Lenovo P780 vs Leagoo Lead2

Sejak keluar iklan Leagoo Lead1, Lead2, Lead3, Lead4, Lead5 aku dah mula tumpukan perhatian aku kat handphone segmen murah ni (RM500 kebawah).

Dalam masa yang sama, aku masih menggunakan Lenovo P780 aku sebagai handphone harian aku. Aku tetap nak terus gunakan P780 aku walaupun hati aku dah terpaut untuk sambar satu Leagoo Lead2.

Akhirnya aku terpaksa sambar Leagoo Lead2 ni disebabkan P780 aku pecah, kira total lost la.

P780

Lenovo P780 vs Leagoo Lead2

KAMERA DAN BATERI
Jadi apa yang aku nak kongsikan kat sini adalah kelebihan Leagoo Lead2 dan Lenovo P780 ni.

Dari awal lagi antara ciri awal yang membuatkan aku tertarik kat Leagoo Lead2 ni adalah kamera belakang 8 megapixelnya yang menggunakan sensor Sony.

Sony model mana aku tak pasti. Antara ciri lain Leagoo Lead2 yang meracun aku adalah bentuknya yang kemas dan nipis. Lain-lain lebih kurang je.

Bateri pun cuma 2600mAh (tak silap aku) tak mantap macam Lenovo P780 punya bateri yang 4000mAh.

Leagoo Lead2

KUALITI BINAAN
Kelebihan Lenovo P780 berbanding Leagoo Lead2 ni adalah dari segi bateri la, memang boleh tahan 2 hari tanpa caj.

Selain tu bentuk P780 lebih mantap dan tebal berbanding Leagoo Lead2 yang mana P780 ni lebih sedap dan senang dipegang.

Cukup 1/2 jam aku pegang Leagoo Lead2, aku terasa sangat-sangat nak balik pakai Lenovo P780 aku yang pada aku gambar dari kamera yang agak cantik tapi aku sendiri tak pasti sensor apa yang diguna oleh Lenovo P780 ni.

Body Lenovo P780 lebih kukuh berbanding Leagoo Lead2 yang nampak agak “China Made” walaupun sebenarnya Lenovo tu sendiri dari China.

Baca juga : Kelebihan Leagoo Lead2 dan Lead2s

Perbandingan Kelebihan

Sebenarnya masing-masing ada kelebihan tersendiri, cuma pada aku, aku lebih suka kepada kelebihan yang ada pada Lenovo P780.

Kalau dibagi peluang, aku memang nak guna balik Lenovo P780 aku ni.

Dan aku rasa tak lama la aku guna Leagoo Lead2 ni. Ok aku nak hidangkan beberapa keping gambar dari kamera Lenovo P780 dan Leagoo Lead2.

Lenovo tak gah mengatakan menggunakan sensor Sony or mana-mana jenama kamera lain, tapi kualitinya agak memuaskan bagi aku.

P780

 

P780

 

P780

 

Leagoo Lead2

 

Leagoo Lead2

 

Leagoo Lead2

Baca lagi : Perbezaan Lenovo P70 dan Lenovo P780