GB Whatsapp dah kena banned seperti apa yang telah saya maklumkan sebelum ni. Jadi ada ke alternatif selain GB Whatsapp ni? Apa langkah seterusnya sekiranya nombor telefon dah kena banned akibat guna GB Whatsapp?
Pihak whatsapp akan banned nombor yang menggunakan GB Whatsapp. Kesannya nombor tu tak boleh digunakan dalam mana2 Whatsapp termasuk Whatsapp Official dan Whatsapp Business.
Pertama sekali, tujuan asal saya guna GB Whatsapp adalah untuk membolehkan saya memiliki 2 Whatsapp dalam 1 telefon.
Isi Kandungan
Alternatif GB Whatsapp
Dulu-dulu mana ada Whatsapp Business ni semua.
Dulu saya nak guna 2 Whatsapp dalam 1 telefon pun sebab nak asingkan antara nombor personal dan nombor buat bisnes.
Memandangkan sekarang dah ada alternatif yang dibangunkan oleh Whatsapp Official itu sendiri, iaitu Whatsapp Business, maka saya tidak berasa ralat dengan operasi Banned semua Modded Whatsapp di ‘pasaran’.
Whatsapp Business boleh didownload terus dari Playstore atau Apple store.
Cuma ada beberapa fungsi yang masih tak dicover oleh pihak Whatsapp Official / Business dalam semua versi Whatsapp mereka;
- Auto Reply dengan keyword spesifik
- Pin Chat lebih dari 3
- Hide Chat/conversation
- dan banyak lagi fungsi Privacy dan Fungsi Khas lain.
Auto Reply Whatsapp
Keperluan utama saya selepas boleh guna 2 Whatsapp dalam 1 telefon adalah auto reply mesej.
Dalam nak automasikan bisnes, fungsi auto reply ni sangat-sangat membantu kurangkan beban menjawab beberapa persoalan yang diajukan untuk urusan bisnes.
Pelanggan mesej je keyword yang diarahkan, secara automatik sistem akan trigger dan reply mesej mengikut kata kunci yang dah ditetapkan dalam sistem auto reply.
Kalau Whatsapp bisnes cuma ada 1 auto reply yang general. Setakat ni yang saya nampak fungsi auto reply Whatsapp Business ni adalah untuk bagitau yang kita tengah busy, atau kedai dah tutup. hahaha!
Ok itu untuk bab auto reply.
Kira ok lagilah, saya pun dah kurangkan guna fungsi auto reply untuk bisnes saya. Jadi boleh move on dengan fungsi ni.
Penyelesaian untuk Fungsi Auto Reply GB Whatsapp adalah;
- move on
- Buat secara manual, buat jadual membalas mesej secara berkala.
Pin Chat / Conversation
Seterusnya Pin Chat.
Kalau Whatsapp original, saya boleh pin chat sebanyak 3 conversation je.
Ini akan jadi masalah untuk saya follow up customer atau bakal customer saya.
Pin Chat akan membuatkan Chat/conversation berada diatas dari semua chat yang ada.
Memang saya gunakan fungsi untuk untuk pastikan saya dah selesaikan permasalahan yang dihadapi customer, atau follow up sekiranya customer masih berminat dengan servis yang saya tawarkan.
Fungsi pin chat memang tak boleh pin banyak2 dalam Whatsapp Business, tapi…
Saya perasan ada satu features dalam Whatsapp Business iaitu label/tag.
Label ni boleh gantikan fungsi pin chat, dan saya rasa ini adalah features paling sesuai untuk saya labelkan customer dan untuk urusan follow up.
Cara ini lebih efisyen.
Tahniah Whatsapp Business. Masalah selesai!
Sorokkan Chat
Seterusnya Hide Conversation/Chat
Fungsi ni adalah salah satu features yang paling hampir tidak saya perlukan pun dalam GB Whatsapp.
Kebanyakan yang guna fungsi ni nak sorok chat skandal. Hish!
Bukan saya ye, wife saya tahu kalau saya guna fungsi tu untuk tujuan hide something dari dia.
Saya gunakan fungsi Hide Chat/Conversation ni untuk hidekan Group yang terlalu aktif sampai ganggu paparan chat bisnes saya.
Group yang di hidden kan takkan ganggu urusan bisnes saya dan saya tak perlu nak left Group
Penyelesaian untuk permasalahan ni adalah;
Saya exit atau left Group yang bagi saya mengganggu dan tidak berkaitan dengan saya.
Sesimple itu rupanya. Hahaha!
Kalau group tu penting, saya mintak admin group tu untuk add nombor saya yang lain.
Selebihnya fungsi-fungsi Privacy dalam GB Whatsapp ni saya tak guna pun.
Contoh macam;
- Single Tick
- Hide Bluetick
- Anti-Revoke
- Hide Writing Status
- Recording Status
- dan lain lain.
Semua tu tak penting pun dan takde faedah untuk kepentingan urusan bisnes saya.
Kecuali fungsi DND Mode (Do Not Disturb) yang mana saya boleh gunakan untuk tujuan blast mesej kepada list broadcast dengan lancar dan tersusun.
Tapi takpe, lost yang saya hadapi dengan operasi Banned GB Whatsapp atau Modded Whatsapp ni takdelah besar sangat. Impak dia masih ada, tapi masih boleh dihandle.
Apa perlu dilakukan sekarang?
Bagi pengguna GB Whatsapp dan Modded Whatsapp yang lain macam FM Whatsapp, YO Whatsapp, saya nasihatkan bertukarlah ke Whatsapp Official atau Whatsapp Business.
Tujuannya?
Untuk pastikan Whatsapp Official tak ambil langkah aggresif dengan banned nombor simkad korang tanpa bagi peluang kedua.
Tapi kalau korang berhati kering, boleh la guna GB Whatsapp tu sampailah waktunya nanti nombor korang tu kena banned.
Waktu tu cepat-cepatlah install Whatsapp Business dan login nombor tu ke Whatsapp Business secepat mungkin sebelum nombor korang tu diharamkan untuk digunakan oleh sistem utama Whatsapp selama-lamanya.
Video-video berkaitan GB Whatsapp kat Channel Youtube saya tu, saya akan delete atau privatekan.
Namun saya akan terus berkongsi Tips dan Trick penggunaan Whatsapp untuk tujuan kita uruskan bisnes.
Jadi teruskan menyokong saya di blog saya ni Adzril.com dan Channel Youtube saya Adzril Bloggertalk.
Bagi saya tidak sepatutnya timbul isu whatsapp official (WO) nak banned other innovation service like GBWA ni….sepatutnya Whatsapp Official mengambil langkah selain dari banned iaitu move on dengan upgrade thier own service…perkara ini seolah2 Whatsapp Official ni takut dengan bayang2 sendiri. Persoalan disini…kenapa Whatsapp Official tidak menjadi kreatif dan inovatif dalam mempertingkatkan fungsi2 WO mereka. Mereka patut agresif dlm menambahbaik fungsi2 WO dan bukan banned service org lain. Dalam konsep business…GBWA tidak melakukan apa2 kesalahan pun seperti menciplak or something….tetapi mereka telah melakukan satu INOVASI!! and last but not least…WO sepatutnya lebih inovasi dan kreatif supaya semua org boleh pergi ke WO tanpa paksa.
Amboi kak.. saya tepuk tangan sambil berdiri ni kak. Setuju 100% dengan akak.
Sy setuju apanyg dicoretkan oleh saudari ZJ. Sepatutnya WO 6g kena move on menyediakan fungsi2 yg melebihi GBWS.. Barulah org akan menggunakannya tanpa mencari yg lain..cara banned nombor sim org seolah2 seperti tindakan seorang budak sekolah yg dengki dengan kawan2nya yg lebih bijak darinya.. So jadilah org yg bijak…
Betul. Itu yg selalu saya tegaskan dalam isu gb whatsapp ni. Kenapa whatsapp sendiri tak bangunkan sistem yg lebih baik dari modded version.
Kalau facebook boleh serap features snapchat, kenapa whatsapp tak boleh nak ambik je fungsi gb whatsapp? Lagi pulak gb ni dikatakan illegal, kalau mark ambik fungsi tu, diaorg pun xleh buat apa.
Sy sokong saudari 2org kt ats tu..
sy sniri xleh nk move on dr gbw..
sy suke theme ngn Jnis tulisan gbw ni..
haihhh..
kalaulah WO secanggih gbw..
bnyk jgak feature kt gbw yg sy xgune tp kesimpulannye mmg xleh nk move on dr gbw..
WO tlg la lbh kreatif lg inovatif..
nk maauk thn 2020 da ni..
😭 xsanggup nk tinggalkn gbw……..
Terima kasih atas perkongsian da. Ilmu… Saya x install GBWA kalau whatsapp dah lengkap kefungsiannya…😁😁…mmg perlu gbwa…. Adoi…masih fikir² ni…nak kena tukar jugak ke ni…..😅🤔🤔🤔
Aku suke sgt dgn fungsi gb whtssap bila lah boleh guna lagi aku nak pakai gb whtssap ni…. Whtssp offcial mcm sial jee…
Sy masih guna gb whatsapp masih hati kering..😅
Ni mesti second number ni
Kenapa saya beralih kepada GBwattaps adalah kerana feature DND mode yg sangat membantu saya ketika bermain game. Kadang2 msg yg masuk ketika saya bermain game agak mengganggu kelancaran permainan saya kerana seperti yg sedia maklum tiada butang log out pada wattapps. Selain itu wattaapps oficial dilihat terlalu skema dan boring…kerana tidak dapat tukar tema…x dpt tukar icon yg menarik..tulisan pun x dpt ditukar…bagi yg berjiwa muda..(muda ke..?? Ha2) yg ada hanya putih hijau…so diharap agar pihat wattapps official akan jd lebih kreatif d ms akan dtg…tq
Dnd mode mmg sangat berguna untuk gamers.
Sya sgt suka gbwa ni sbb ada auto reply yg byk.. WAB ada 1 jer… Ciri ni byk membantu urusan business sbb x perlu pegang hp 24 jam. Ciri2 yg lain tu sya jarang guna. Harap2 WAB bleh buat ciri yg sama.
Semua orang berharap perkara yang sama.
Sy dah move on ke WO, tpi masih tk selesa, fungsi yg kurang…. 😔
tq infonya, GB whatappemang best .dan masih guna sampai sekarang. tapi takut juga sbb nombor utama guna nombor ni.. ada 2 nombor lagi ,mungkin GB whatapp guna nombor vopee tu aja. tapi yg best sbb 1 hp boleh install 2 whatap.jimat masa
Ingatkan no sy je kena banned.. WO upgrade kan kelebihan spt GBW mestilah orang x cari GBW .. Sy suka main game, dgn adany DND sy selesa main game tanpa gangguan dr whatsapp group..
Dgn adany auto reply time tido pun bisnes berjalan..
Ala biasalah.. Mcm US Government banned Huawei sebab takut persaingan
Saya sgt2 memerlukan 2 perkara ini
Autoreply
Pin chat
Benar seperti yg tuan beritahu. Utk pin chat sy dpt handle dgn guna kan label pd Whatsapp Business. Tetapi Autoreply tu sy sangat2 sedih sbb xdpt gunakan lagi 😭😭
Sy buat bisnes Runner Service. So most of the time sy berada atas motor. Jadi kehadiran fungsi autoreply sgt2 membantu kerja sy..tp syggg..WO sudah meragut kebahagiaan itu dr sy 😭😭😭
Harapan sy cepat2 la WO sediakan fungsi autoreply pada Whatsapp Business ni. Kalau tak sy akan cili mulut diorg. Okbaii
Ada apps auto reply kt playstore. Saya sedang kaji kebolehan dan kelebihannya.
Sy masih guna gb whatsapp.
Tapi bagi yg nak fungsi auto reply tu kat play store ade app yg boleh buat macam tu bukak je play store lepastu taip auto reply for whatsapp nanti keluarlah app tu tapi kene pandai pilih la yg mane bagus
Betul. Saya tengah pandu uji salah satu auto reply yg baik.. tggu review dari saya.
Waahhhhh…tazzabarnyeeerrr…terima kasih boss..klw ada update terbaru blh la share2 ye..TQSM 😚😚😚
Skrg sy dah uninstall gb whatsapp.. sbb tu nombor utama sy.. xde ke app gb whatsapp anti-banned.. hahaha..
SemuA modded whatsapp akan claim dia ada ciri anti banned. Tapi pihak whatsapp inc lebih bijak utk mengesan capaian apps palsu ke server whatsapp.
pkai wsap bisnes pn xle guna 2 wsap dlm 1 fon.. hhmmm
Boleh.. Satu whatsapl biasa, satu whatsapp business.
bole ea.. lain2 no kn ok tq.. ehh jp skrg ad yg guna wsap delta.. cuba laa kaji wspa delta plak..
salam.. nak tanya ?
saya firstime kena ban wasup bisnes. saya dah request unbanned trough email tp ttp x approve utk unbanned.. blh tlg x?
saya tak boleh buat apa untuk kes unban nombor ni.
Hai… Saya bak tanya..kalau nombor wasap kita tu dah d banned,masih boleh digunakan??
Biasanya takleh