Marketing Bisnes Tudung (Niche Fesyen), Blog Sebagai Alat.

Model menggayakan inner neck V oleh Vivadea.

Siapa ada tengok borak santai saya dengan Wan Syafiq berkaitan cabaran bisnes online dan kepentingan Blogging? Saya ada sentuh topik pemasaran bisnes tudung dan fesyen. Spesifik marketing bisnes tudung.

Apa? tak tengok?

Takpe, saya nak ulas.

Topik pemasaran ni best sangat kalau kita bincangkan. Dalam borak santai tu saya cakap kalau nak jual tudung atau niche fesyen kita perlu gunakan instafamous, twitfamous dan Youtuber.

Ini terlalu general. Terlalu umum.

Iklan

Saya amati balik apa yang saya cakap tu. Betul tu memang betul. Tapi macam kurang tepat. (takpe kritik diri sendiri kan?)

Bila nak ceburkan diri dalam perniagaan tudung atau fesyen, kena tengok balik hala tujunya. Adakah sekadar nak jual retail? Atau nak bina jenama?

Kalau sekadar nak jual retail, walaupun design tudung tu cantik memang kita perlukan segala social media famous yang macam saya sebutkan tadi.

Ada seorang budak sekolah dengan follower instagram 250k berjaya jual tudung sekolah (brand sendiri). Korang ada Instagram dengan follower camtu?

Tapi kejap, jom saya divert hala tuju bisnes fesyen ni pada contoh sedia ada.

Jenama fesyen apa yang meletop sekarang?

Radiusite? Duck Scarf? Al-Humairah?

Sebenarnya banyak lagi jenama yang popular. Tapi saya ambil contoh yang 3 ni je dulu.

Method Untuk Bertahan Lama Dalam Bidang Berkaitan

Perhatikan.

Mereka ni, sebelum jenama mereka popular, siapakah mereka? Apa yang diaorang buat? Bagaimana mereka bermula?

Siapakah Mereka?

Mereka semua bermula sebagai blogger, atau at least mereka bermula berniaga menggunakan blog.

Jadi apa yang berlaku?

Diorang ni positionkan diri sebagai ikon fesyen. Berkongsi tips dan membesarkan rangkaian kenalan diaorang.

Dan bila dah ramai kenal, bisnes pun naik dengan pantas.

Formula secara ringkas;

Blog (tools) + Berkongsi (bina kredibiliti) = Jadi kepercayaan kepada orang ramai.

Boleh je jadikan platform selain blog sebagai tools. Tapi saya sebagai seorang blogger, saya nampak dari sudut blogging lah kan?

Ok sambung.

Bila orang ramai dah percaya, kerja mereka jadi effortless. Buat ini jadi duit, buat itu jadi duit. Yang silapnya bila orang luar tengok, kejayaan tu macam petik jari. Jadi orang ramai pun nak jual benda atau niche yang sama.

Bisnes dengan Strategi

Apa yang orang ramai tak nampak, methodnya.

Ini bisnes berskala besar ye cik abang, cik kakak. Perlukan satu plan jangka masa panjang.

Bukan bisnes yang kita order barang secara pukal, lepas tu jual.

Even nak jual barang camtu pun kena ada strateginya. Pada saya setiap bisnes ada kekuatannya. Tapi apa yang saya nak tekankan kat sini strateginya (method) perlu betul.

Haa saya dah nampak strateginya. Ikut je contoh yang pernah dibuat oleh orang yang dah berjaya dengan bisnes tudung.

Kesimpulannya?

Blogging dengan niche spesifik menjadikan kita pakar dalam bidang tertentu. Kenapa blog? Pada saya blog ada kekuatannya yang unik. Ada jugak channel/tools lain selain blog, tak dinafikan. Tapi pada saya; BLOG.

Tapi ingat ye. Blog adalah tools. Gunakan untuk melonjakkan apa pun perniagaan korang.

Mulakan blog anda dan kongsi pengetahuan anda sekarang? Tak tau nak start? Tengok video tutorial saya ni.

Ramai orang sharing info di Facebook. Tak salah, bina kredibiliti jugak tu. Tapi apa kata perkongsian tu dilanjutkan ke blog. Its last forever.

Iklan

Teknik blogging tak dikira untuk Naelofar Hijab, Asyalie, dan yang gunakan taktik kepopularan secara amnya.

Leave a Reply