Scammer Bagitau Hutang Mangsa di Bank Tertunggak

Scam yang licik tengah trending zaman sekarang ni adalah scam kononnya mangsa berhutang di Bank dan telah tertunggak.

Serius kalau mangsa jenis cepat panik mesti terus percaya dan cepat-cepat nak selesaikan masalah ni.

Bagaikan orang mengantuk disorong bantal, scammer yang kononnya pegawai bank tu tadi menawarkan sambungkan panggilan kepada pegawai Polis.

Logik?

Memang tak logik bila ada bank terus sambungkan ke pihak Polis padahal kalau betul ada kes pun sepatutnya mangsa sendiri akan buat urusan Polis.

Saya mohon yang baca artikel ni sharing-sharing la knowledge ni kepada orang terdekat.

Biar semua orang tahu Modus operandi dan taktik scammer ni.

Scammer akan sentiasa ada cara baru untuk scam.

Iklan kejap

Taktik kata nak hantar parcel dan suruh bank in duit untuk release parcel pun masih lagi ada mangsa terpedaya, inikan pulak taktik dari pegawai bank yang mengatakan mangsa berhutang dan tertunggak.

Sebarkan sampai scammer putus asa dengan Modus Operandi ini.

Leave a Reply