Baru-baru ni kecoh sekejap pasal festival arak yang akan dilangsungkan di 6 Oktoner 2017 kat Ibu Negara.
Saya sendiri tak tahu menahu pasal festival ni, tapi bila dah ramai buat kenyataan bantahan kat twitter, facebook, barulah saya perasan ada festival ni.
Tapi anda semua tahu tak?
Ada festival yang lebih best, lebih berfaedah dari festival arak tu?
Ni ha nak bagitau, Murfest Festival 2017.

MURFEST – Malaysian Urban Retreat Festival. Festival ni adalah festival kesihatan, tarian dan muzik yang terbesar kat Malaysia. Meriah tak meriah festival ni, ia dianjurkan 3 hari berturut-turut start 3 hingga 5 November 2017.
Isi Kandungan
Apa je lah aktiviti kat MURFEST 2017 ni?
Festival yang disertai oleh 19 buah negara dari seluruh dunia ni sebenarnya macam aktiviti-aktiviti berkait kesihatan. Kat sini nanti akan ada kelas Yoga, Cara urus stress (maybe), ada kelas tarian Bhangra, Pilates, dan jugak tarian yang ala-ala Micheal Saboya tu.
Lokasi festival Murfest 2017
Le Meridien Putrajaya menjadi tempat berlangsungnya festival yang gilang-gemilang ni. Siapa yang beli tiket untuk ke Murfest 2017 ni boleh belajar menari, senaman, ada jugak hiburan-hiburan lain.
Cuba bayangkan, fasilitator je ada 50 orang. Jadi berapa banyak aktiviti yang anda semua boleh join nanti?
Antara yang dihighlight untuk festival tahun ni;
- GLO KL | DANCE FITNESS PARTY
- ASIA BEAUTY & WELLNESS AWARDS 2017
- JUSTBE MARKETS
- KIDZ CLUB
Festival camni lebih bermanfaat dan bermakna dari festival Arak tu. Bukan apa, kita ni kalau nak pergi berhibur pun, keselamatan mestilah diutamakan.
Dan at least kita boleh bawak sekali keluarga dan kawan-kawan sama-sama bergembira. Banyak lagi persoalan tentang Murfest 2017 ni boleh dijawab kat laman web rasminya.
Harga tiket
Harga tiket bermula dari RM70.73 sehingga RM367.98 setiap satu. Rasanya yang paling tinggi untuk cover 3 hari punya event. Tiket boleh dibeli kat Laman Web Evenbrite.

Terdapat 19 buah negara menyetai MURFEST 2017. Ini memang menarik.
banyak tu.