Realiti Move On, Teknik Ini Sangat Berkesan

Semalam saya terbaca status Facebook berkaitan dengan sampah di dalam wallet oleh Arif Rahutomo. Bukan je dalam wallet, malah kesnya sama dengan almari yang banyak baju tidak digunakan.

Pernah tak wallet korang tebal semacam. Bukan tebal dengan duit. Bila dibuat sesi mengemas rupanya tebal dengan resit-resit yang ntah zaman bila, nota dan ada jugak kad-kad yang korang tak pernah guna pun.

Bila dilakukan pembersihan, buang resit-resit, sampah-sampah atau nota-nota yang kononnya korang nak guna ‘suatu hari’ nanti ternyata wallet korang akan lebih nipis. Lebih ringan.

Adakah kita perlukan sampah?

Pelik kan? Kenapa sebelum ni korang nak simpan jugak semua ‘sampah’ tu walaupun korang sebenarnya tak memerlukannya?

Camtu jugak dengan almari baju yang banyak baju.

Baru-baru ni saya ada berborak dengan member saya ni. Dia rajin beli baju dan kasut. Levis, adidas, Timberland dan lain-lain.

Hari berganti hari, tahun berganti tahun. Katanya koleksi kasut dia dah cecah 19 pasang. Baju takyah kira.

Bilik semak katanya.

Jadi dia buat satu pembersihan. Syarat pembersihan adalah baju yang tak disentuh dalam masa lebih kurang 3 bulan perlu disedekahkan (dibersihkan dari bilik) kepada orang lain.

Ternyata banyak betul baju yang sebenarnya dia tak gunakan pun. Ada tu baru pakai sekali je.

Tapi lepas je sesi pembersihan tu, bilik jadi cantik dan kemas. Otak jadi terasa lapang.

Berapa Banyak Timbunan Sampah?

Jadi apa relatenya dengan Move on?

Berbalik kat status Facebook Rahutomo tu.

Dalam diri kita ni, let say umur 30 tahun. Sepanjang hidup ni ada je benda yang kita tak puas hati, marah, cemburu, dan lain-lain yang kalau diamati ianya menyakitkan.

Hari berganti hari tahun berganti tahun. Kita kata dah lepaskan, tapi bila diingat masih sakit hati.

Belum move on la tu.

Semua tu sebenarnya sampah dalam diri kita. Yang sebenarnya kita tak perlukan pun. Tapi kita masih nak simpan. Alasan?

Tiada.

Isunya sekarang, saya percaya memang bukan senang nak buang sampah yang ada dalam diri kita tu. Samalah macam kita nak buang resit dan kad-kad dalam wallet. Samalah dengan kita nak bersihkan almari dari pakaian yang kita tak guna.

Teknik Pembersihan Diri

Kalau wallet dan almari masih lagi boleh kita gagahkan untuk bertindak.

Kalau emosi dalam diri? Dah la benda tak nampak. Jadi macamana nak buat pembersihan tu?

Dah tentu methodnya sama. Kena buat pembersihan. Kena buang semua sampah-sampah emosi ni. Yang sememangnya kita tak perlukan pun.

Buat apa nak simpan kan?

Dalam terma lain, bila kita buang lama. Yang baru akan datang, malah ianya dalam versi yang lebih baik.

Kat sini saya terfikir teknik NLP (Neurology Linguistic Program) untuk tujuan pembersihan emosi.

Ada satu teknik khas dinamakan “Mending The Broken Heart”

Tekniknya melepas, memotong segala memori yang kita tak nak.

Guna apa?

Gunting? Gergaji? Chainsaw? Pedang Samurai paling tajam? dan siapa yang akan putuskan kalau diri sendiri tak larat?

Ianya memang teknik yang mantap untuk korang yang nak move on.

Tapi pastikan korang betul-betul nak move on la. Sebab teknik ni perlukan persetujuan tuan yang empunya badan. Cukup sedakar satu keputusan kata ‘Yes’ untuk move on dah kira ok lah.

Teringat saya kat seorang Cikgu yang tak nak lupakan memori silam cintanya sebab nak simpan kenangan tu sampai bila-bila.

Itu teknik Mending The Broken Heart. Berkesan, tapi bak kata bapa NLP Malaysia, jangan terlalu bergantung kepada teknik. Be flexibel.

Jadi saya terfikir juga teknik lain, method NLP jugak untuk tujuan yang sama. Cuma ada sedikit modifikasi.

Saya percaya rakan NLPer yang lain macam Nooren Aman, Paksu dan Sifu NLP Dr Joan dan Masida Rasyed mesti ada bermacam teknik modifikasi untuk move on.

Summary
Article Name
Teknik Move On Paling berkesan
Description
Realiti nak move on susah katanya. Tapi dengan teknik NLP ni saya yakin ramai orang boleh move on.
Author
Publisher Name
The Adzril.com
Publisher Logo

10 Comments

    • Adzril
    • Adzril
    • Adzril
    • Adzril

Leave a Reply