Doodle untuk teaser Inner Neck Vivadea

Ini bukan lah kali pertama aku doodle. Dah banyak kali, tapi still
‘goyang-goyang’ line aku tu. Doodle ni salah satu hobi aku yang jarang
aku buat tapi setiap kali lepas doodle, aku akan sangat puas. Sama macam
fotografi.
Doodle kalini aku buat saje untuk buat
teaser untuk vivadea. Vivadea nak melancarkan Inner Neck version atau
batch keberapa ntah. Salute Dhia Vivadea!
tanpa coloring.

Yang versi berwarna sangat comot, tengok je la cara pengawalan color dari aku.

ni yang versi pertama.

comot dan tak berani letak warna tebal-tebal. Tapi
lepas tengok tutorial kat Youtube, aku repair sket version pertama ni
jadi camni.

versi kedua selepas tengok tutorial kat youtube.
Still comot, tapi dapat idea camna nak buat lepas ni
iaitu dengan meletakkan beberapa layer untuk mewarna ni. Setiap bahagian
kena ada layer dia sendiri, contohnya layer muka, layer tudung dan
lain-lain. Lagi detail layer, lagi cantik la kan?
Ok lepas ni nak buat lagi, tengah ketagih nih. 🙂