Noraniza Idris Duta Baru Produk Kecantikan Mewangi

Aku ni jarang pergi event pelancaran produk, lagi-lagi produk kecantikan. Terima kasih kepada HaiBlogger yang menjemput aku ke Majlis Pelancaran Produk Kecantikan Mewangi sekaligus memperkenalkan Duta Baru untuk produk ini iaitu Noraniza Idris secara rasmi pada 6 Disember 2016.

Puan Ayu Azmera Abd Moin
Cantik kan Pengasas Mewangi ni? Muda lagi orangnya.

Pelancaran berlangsung secara gah dan meriah di Lounge Hilton Hotel Kuala Lumpur. Sebab apa aku katakan pelancaran ni gah? Sebab jemputan pun bukan alang-alang.

Majlis pelancaran ini dirasmikan oleh Y.M Tengku Hishammuddin Zaizi bin Y.A.M Tengku Azman Shah Alhaj bersama tetamu-tetamu terhormat yang di antaranya dihadiri oleh Bapa Irama Malaysia iaitu Pak Ngah dan peserta-peserta 3 Juara kategori Irama Malaysia. Selain itu kitaorang la geng-geng blogger tersohor Malaysia.

produk mewangi
Penari ini sangat awesome.

Aktiviti utama sekitar pelancaran ni adalah nyanyian dan tarian tradisional Irama Malaysia yang dipersembahkan oleh 3 orang Juara Irama Malaysia dan sudah semestinya Noraniza Idris.

Memang padu dan terbaik persembahan nyanyian dan jugak tarian. Aku sangat terhibur. Dah lama tak tengok seni tarian tradisional dan lagu Irama Malaysia ni.

Selain tu, macam biasa lah, kalau dah namanya pelancaran produk, mestilah ada majlis tandatangan yang simbolik kepada perlantikan Noraniza Idris sebagai Duta Rasmi produk Mewangi keluaran Nizayu Prima Marketing.

Perlancaran Mewangi
Majlis Tandatangan Perlantikan Noraniza Idris Sebagai Duta Produk Mewangi

Produk Mewangi ni sebenarnya dah mula dipasarkan sejak Febuari 2016 dan mempunyai stokist diseluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Dalam masa yang singkat je dah ada banyak testimoni positif produk kecantikan yang berasaskan bahan-bahan semulajadi contohnya garam bukit, lilin lebah, pati bunga & herba ni.

Masa pelancaran tu pihak syarikat memberikan hadiah kepada stokist dan agen yang telah membuat jualan terbaik.

Pengasas Produk Ayu Azmera Abd Moin dalam ucapannya berterima kasih kepada suami sebab bagi kata-kata semangat yang membuatkan dirinya terus bangkit dalam bidang produk kecantikan ni.

1.5 Juta Produk Mewangi telah terjual sepanjang Februari 2016 sehingga Disember 2016 oleh 300 pengedar dan Wakil Jualan Mewangi di Seluruh Malaysia.

Aku sempat jugak la tanya umur Puan Azmera ni, nampak muda betul. Katanya dah berumur 34 tahun. Wah! umur 34 tapi macam baru berumur 25.

Katanya hasil menggunakan produk Mewangi ni selama 2 tahun sebelum ianya dikongsikan kepada orang ramai terutamanya wanita-wanita diluar sana. Abam kalau guna produk ni kalah pulak artis Korea nanti ahahah!

Bersama blogger Khir Khalid.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Mewangi, boleh hubungi;
Hotline: +6016 444 7131 / +603 7831 7707

Alamat Pejabat: 23-G, Blk 2 Jalan Elektron Nu16/N, Sek U16, Denai Alam, 40160, Shah Alam, Selangor.

Tahniah diucapkan kepada Syarikat