Apa ke pelik tajuk artikel Cari Duit dengan 8share hahahaha! Kalau tajuk artikel Cara buat duit dengan 8Share dah biasa sangat so aku tukar la sket jadi Cari Duit dengan 8Share. Dulu kalau tak silap aku sebelum 8Share namanya Says. Mungkin diaorang dah rebranding kot tapi cara nak generate duit tu tetap sama iaitu share link artikel dari laman itu (8Share).
![]() |
Flow asas hasilkan duit kat 8Share |
Isi Kandungan
Cari Duit Dengan 8share Paling Berkesan dan Awesome
8Share ada banyak artikel yang kalau kita share link tu dan ianya dibaca oleh pelawat/kawan, kita akan dapat bayaran. Biasanya 1 link artikel kita boleh dapat maksimum RM10 sahaja. Biasanya dikira dengan 20sen untuk 1 pelawat atau mungkin lebih rendah. Cara nak share link artikel 8share yang aku tau ada banyak antaranya;
- Share kat email (kalau korang ada mailing list memang best)
- Kat fanpage facebook atau
- wall facebook sendiri
- kat blog dengan cara buat artikel berkaitan dan selitkan link (yang ni aku belajar dari lekatlekit)
- spam kat inbox kawan kat facebook (yang ni memang tak beretika dan klu ko buat camni mak ko ijo)
Cara Yang Betul Share Artikel 8Share
Jadi antara banyak2 cara yang kat atas ni, aku rasa cara paling beretika dan cara paling baik adalah dengan membuat artikel berkaitan dengan artikel 8Share yang kita nak kongsikan tu. Cer tengok contoh lekatlekit.com ni.
![]() |
Cara lekatlekit share artikel 8share |
Aku pun ada buat perkongsian link artikel 8Share dengan cara camtu kat artikel Berbaloi ke Maxis 100Mbps sebulan kat post sebelum ni. Kalau aku share direct url artikel tu kat facebook macam tak best plak kan? Sebab ramai yang buat camtu.Kalau kita buat penceritaan pastu kita kongsikan link artikel 8Share barulah best sebab ada penceritaan yang menyebabkan pelawat nak baca kaitan cerita kita dengan link yang kita share tu.
Ok pertama sekali apa yang perlu kita buat untuk mula generate duit kat 8share ni adalah dengan mendaftarkan diri kat 8Share. Lepas daftar boleh la lengkapkan detail peribadi macam akaun bank, alamat dan lain-lain yang perlu. Ok setel fasa 1.
Seterusnya klik menu All Special kat kiri laman web 8Share ni dan akan terpaparlah artikel-artikel yang boleh dikongsi. Ada artikel bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Cuba tengok berapa yang kita boleh generate untuk kongsi 1 artikel tu kat tulisan Earn Up to RM10.Jadi skrol dan pilihlah tajuk artikel yang korang rasa sesuai untuk dicanang kat artikel blog korang. Takde blog? Buatlah satu.
![]() |
Pilih artikel yang korang nak selitkan dalam artikel korang nanti. hmmmm |
Lepas dah berminat salah satu artikel yang disediakan, klik kat Butang View This Special. Ikut langkah2 yang diberikan iaitu pilih tajuk yang sesuai (mana2 pun tak kisah sebenarnya) lepas tu klik Get Your Unique Share Link.
Copy link tu dan kongsikan dalam artikel blog kita dalam bentuk ayat yang berkaitan. Contoh link yang aku nak share Trailer Revenant Lakonan Leornado DiCaprio.
Ingat tau bukan terus share link tanpa korang berkongsi apa-apa cerita. Serius tak cool. Kalau nak cool ikutlah cara lekatlekit tu. Gebang sana sini pastu selitkan link 8Share.Memang terbaik. 1 artikel boleh dapat RM10 kalau 10 artikel boleh dapat RM100. Jadi? apa tunggu lagi? Daftar 8Share sekarang dan mulakan RM1 korang yang pertama!
p/s: Kelebihan selitkan link 8Share dalam artikel ni adalah kita bebas buat apa je tajuk yang baru yang kita rasa boleh tarik minat pembaca.
Wahhh…best best…kena try nih…
Try le…
Wahhh…best best…kena try nih…
Dia ada syarat berapa second x org bukak link yg kita selit tu?
tak pasti pulak berapa sec.. tapi yang penting orang nk baca la kan? kite kan blogger tegar… 🙂