Pengguna Gb Whatsapp back off sebelum kena banned

uih kecoh dah sekarang ni Mark Zuckerberg buat operasi besar besaran nak banteras Modded Whatsapp. Yes, pengguna GB Whatsapp antara yang diburu untuk di banned.

pengguna gb whatsapp perlu berhati-hati dari di banned
Hey! Pengguna GB Whatsapp! anda diperhatikan – Mark Juker.

Apa yang anda perlu lakukan?

Semestinya bertenang. Dan buat langkah-langkah berjaga seperti backup semua chat dalam GB Whatsapp.

Berundur dulu buat masa ni dari gunakan Gb Whatsapp. Sudah-sudah la tu guna GB Whatsapp untuk sorok chat hihihi.

GB Whatsapp kena Banned : Sumber dipercayai

Beberapa portal yang boleh dipercayai mengesahkan memang team Whatsapp tengah buat operasi besar-besaran untuk membanteras penggunaan Whatsapp yang modified ni.

Sumber dari MSN dan Ilounge yang lapor ni. Selain tu, portal Wiser.my pun keluarkan berita yang sama berkenaan team Whatsapp nak banned user GB Whatsapp dan Whatsapp Plus dan mana-mana Whatsapp modified.

Backup semua chat dan data GB Whatsapp

Pihak Whatsapp siap ajar lagi camna cara nak backup semua chat dan data dalam GB Whatsapp untuk dikekalkan dalam Whatsapp Official.

Caranya;

  1. Masuk ke File Manager, terus masuk ke Phone Storage
  2. Cari folder GBWhatsapp
  3. Klik lama-lama kat folder GBWhatsapp tu dan ubah nama/rename jadi Whatsapp
  4. Install Whatsapp Official
  5. Masukkan nombor telefon ke Whatsapp Official untuk proses pengesahan seperti biasa.
  6. Whatsapp Official akan mintak untuk buat restoration.
  7. Semua data dan chat dari GB Whatsapp akan dikembalikan dalam Whatsapp Official.

Alternatif lain?

Saya ni bukan la nak galakkan. hahah. Tapi kalau nak juga guna GB Whatsapp sebab fungsinya yang best tu, ni saya nak bagi idea la.

  • Gunakan nombor lain / sim lain untuk digunakan dalam GB Whatsapp
  • Klon nombor sim utama anda guna apps Voopee dan gunakan nombor klon dari Voopee tu untuk digunakan di GB Whatsapp. Tutorial guna Voopee ada kat video ini. Dan nak dapatkan file installer Voopee boleh dapatkan kat sini (since apps voopee dah takde dalam Playstore)
  • Gunakan apps auto reply berasingan yang ada dalam Playstore. Itupun kalau peminat auto reply macam saya la.

Tips: Gunakan Apps Parallel Space untuk membolehkan Whatsapp official ada 2 dalam 1 phone.

Selain dari tu, bertabah lah. Yang berhati kental, teruskanlah guna GB Whatsapp. Risiko anda tanggung sendiri ye.

Apa-apa info saya akan inform. Teruskan menyokong saya di Adzril Bloggertalk 🙂

Iklan

17 Comments

  1. Helda
    • Adzril
      • Helda
  2. Wawa
  3. Helda
  4. ds
    • Adzril
  5. Wan Azraen Ab Aziz
    • Adzril
  6. Zie
  7. PutraJohor
    • Adzril
  8. dell
  9. Azie
  10. Wan Azraen
    • Adzril

Leave a Reply