Install 4 Whatsapp Dalam 1 Telefon

Wow macam best je kan boleh guna 4 Whatsapp dalam 1 phone. Ada yang suka dengan style camni ada jugak yang tak selesa. Yang tak selesa tu mungkin dia selesa dengan bawak 4 henpon untuk handle 4 whatsapp. Hehehe.

Untuk sebarang urusan dan pertanyaan berkaitan Onexox, anda boleh Whatsapp saya di nombor O1113346188 sahaja. O1O6OO9966 tidak lagi diguna untuk urusan Onexox.

Bagi mereka yang handle bussiness mesti diaorang suka guna 1 phone je untuk semua urusan. Macam one stop centre la handphone tu.

apps installer whatsapp
Install lebih dari 1 Whatsapp dalam 1 phone

Guna lebih dari 1 Whatsapp dalam 1 phone memang real. Bukan tipu bukan scam. Buat masa ni aku cuma guna 2 Whatsapp je dalam 1 phone. 1 untuk urusan Onexox dan satu lagi untuk urusan kerja yang lain.

So takde sebab aku nak install lebih dari 2 whatsapp dalam 1 phone. 2 dah cukup.Cara Install 4 Whatsapp dalam 1 Telefon

Ada 2 cara nak dapatkan 2 whatsapp dalam 1 phone ni. Yang pertama gunakan apps Parallel Space yang boleh didapati kat Play.

Fungsi Parallel Space ni adalah untuk duplicate apps yang kita dah install kat handphone mcm Whatsapp, Messenger (facebook), Facebook, Instagram dan lain lain apps yang kita hanya boleh login dan install sekali je pada dasarnya.

Parallel Space dengan pintarnya akan mengklon apps tadi dan membuatkan kita boleh login akaun lain pada klon tadi. Jadi kat sini, klon kan lah apps Whatsapp dan bolehlah gunakannya sebagai Whatsapp kedua.

apps android yang boleh install klon
Parallel Space untuk Android

Cara yang kedua adalah dengan download apps GB Whatsapp. Ianya adalah apps yang direka oleh orang arab. Jangan la pandai2 download kat tempat lain apps ni takut ianya mengandungi malware dan virus.

So kalau nak kenalah download file apk ni dari sumber yang boleh dipercayai. Boleh download kat sini.

Jadi sekarang korang dah tau 2 cara untuk untuk dapatkan 2 whatsapp dalam 1 phone. Sebenarnya dengan taktik ni, korang dah boleh jadikan 4 Whatsapp dalam 1 phone. Ye walaupun phone tu cuma boleh slot 1 sim sahaja. Yang penting masa nak verify phone number tu pastikan sim tu aktif kat mana2 phone lah kan?

Baca jugak : Camna cara stalk Whatsapp orang (Jaga-jaga ye)

Dari 2 jadi 4

Trick untuk dapatkan 4 Whatsapp tu sangat senang.  Andaikan korang cuma ada 1 Whatsapp sekarang ni kan? Sekarang install GB-Whatsapp kat phone (Download GB Whatsapp di sini).

Selepas tu install pulak Parallel Space dan klon kan Whatsapp Utama dan GB-Whatsapp tadi. Jadi sekarang korang ada 4 Whatsapp dalam 1 phone menggunakan 4 nombor yang berlainan.

Amaran!

Kalau dah 4 nombor yang korang pakai untuk Whatsapp tu, camna pulak nak topup keempat-empat nombor tu setiap bulan? Tak letih ke nak beli 4 topup setiap bulan semata-mata nak kekalkan aktif keempat-empat nombor tu?

Aku ada caranya camna korang boleh beli 1 topup tapi dapat kekalkan 4 nombor setiap bulan. Ye 1 topup sahaja. Bukan scam, dan bukan cara hacked. Ini adalah cara yang legal. Kalau berminat boleh la tengok video kat atas ni.