Seafood Fresh Kat Bagan Lalang

Mana nak cari seafood segar kat area Seremban? Kalau ikutkan, paling dekat memang kat Port Dickson lah kan? Bukan apa, tiba-tiba pulak bini nak makan udang fresh. Sudahnya saya dapat seafood fresh kat Bagan Lalang.

Kenapa Bagan Lalang? Hmmm…

Sebenarnya kawan yang sarankan untuk ke Bagan Lalang. Memandangkan tak jauh dari rumah saya. Katanya kat situ banyak kedai seafood. Pilih je mana nak.

Nampak tak?

Dia dah tolong narrow down pencarian saya untuk dapatkan lokasi. Kalau saya taip “Seafood segar” kan terlalu general.

Jadi sekarang saya dah boleh google “Seafood Segar Bagan Lalang” atau “Seafood Fresh Bagan Lalang” dan hasilnya terjumpalah satu artikel Vocket.

Jadi malam tu jugak terus pergi ke Bagan Lalang. Ambik masa 1 jam jugaklah nak sampai pun. Tapi, gagahkan je lah.

Bila dah sampai memang teruja sebab memang betul la udang, ketam, ikan, kerang, memang nampak segar.

udang laut segar
Udang Putih 100gram RM10
seafood fresh bagan lalang
Boleh tahan la saiz udang putih ni.
Ketam segar
Ketam

Jadi pencarian berakhir la nak makan udang segar. Cumanya saya agak terkejut dengan harga seafood kat Semenanjung ni. Boleh tahan.

Harga Seafood

Udang putih (laut) RM10 untuk 100 gram. Kalau 500 gram dah RM50.

Sebelum ni masa duduk kat Sabah, harga 500 gram udang cuma RM17.50. Kalau sekilo udang, masak telur masin ke, stim ke, butter (cair atau kering) ke, harga tetap sama iaitu RM17.50 500 gram. Sekilo baru RM35.

Jauh beza tu.

Terus rindu kat Sabah sebab seafoodnya.

Biasalah, perkara yang dirindukan adalah perkara yang dah berlalu. Takkan la nak beli tiket ke Sabah semata-mata nak makan seafood kan? Jadi gagah je lah makan kat Bagan Lalang ni untuk menghilangkan rasa mengidam tu.

Kalau nak tahu restoran mana yang masak udang RM35 sekilo tu, boleh la baca artikel saya bertajuk Panduan Bercuti Sabah. Tapi buat masa sekarang, layan dulu gambar seafood dari Restoran Bayu Malam ni.

udang masak stim segar
Udang putih masak stim
udang seafood yang juicy
Besar kan udang ni?
kailan ikan masin
Sayur Kailan
Sotong tepung
Sotong goreng tepung

Peta Lokasi

Kira sedap jugaklah masakan kat sini. Brother yang ambik order tu pun jujur. Dia boleh rekemen udang tu perlu masak apa, lauk perlu order yang mana. Ni saya sediakan peta Google maps untuk ke Restoran Bayu Malam Bagan Lalang.