Auto Reply Whatsapp

Ada ke fungsi Auto Reply kat Whatsapp ni? Ada ye kawan-kawan. Kat Whatsapp for Business ada fungsi tu. Cuma saya tak pernah gunalah fungsi auto reply tu sebab saya belum penah guna Whatsapp for Business tu.

Jadi camna nak buat auto reply ni?

Saya gunakan GbWhatsapp.

Layan video yang saya buat ni dulu.

Saya memang dah agak Gb Whatsapp akan buat fungsi auto reply mesej pada update terbaru apps ni. So tak perlu la saya gunakan Whatsapp for Business tu. Terserah masing-masing nak guna yang mana.

Iklan

Saya pilih GB Whatsapp sebab ada banyak lagi features lain yang saya suka.

Berbalik kat Auto reply mesej ni, saya perlu set keyword tertentu untuk Gb Whatsapp saya triggered dan response.

Setting Fungsi Auto Reply Gb Whatsapp

Untuk set keyword pulak ada 3 kategori yang boleh saya pilih.

  1. All – Maksudnya, kalau orang mesej kita apa-apa perkataan pun, Whatsapp ni akan response dengan jawapan yang kita dah set. Tapi macam pelik je kan? So saya skip kategori yang ni.
  2. Equal – Yang ni pulak, orang tu mesti mesej saya dengan perkataan yang tepat. Kalau terlebih atau terkurang, whatsapp takkan response. Kalau saya set ‘Salam’ tapi orang mesej kat saya assalam, so tak jadi la auto-reply.
  3. Contains – Yang ni best, ini yang saya guna. Asalkan orang tu mesej saya dengan apa-apa perkataan atau ayat yang saya set, Whatsapp akan triggered dan response mesej tu. Contoh saya set ‘Salam’ dan orang tu mesej saya dengan perkataan ‘Assalammualaikum bang’. Memandangkan ada perkataan salam dalam ayat dia tu, maka Whatsapp saya akan response jawapan yang saya set iaitu ‘Waalaikumsalam’

Tapi fungsi auto reply ni kadang-kadang ngok ngek gak.

Ada orang tu bagi salam sekali, sistem boleh pulak jawab 2 kali. Ataupun kalau orang tu perkenalkan nama dia sebagai Salam, tak memasal sistem reply ‘Waalaikumsalam’ heheh.

Fungsi ni banyak bantu saya memudahkan kerja-kerja saya untuk reply mesej-mesej ringkas macam;

  1. Salam
  2. Tq
  3. Thanks
  4. Terima kasih

Nampak simple, tapi impaknya saya dapat jimat banyak masa. Dan seboleh-bolehnya saya akan buat jawapan tu macam saya taip manual.

Iklan

So kalau berminat nak guna GB Whatsapp ni boleh dapatkan kat laman yang saya sediakan.

8 Comments

  1. fami
    • Adzril
  2. azamiah mohd
  3. hazwan
    • Adzril
  4. Ezam
    • Adzril

Leave a Reply