Kebiasaannya, pengguna yang nak terminate sim Onexox ni mesti sebab rasa tertipu dengan dealer yang jual sim kepadanya. Adalah sangat mustahil user Onexox tu nak terminate tanpa tahu kelebihan Onexox antaranya:
- Tempoh sah yang panjang. 2 tahun 4 bulan dan semakin panjang setiap kali tambah nilai dibuat.
- Tiada sekatan kelajuan (speed capped) data internet.
- Boleh simpan data internet selagi sim aktif. Kiranya boleh carry forward data tu ke bulan-bulan seterusnya.
- Ada Happy Hour hampir setiap hari.
- Ada data buffet 100GB untuk plan Onexox Black B89. Siap boleh hotspot 100% tanpa mengira masa. Yang ni memang wow!
- Dan banyak lagi.
Biasanya mengikut pengalaman dan kajian saya sebagai dealer, yang nak terminate sim Onexox ni sebab…
Ni mesti sebab ambik sim B10 yang percuma tu kan? Lepas tu tak gunakan sim tu terus nak terminate sim onexox yang anda terima secara percuma ni? Tak pun dealer yang daftarkan dulu tak terangkan, pakej mana yang sesuai untuk anda.
Salah konsultasi, dealer memang akan offer plan yang menguntungkan poket dia.
Sori judgemental sikit, jarang orang nak terminate sim Onexox Prepaid, sebab ada tempoh sah minimum 2 tahun 4 bulan. Sebab tu saya rasalah, yang nak terminated sim Onexox ni mesti Plan Onexox Black.
Nasihat
Tak, saya tak marah. Cuma nak nasihat. Hihi
Jangan lah nak ambik sesuatu barang tu kalau kita tak perlukan pun barang tu. Tak kira la barang tu percuma atau murah!
Dalam isu ni, saya percaya ada sesetengah dealer Onexox yang sanggup tipu pelanggan dengan mengatakan sim ni percuma, tak perlu bayar. Memang la tak perlu bayar! Tapi tak perlu bayar untuk upfront payment je. Yang Plan B10 Onexox tu, fee waived RM10. Tapi bulanan kena bayar!
Itu kalau kes sim Black B10 percuma dulu lah.
Kalau Onexox Prepaid lain ceritanya, 2 tahun 4 bulan tak topup pun takpe.
Pelanggan rasa Onexox tak best sebab apa?
Dealer ni pun satu hal. Nak kaya, tapi gelojoh. Tak memasal pelanggan rasa tertipu pastu yang buruk nama Onexox jugak.
Yang pelanggan pulak, asal benda free nak ambik? Lain la kalau kita memang perlukan barang tu. Ni ambik bukan sebab perlukan, tapi sebab FREE!
Ok habis nasihat. Tutup nasihat.
Penyelesaian, cara nak bayar dan terminat sim Onexox
Sekarang kita fokus penyelesaian.
Saya dah confirmkan step ni dengan Careline Onexox.
Camna cara nak setel bil tertunggak yang kononnya “Saya tak guna pun sim ni, tapi kenapa kena bayar?”
Untuk kes tertunggak awal
Pertama sekali, tengok berapa baki atau bil tertunggak.
Caranya dari sim Onexox tu, dail *150*1#
Tengok berapa Amt Due (Amount Due). Let say RM43, pergi beli topup kat 7E (Topup Onexox/XOX). Dan topup nombor tu terus. Kalau guna PIN, topup cara guna PIN. Kalau nak senang, guna XOX Fast.
Then call 12273 bagitau nak terminate sim Onexox tu. Bagitau dah topup semua baki terkini.
Tapi kalau amt due tu RM43, ada ke topup Onexox RM43? Memang takde. Beli la topup RM30+RM10+RM5 atau beli terus topup RM50.
Nak ngam ngam?
Bayar online kat XOX Fast. Lagi senang. Boleh masukkan berapa2 pun amount yang anda nak. Boleh jugak guna apps Black untuk bayar bil atau topup Onexox.
OK.
Nombor Onexox yang dah masuk fasa Terminate / SIM Hilang
Sekarang ni, camna pulak kalau kes yang topup tapi tak berjaya?
Dah beli pin, atau topup guna XOX Fast tu, tapi dia cakap Unable to Comply; Operation not permitted pulak.

dah kenapa?
Itu sebab nombor tu dah terminated.
Dah kena terminate.
Baca fasa nombor Onexox di terminate kat artikel saya bertajuk Tak Bayar Bil Onexox, Nombor kena Block.
Fasa terminate adalah fasa terakhir sebelum nombor Sim Onexox tu direcycle dan diserahkan kepada pihak SKMM untuk diedarkan kepada telco-telco lain di Malaysia ni.
Jadi mungkin agak sukar hubungi pihak Onexox untuk urusan bayar bil ni. Untuk kes kehilangan sim pun sama jugak situasinya. Teruskan bacaan.
Masih ada peluang untuk bayar bil Onexox Black ni?
Ya, masih ada. Camni caranya.
Masuk ke Laman Web XOX. Kemudian klik pada menu Contact Us di sebelah kanan atas tu.

Kemudian klik pada Link/Menu Enquiries

Isi borang yang dipaparkan. Dan tunggu 3-5 hari bekerja.

Isi ruangan-ruangan yang disediakan.
Subject : Pembayaran untuk nombor 01123456789 (terminated)
Enquiry : Nombor 01123456789 telah diterminate dan saya berniat untuk membayar jumlah bil tertunggak. Mohon pihak Onexox melepaskan nombor ini dari diterminate untuk tujuan pembayaran.
Saya juga ingin menutup akaun untuk nombor ini selepas pembayaran. Ayat tu pandai-pandai la karang sendiri.
Lepas 3-5 hari tunggu pihak XOX respons dan perkara pun selesai.
Bantuan Careline Jalan terakhir
Jalan terakhir, selepas hantar borang tu dan respons adalah lambat, terus call 1300 888 010, atau 03-78825066.
Sayang 1000 kali sayang. Telco Onexox adalah yang terbaik setakat ni untuk bantu orang ramai berjimat.
Bertukar ke Onexox Prepaid
Dengan takde caj tersembunyi dan penggunaan yang praktikal untuk kebanyakan lapisan masyarakat, tapi dengan disebabkan segelintir dealer Onexox yang tamak, beberapa pelanggan tak nampak banyak kelebihan ni.
Sekiranya korang masih nak gunakan simkad Onexox di masa akan datang, terus hubungi saya O1O6OO9966. Save nombor saya tu dengan reference Onexox. Manalah tahu nanti nak guna Onexox atau ada kawan nak guna Onexox, boleh referkan pada saya.
Saya akan beri penerangan dan plan yang terbaik untuk anda. Dah semestinya saya akan perkenalkan Onexox Prepaid yang anda mungkin terkejut dengan tempoh sah aktif 2 tahun 4 bulan dan makin bertambah setiap kali anda topup.
kenapa onexox block no 36898 nak sms tak boleh..
nak guna utk sms banking bsn tak boleh sebab tak boleh mesej ke no tersebut.
Onexox mmg blok beberapa nombor2 premium atas sebab banyak kes nombor premium sedut kredit pengguna.
Namun untuk kes tertentu, onexox akan lepaskan. Caranya call 12273 dan mintak pengecualian untuk nombor tersebut.
Assalam..sy skrg guna plan b59 ..klau sy nk tukar ke b39 mcmana ye
whatsapp saya 0106009966. Saya akan bantu.
Assalamualaikum.
Nk tanya sy pengguna xox prepaid.sy dh extent validity kepada 12month.selepas 2hari sy tukar plan B10.mcm mana saya nk pergi balik ke xox prepaid ye?sayang validity tu br bayar rm25.00.blh ke dapat balik duit tu atau ada cara lain ke?
memang tak dapat dah validity tu. kalau nak tukar ke prepaid balik kena beli balik validity.
[…] ni berkait dengan artikel Cara Terminate Sim Onexox. Tapi rupanya ramai yang bermasalah sebab nak bayar bill Onexox Black yang dah tertunggak tapi […]
saya dh beli pakej b10,cane eh nk kembali ke pakei asal….
hubungi careline 12273 untuk convert kembali ke plan prepaid. tapi kalau nak tukar ke plan black yang lain boleh whatsapp saya 0106009966
Nk tnye, skrg saya guna package 44gb rm 59,kire kalau nk terminate nnt, selain bayaran trtunggak ada cas tambahan ke ye? Sbb buat mse ni saya tiada bayaran trtunggak dan harap2 boleh terminate dgn lancar
bayaran current cycle haruslah dilunaskan sebelum terminate.
Saya guna prepaid..nk top up x blh..klu dh terminated mmng dh x blh top up ke..
kalau dah terminated memang tak boleh topup. Perlu aktifkan balik nombor tu, cara nya baca artikel ni https://adzril.com/dapatkan-semula-nombor-terminated/
Kalau no tu lama kita x guna tapi bil still jalan , sy nk terminate mcm mne ? Pkej 59 .. bill jdi tertunggak , tapi sy xguna pom no tu . .. klau kita biarkan mcm tu smpai dy terminate/block sndri bleh ke ?
terminate dalam masa 3 bulan tunggakan.
No 0199624441 abang saya kena terminate macam mana nak check betul kena terminate atau dealer saja cakap macam tu
kalau dealer cakap dah terminate, ye la tu. sebab dealer boleh tahu status guna sistem topup, kalau tak keluar nama maksudnya dah terminate. kalau nak confirm cuba dail *150*1# keluar apa.
Salam.. dulu no sy ni nomaxis..then sy tuko kpd xox tapi guna no yg sama…kalo sy nk tuko kpd line lain cth Unifi macamana ea… bolehkah terminate xox tu
kalau nak ke unifi, caranya sama macam cik buat masa nak tukar maxis ke onexox.
Assalamualaikum encik, nombor onexox akan terus dilupuskan ke kalau baru sahaja terminate dalam 1 minggu++? Ataupun masih ada peluang untuk saya membayarnya semula? Saya baru je email pihak mereka
kalau 1 minggu masih boleh diselamatkan.
berapa lama tempoh untuk terminated kalo nk guna no yg sama
itu namanya MNP, bukan terminate. kalau terminate terus tutup nombor tu. MNP tu pindahkan talian ke telco lain. dan ambik masa 12 jam.
Saya nak tukar telco xox ke umobile.. tapi bile request je.. dapat sms yg denied request untuk tukar telco.. amt due sya da check ada rm1.86 overpaid.. boleh sya thu kenapa ye..
overpaid RM1.86 tu yang dipaparkan dalam apps. Kena tengok unbill amount. klik pada bulatan besar di apps black untuk tengok jumlah unbill amount tu.
Account saya asyik kena barred even saya baru sahaja topup dan DA and MA still ada baki. Jadi saya nak terminate terus number saya tapi saya call customer service memang tak dapat. Jadinya saya patut tunggu acc saya auto terminate atau ada cara lain untuk terminate?
Whatsapp saya 0106009966 untuk bantuan. Sy tggu.
Hai en. Sy nak tnye..Sy nak tukar telco lain tp masih kekalkan no yg sama…sy hanya perlu jelaskan bill bulan nov dan terus tukar line telco sebelum tarikh bill ( tarikh bill xox sy 3haribulan)xox kan? So bile dah tukar line takkan ade tunggakan..betul?
untuk faham tunggakan tu camna, tengok video ni https://youtu.be/FSl7uOgrzF0