Salah Faham Review Blogger Malaysia

Ada sesetengah orang menganggap kerja blogger ni tiada impak. Maksud saya penulisannya. Jadi berbaloi ke buat review blogger di Malaysia ni?

Maksud saya gunakan blogger untuk review produk atau servis untuk tujuan pemasaran.

Pada pendapat saya ianya berbaloi, dan juga tak berbaloi.

Tak berbaloi review blogger sekiranya ianya hanya sekadar review.

“Nah ambik produk ni buat review”

“Datang event ni dan buat review”

Pot pet berkaitan maklumat produk, isi kandungan, di mana boleh didapati. That’s it.

Salah jika ada yang kata semua blogger tak beri impak. Penulisan kelaut.

Jangan terus jump into conclusion. Ecewah speaking plak.

Kalaulah sebelum ni ada orang cakap “Elok guna blogger untuk review produk/servis kau, mantap weh impak dia”

Jangan terus percaya umpamanya benda tu magic! Hire blogger mesti meletop! Sales mencanak?

Pada saya itu mitos. Awak hire Hanis Zalikha ke? Hehe!

Ada caranya untuk pastikan ROI berbaloi bila hire blogger untuk review. Tak kiralah review produk atau review event.

Tapi saya personally cukup prihatin dengan duit yang dibayar oleh client untuk pastikan perniagaan yang dijalankan dikenali orang ramai.

At least ada impak.

Mana  nak datangnya impak kalau client sendiri pun tak diconsult tentang keperluan marketing mereka.

Blogger juga perlu diconsult untuk setiap projek yang berlainan.

Itu cara saya.

Saya mesti pastikan client puashati dengan nilai yang dibayar.

Tak naklah nanti lepas habis kempen, impak penulisan blogger langsung takde, tak kelihatan pun, krik krik. Macam takde kesan pun hire blogger.

Sendu.

Duit terbakar. Dah la harga yang dibayar mahal.

Kalau tak mahal pun still ianya berbayar.

Yes, blogger boleh jadi apa sahaja. Jadi wartawan, jadi influencer (instafemes, twitfemes), jadi jurnalist dan jadi ‘suratkhabar’.

Tapi blogger is blogger.

Blogger ada bidang tugas khasnya sendiri. Lebih-lebih lagi blogger lifestyle.

Kebanyakan blogger yang wujud, bukanlah (sepatutnya) wujud semata-mata nak buat review. Memang minat mereka berkongsi maklumat, info tentang apa yang mereka tahu.

Itu yang jadikan mereka betul-betul blogger.

Itu yang menunjukkan mereka ni memang betul-betul passionate dalam penulisan dan (yang paling penting bagi saya) perkongsian.

Tuan Puan boleh baca artikel saya bertajuk apa tugas blogger untuk faham apa kerja dan tugasan blogger ni. Apa yang mereka buat.

Kesimpulannya, hire blogger untuk review produk dan event boleh letupkan sales adalah mitos selagi ianya tak disesuaikan dengan objektif kempen.

Untuk menyesuaikan, perlu ada 1 pihak tengah yang berbincang di pihak client dan juga blogger.

Dari situ barulah kita boleh tahu apa yang client nak, dan apa yang blogger perlu buat.

Pihak ketiga tu pulak akan susun strategi untuk kebaikan semua pihak. Nampak tak game dia? 😎

Summary
Article Name
Salah faham review blogger malaysia
Description
Betul ke review blogger malaysia untuk produk atau event ni berkesan? Berbaloi atau tak sebenarnya brrgantung kepada strategi.
Author
Publisher Name
The Adzril.com

One Response

Leave a Reply