambah dengan jalan cerita dari awal, pertengahan dan babak akhir yang menguatkan lagi keyakinan bahawa Ernesto de la Cruz ni memang bapak Miguel. Memang itu yang pencipta filem ni nak kita nampak.

Jalan ceritanya cukup meyakinkan penonton untuk menidakkan plot twist sebenar. Dari gambar bapa Miguel yang cuma nampak badan, pakaian superstar dengan memegang gitar legend memang sangat meyakinkan yang sebenarnya Ernesto itulah bapa Miguel.

Gambar yang dirosakkan ibu Mama Coco, Emelda.

Tak cukup dengan tu, keluarga Miguel yang anti dengan pemuzik sebab moyang mereka (Mama Coco) ‘ditinggalkan’ oleh bapaknya disebabkan pentingkan muzik lebih dari keluarga.

Serius saya cakap, filem ni diblend dengan cukup cantik. Naratifnya tersusun kemas jadi kita sendiri boleh relate plot-plot dalam filem ni dengan cukup sempurna.

Moment paling buat saya sebak (saya hati tisu) masa Miguel berjaya balik ke dunia nyata dan dia nyanyi lagu Remember Me kat Mama Coco.

Tujuan dia supaya Mama Coco terus ingat pada Héctor (bapa kepada Mama Coco) untuk memastikan Roh Héctor boleh terus hidup di alam selepas kematian.

Syarat untuk terus wujud di alam selepas kematian adalah mesti ada orang hidup didunia mengingati arwah. Kalau tak, arwah akan dissolve.

Ini mungkin satu kepercayaan Mexican yang mana sekiranya seseorang yang telah meninggal dunia dan dia dilupakan oleh orang yang masih hidup, maka rohnya akan hilang dari alam kematian. Mati selepas mati. Hilang.

Jadi orang yang paling logik untuk mengingati Héctor adalah keluarganya dan cucu cicitnya.

Satu-satunya orang yang masih hidup dan pernah nampak Héctor adalah Mama Coco.

Kalau nak ikutkan, budaya Mexican (dalam filem Coco) ni diaorang akan letak gambar mendiang keluarga dalam satu altar untuk cucu cicit terus mengenal mereka.

Tapi problemnya, mak kepada Mama Coco ni (Emélda) dah koyakkan gambar Héctor (kepala sahaja) sebab marah bebenor yang suaminya tu tak balik-balik dari event muzik waktu tu.

Jadi semuanya salah sangka lah ni.

Apa pun belum sempat Mama Coco mati, dia masih boleh ingat kat bapaknya iaitu Héctor.

Jadi Héctor kekal dalam alam kematian dan dapat berjumpa dengan anaknya (Mama Coco) selepas Mama Coco meninggal dunia.

Lepas tengok cerita ni, saya teruja pulak nak framekan gambar setiap ahli keluarga dan saudara mara supaya saling mengenali.

Iklan

Bukan lah nak percaya budaya Mexican sebab kita pun ada budaya dan kepercayaan sendiri, cuma idea untuk meletakkan gambar keluarga di rumah masing-masing membuatkan kita kenal semua saudara mara kita.

Kita semua berkongsi nilai yang sama. Iaitu rasa memiliki, dikenali dan dapat pengiktirafan dari keluarga, celebrate our history, mengenang memori lama. Semua tu adalah nilai yang indah.

Leave a Reply